KERETA yang dipandu diberhentikan di bahu jalan. Hayl menarik nafas lega saat terpandangkan kereta Aileen yang terpakir di situ. Dia terus keluar daripada perut kereta.
Hari sudah lewat malam. Di sini rupanya Aileen berada. Di sebuah taman rekreasi. Puas Hayl mencarinya sepanjang hari. Hatinya dibelit rasa risau yang teramat. Takut jika ada sesuatu yang berlaku pada Aileen.
“Sayang.” Hayl berlari anak mendapatkan Aileen yang sedang nyenyak tidur di bangku yang disediakan di taman rekreasi itu.
Aileen tidur dalam keadaan duduk. Mungkin dia terlelap setelah puas menangis. Hayl nampak mata isterinya itu sembab.
“Sayang...” kejut Hayl lembut. Lengan Aileen ditepuk perlahan.
Perlahan-lahan Aileen membuka matanya. Rasa sebak menjalar ke hati saat melihat wajah Hayl.
“Abang,” ujarnya perlahan. Antara dengar dan tidak saja suaranya.
Hayl senyum segaris. Dia duduk bertinggung di hadapan Aileen. Tangan isterinya itu digenggam erat. Sebelah lagi tangannya mengusap lembut pipi Aileen.
“Hei, kenapa tidur dekat sini sayang? Bahaya. Dah lewat ni. Kita balik rumah ya?” pujuk Hayl.
Aileen diam. Matanya merenung dalam mata Hayl. Mencari sebuah kejujuran. Air matanya mengalir bisu.
“Leen sayangkan abang. Leen cintakan abang. Leen tak nak kita berpisah dan Leen tak nak kehilangan abang. Tolong jangan tinggalkan Leen...” ujar Aileen separuh merayu.
Tubir mata Hayl terasa hangat mendengar bicara isterinya itu. Aileen sudah banyak bersabar selama ini. Walaupun Aileen tahu hakikatnya Hayl masih mencintai Dhia, dia masih setia di sisi Hayl. Masih bersabar menunggu Hayl melupakan masa lalunya.
“Abang tak akan tinggalkan sayang. Kita balik ya?” Kedua belah pipi Aileen dipegang.
Aileen mengangguk perlahan. “Tapi Leen tak nak drive. Leen mengantuk.”
Hayl tersenyum kecil. “Takpa. Sayang balik dengan abang. Kereta sayang tinggalkan dekat sini dulu. Esok kita ambil.”
Aileen mengangguk lagi.
“Kesian steri abang ni mengantuk. Abang dukung ya?”
Bibir Aileen langsung mengukir senyum. “Nak. Leen nak abang dukung.”
Tanpa menunggu lama, Hayl terus mencempung tubuh isterinya itu. Aileen melingkarkan tangannya pada leher Hayl. Wajahnya disembamkan ke dada Hayl. Hayl terus berjalan menuju ke keretanya.
“Abang tak akan tinggalkan Leen kan?”
Hayl tunduk mencari wajah sang isteri. “Abang tak akan pernah tinggalkan isteri abang, Aileen Syifa.”
TERJAGA saja daripada tidur, wajah Hayl yang sedang memerhatikannya menyapa pandangan matanya.
“Abang dah bangun dulu?” soal Aileen dengan suara seraknya. Matanya digosok perlahan.
Hayl senyum seraya mengangguk. “Good morning.” Satu kucupan singgah di pipi Aileen. Sebenarnya semalam dia tidak boleh tidur. Memikirkan masalah yang timbul kerananya.
Melihat Aileen tidur dengan mata yang sembab, Hayl merasa begitu bersalah kerana sudah menyakiti hati wanita itu.
“Give me a hug,” pinta Aileen. Dia menolak selimut dan bangun daripada pembaringannya.
Hayl terus menarik Aileen ke dalam pelukannya. Belakang tubuh Aileen diusap perlahan.
“Abang minta maaf dengan apa yang dah berlaku semalam,” ujar Hayl.
YOU ARE READING
Jika Harus Begitu
Romance"I still love her." Hati isteri mana yang tak terluka apabila ayat itu keluar daripada bibir sang suami di malam pernikahan mereka. Namun Aileen tak mengalah. Sedaya upaya dia cuba membuat Hayl jatuh cinta padanya dan melupakan cinta lamanya. Namun...