BAB 1 ♡

77 3 0
                                    

'Gelapnya'. Getusnya dalam hati. Dah malam kan memang gelap. Tapi kali ni gelap bercampur dengan aku yang pengecut ni. Tapi tak boleh buat apa-apa la sebab mulai minggu ni aku akan bersendirian dirumah ini.

Rasa takut kian menggunung. Namun langkah dibawa masuk kedalam rumah itu.

Seseorang tiba-tiba memegang bahunya.

Siapa ni?. Woaa. Aku tengah takut ni. Jangan nak main-main boleh tak?. Aku boleh menangis sekarang ni.

"It's me". Siapa?. Memang aku kenal semua orang dekat sini.

Air mata mengalir. Tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat. Pelukan itu terasa hangat. Segala ketakutan tadi berlalu pergi.

Air mata dikesat.

Diam.

"How dare you hug me". Marah aku pada jejaka itu. Pelukan dileraikan. Lama ke dia peluk aku?.

Jejaka itu diam.

"I'm sorry. Just now you look so scared and I don't have any choice". Tapi itu bukan peluang untuk ambil kesempatan peluk aku. Tapi jantung aku ni kenapa nak berdegup kencang sangat ni?. Eh bukan itu sebab aku takut sangat tadi.

Aku paling tak suka lelaki yang ambil kesempatan macam ni. Tapi dia tak boleh tahu aku sorang-sorang je. Aku kena buat macam ada orang lain dalam rumah ni.

"Are you alone?".

Aku dah agak soalan itu akan ditanya. Dan aku mesti menipu.

"Tak. Ada abang saya dekat rumah". Jejaka itu memandangnya lama. Seolah tidak percaya jawapan yang didengarinya. Ya aku memang tengah menipu abang Farish mana ada dekat rumah. Dia pergi Korea. Ya tinggallah aku seorang diri di Malaysia. Dan sekarang entah siapa mamat depan aku ni. Jangan la orang jahat. Umi abi pulak pergi Dubai. Maka aku dibiarkan sendiri menyendiri lagi.

"Really?". Aku dah agak dah mamat ni takkan percaya. Nampak sangat ke aku menipu?.

"Awak ni siapa sebenarnya?. Kenapa nak menyibuk hal saya?."

"Your neighbour''. Tapi sebelah ni rumah rumah aunty Lisa. Aunty Lisa ada anak lelaki ke?. Ke aku yang tak tahu?. Dan mamat ni aku tanya dalam Bahasa Melayu kan jawab la dengan Bahasa Melayu jugak yang nak speaking sangat ni dah kenapa?.

"Anak aunty Lisa?". Teka aku dan jejaka itu angguk.

Samsung Galaxy flip miliknya dikeluarkan dari poket hoodie miliknya. Dibuka flashlight. Lantas dipancarkan pada wajah jejaka itu.

Kacaknya dia. Macam hero Divergent tu. Muka dia ada iras-iras Theo James. Tapi dia ni kacak lagi. Eh kau mengarut apa ni Farisha Rose?. Jangan dok puji sangat mamat yang kau tak kenal ni.

"Stop pointing the flashlight on me." Oh. Maaf tidak disengajakan.

"Sorry". Ayat jejaka itu menyedarkannya dari terus merenung wajah jejaka itu. Handsome. Siapa je yang nak pandang sekali?.

"Let's go to the playground". Ajak jejaka itu. Hek eleh ingat aku akan terpedaya dan ikut dia?.

Dan aku seolah dirasuk sesuatu mengekori langkah jejaka itu. Sekejap. Dirasuk?. Itu bukanlah ayat yang tepat sebenarnya. Tapi aku tak tanya banyak dan terus ikut dia.

Rose. Kalau dia orang jahat macam mana?. Kau tak pernah tahu aunty Lisa ada anak lelaki. Jangan-jangan dia ni...

"What are you thinking about?". Tanya jejaka itu lagi.

Soalan itu tidak dijawab.

Tak. Masalahnya kenapa dia nak speaking sangat ni?. Dia ni lahir dekat oversea ke?. Kenapa sepanjang 8 tahun duduk sini aku tak tahu pasal kewujudan jejaka ni?. Ke dia ni...

"It's not what you thinking about. First of all I'm not that kind of person. Second, I'm a biological son of Tengku Amalin Lisa." heol. Itu nama penuh aunty Lisa. Dan mana dia tahu aku fikir bukan-bukan tentang dia?. Kalau aku rasa dia jahat aku takkan ikut dia dekat taman ni.

Ting. Satu notifikasi masuk. Maksudnya dah pukul 10 malam.

Inilah masanya. Aku nak rebut buku baru TJ. Buku ke 5 TJ. Buku yang aku tunggu-tunggu dari bulan April tadi. Aku lagi excited tunggu buku ni daripada album FML Seventeen sebenarnya. Carat jangan marah aku ye sebab aku pun Carat jugak. :) ♡

Aku dah beli album FML tu. Tapi yang Carat Version la. Dan of course la Joshua ♡.

Oh ya. Tajuk buku tu C.A.C.T.U.S. Katanya buku kali ni hanya dicetak sebanyak 1800 buah buku sahaja. Aku kena dapatkan buku tu.

Ada noktah disetiap huruf. Hmm. Aku suka la bercerita tentang ni. Sebab katanya buku kali ni pasal cinta pulak. I wonder. Siapa la wanita bertuah yang akan mendampingi hidup TJ eh?. Beruntungnya wanita tu. I'm jelaous already.

Pandangan dihalakan ke skrin telefon bimbit miliknya.

'I'm so excited.'

"Yes." jerit aku kuat.

Jejaka itu tiba-tiba berdehem. Oh no. Aku lupa aku bukan seorang diri dekat sini.

"Awak kenal TJ?. Penulis buku Fighting for Life?."

Jejaka itu geleng.

Heh. Mana dia kenal. Kenapa aku nak tanya dia?. Rose Rose. Aku rasa kau je yang terpaling obses dengan TJ. Yalah. Aku dah ada semua karya TJ. Semua buku tu aku simpan dalam shelf kaca yang aku jaga betul-betul. Aku akan baca sekali je semua buku tu. Tapi aku faham betul-betul plot cerita tu. Kadang-kadang kalau aku rindu TJ aku akan baca semula la buku dia tu.

"Saya suka karya dia. Daripada buku first dia. Saya suka cara dia menceritakan pengalaman hidup dia. Dia seorang lawyer dalam masa yang sama seorang penulis buku. Daripada zaman dia law student lagi saya ikuti perkembangan dia. Cara penceritaan dia menarik. Seolah-olah bawa kita masuk kedalam cerita tu."

Diam. Sunyi. Canggung.

"Okay la. Thank you sudi temankan saya. Saya dah okay. Saya Farisha Rose. Awak?."

"I'm Tengku Harriz James." nama dia sedap. James. Betullah. Uncle James husband aunty Lisa. James Abdullah.

"Nice to meet you Tengku Harriz James. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

"Oh ya saya nak minta maaf sebab dah salah faham tentang awak".

"It's okay".

Pertemuan mereka berakhir disitu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C.A.C.T.U.SWhere stories live. Discover now