Bab 19

159 12 2
                                    

“TERIMA kasih abang masakkan semua ni untuk Leen,” ucap Aileen sambil melihat hidangan yang terhidang di hadapannya. Semuanya nampak sedap!

Hayl memang tidak pernah jemu menyediakan hidangan makan malam mereka. Walaupun dah penat menghadap kerja seharian di pejabat.

“Abang suka tengok sayang makan banyak-banyak. Sayang kena habiskan semua ni tau.”

Aileen ketawa kecil. “Gemuklah Leen nanti.”

“Kalau gemuk pun, sayang tetap cantik.”

“Ya ke? Leen cantik ke abang?” soal Aileen sengaja menguji.

“Mestilah. Isteri abang ni, setiap hari cantik.” Pipi Aileen dicubit perlahan.

“Leen dengan ex girlfriend abang, siapa yang lagi cantik?”

Tiba-tiba suasana hening menguasai mereka. Aileen sendiri tidak sedar soalan itu terlepas daripada bibirnya. Niatnya cuma mahu bergurau. Hampir terlupa satu-satunya bekas kekasih suaminya itu ialah Dhia. Ni cari fasal sendiri namanya.

Hayl juga nampak terkedu bila tiba-tiba Aileen mengajukan soalan itu.

“Err... Leen makan eh.” Aileen terus menukar topik. Alahai mulut, kenapalah gatal sangat nak sebut fasal bekas kekasih Hayl.

“Makanlah. Makan banyak-banyak.” Hayl senyum segaris. Menutup rasa hatinya. Dia tidak tahu Aileen sengaja mengajukan soalan itu untuk mengujinya atau wanita itu sendiri tidak sedar dengan soalan yang meluncur keluar daripada bibirnya.

Mereka mula menikmati makan malam mereka sambil berbual tentang apa yang berlaku di pejabat. Saling berkongsi cerita. Saling meluah. Kedua-duanya pendengar yang baik. Bila salah seorang meluahkan, salah seorang lagi menjadi pendengar dan penasihat tak berbayar.

Deringan telefon bimbit Hayl menghentikan perbualan mereka. Hayl hanya membiarkan telefon bimbitnya berdering. Sekarang ni waktunya bersama dengan Aileen, kalau boleh dia tidak mahu ada gangguan.

“Lepas tu apa jadi sayang?” soal Hayl. Bunyi telefon yang berdering di dalam poket seluarnya sengaja tidak dihiraukan.

“Abang jawablah call tu dulu,” suruh Aileen.

“Takpalah. Kita kan dah buat rules. Waktu kita bersama, tak boleh ada gangguan.”

“Mana tahu penting. Jawablah dulu,” gesa Aileen. Serba salah pula dengan Hayl. Lagi-lagi bila telefon suaminya itu tidak henti-henti berdering.

Dia tahu mungkin lelaki itu juga risau dengan panggilan yang diterima tapi disebabkan dah terikat dengan janji mereka untuk tidak ada gangguan setiap kali mereka meluangkan masa bersama, Hayl batalkan niatnya itu.

“Bagi abang lima minit.” Hayl menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia terus bangun meninggalkan meja makan.

Aileen hanya memerhati gerak-geri suaminya itu. Wajah Hayl nampak serius. Entah siapa agaknya yang menghubungi Hayl.

“Sayang...” Hayl datang kembali. Riak kerisauan terpancar di wajahnya.

“Siapa yang call?” soal Aileen.

Hayl terdiam seketika. Susah nak jawab.

“Abang?”

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menjawab. “Sayang, Dhia call abang. Dia minta tolong abang. Bekas suami dia datang ganggu dia dekat rumah.”

Aileen kemam bibir. Wajah Hayl dipandang tidak percaya. Hayl masih lagi berhubung dengan wanita itu?

“Kenapa dia nak minta tolong abang pula? Mintalah tolong orang lain.” Dada Aileen berombak menahan rasa.

Jika Harus Begitu Where stories live. Discover now