Bab 22

181 8 3
                                    

DENGAR saja pintu bilik dibuka daripada luar, Aileen cepat-cepat memejamkan matanya. Pura-pura tidur. Selepas perbincangan tadi, hubungan mereka jadi tegang.

Aileen faham mungkin Hayl marahkannya gara-gara keputusan yang dibuat itu tanpa perbincangan dengan Hayl terlebih dahulu. Tapi Aileen lakukan semua ini untuk Hayl. Dia ikhlas.

Hayl melangkah mendekati Aileen yang sedang berbaring membelakanginya itu. Rasa bersalah menghurung hatinya saat ini. Fikirannya berserabut.

Memang dia sangat nantikan kepulangan Aileen. Tetapi bukan ini yang dia mahukan daripada Aileen. Tak mungkin dia sanggup menambah luka di hati Aileen lagi dengan berkahwin dengan Dhia.

Mulut memang boleh menipu. Tapi tidak hati. Hayl tahu betapa hancurnya hati Aileen jika dia setuju untuk berkahwin dengan Dhia.

Hayl memanjat naik ke atas katil. Tubuh dibaringkan di sebelah Aileen. Perlahan tangan melingkar di pinggang isterinya itu. Haruman wangian rambut Aileen dihidu. Wangian ini yang dia rindukan selama ini.

Walaupun sekarang Aileen sudah di depan matanya, dia tetap saja rindukan wanita itu. Rindukan hubungan mereka yang dahulu. Hayl akui semua ini berpunca daripada dirinya juga.

Andai saja dia dapat membuang jauh-jauh kisah silamnya, tentu tak akan ada hati yang terluka.

“Abang minta maaf...” bisik Hayl lembut. Walaupun dia tahu Aileen sudah tidur dan isterinya itu tidak akan mendengar pun ujarannya.

Aileen perlahan-lahan membuka matanya. Sebak mencengkam dada. Terasa air hangat mengalir menuruni pipi. Bibir dikemam rapat supaya tangisannya tidak kedengaran. Dia tidak mahu Hayl tahu yang dia menangis.

Walau apapun yang berlaku, Aileen tetap dengan keputusannya. Dia sudah berjanji dengan Dhia yang dia akan menyatukan mereka kembali. Aileen akan cari jalan lain supaya Hayl setuju dengan rancangannya ini.

SAYUP-SAYUP suara azan subuh daripada masjid berhampiran menyedarkan Hayl daripada lenanya. Perlahan mata dibuka. Tangannya meraba-raba ruang tilam di sebelah.

Kosong.

Mata yang masih mengantuk tadi terus terbuka segar. Hayl bangun daripada pembaringannya. Matanya meliar memandang sekeliling. Mencari susuk tubuh isterinya.

“Sayang...” panggilnya dengan suara seraknya.

Tiada sahutan. Hayl lihat pintu kamar mandi terbuka. Ini bermakna Aileen tiada di dalam.

Kemana pula Aileen pergi? Adakah wanita itu meninggalkannya sekali lagi?

Hayl terus menyelak selimut yang menutupi tubuh. Dia turun daripada katil dan melangkah keluar meninggalkan bilik.

“Sayang...” panggilnya sambil kaki bergerak menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Hatinya lega bila lihat lampu di dapur terpasang. Hidungnya menangkap bau masakan. Nafas dihela perlahan. Dia fikirkan Aileen lari tinggalkan dia tadi. Hampir gugur jantungnya membayangkan hal itu.

“Sayang.” Hayl melangkah masuk ke ruang dapur. Dia merapati Aileen yang sedang memasak itu.

Hayl tidak tahu mengapa Aileen masak seawal ini.

“Kenapa masak awal-awal?” soal Hayl.

Soalan Hayl langsung tidak dihiraukan Aileen. Dia anggap Hayl langsung tak wujud di situ. Lepas siap memasak, dia pindahkan masakkannya ke dalam mangkuk lalu diletakkan di atas kitchen island.

“Sayang...” panggil Hayl lagi. Hatinya sedikit terguris bila Aileen langsung tidak menghiraukannya.

Marahkan wanita itu kepadanya? Pasti kerana hal semalam.

Jika Harus Begitu Where stories live. Discover now