Sudah sejam berlalu, pagi sudah bertukar ke petang. Posisi ice serta solar tetap sama. Tidak berganjak dari tempat lapang dengan bunga dan rumput-rumput hijau yang kelihatan indah. Sudah berbelas-belas kuntum bunga dandelion dipetik oleh gadis itu.Solar yang berada disebelah menjadi pemerhati, mata kelabu itu tidak lepas dari memandang ice. Dia juga mendengar segala ucapan dan ayat ice.
" Ice taknak balik ? Ini dah berapa kuntum ice petik ? " Soal solar.
" Mungkin... Dua puluh ? " Jawab ice sayu.
" Sampai bila ice nak macam ni ? " Tanya solar bernada sendu.
" Sampai bunga ni dah 100 kuntum ice petik " jawab ice selamba. Solar menghela nafas pelan, tangannya menggenggam tangan ice erat.
" Bukan ice sendiri cakap dengan solar semalam ? Jangan menaruh harapan yang tinggi pada sesiapa " ujar solar.
" T-tapi s-saya dah terlajak cintakan dia hiks " gumam ice.
" Hey, jangan nangis lagi. Solar dah tak boleh tengok airmata ice jatuh " ujar solar lembut.
" Ice pegang kata-kata solar ni, kalau ice berjodoh dengan dia. Solar percaya yang dia sendiri akan datang pada ice. Kalau bukan, ice kena belajar cara mundur. Jangan pendam lama-lama, hati kita ni rapuh. Mudah terluka dan pedih. " Sambung solar.
" Ramai lagi jejaka dekat luar sana yang terkejar-kejar dekat ice. Putera blaze itu dikira bodoh sebab tolak ice yang merupakan puteri kawasan kampung " ujar solar.
Raut ice mula berubah cemberut, bibirnya kedepan. " Ice bukan puteri "
Solar tergelak kecil, bibir kecil itu ditarik pelan. " Itu cuma perumpamaan jelah, sayangku "
" Siapa sayang !? " Marah ice.
" Solar sayang ice sebagai kawan baik. Kalau nak lebih pun tak mengapa "
" Malaslah dengan solar ni ! "
[ Perumahan, 5:30pm ]
" Terima kasih sebab sudi teman ice tadi. Maaf kalau menyusahkan " ucap ice lembut.
Solar mengangguk pelan sambil tersenyum manis. " Cakaplah dengan solar kalau hendak ke sana lagi. "
" Amboii, dating kemana lama sangat tu ? " Usik Amara sambil tersenyum kecil.
" Dating ke tanah lapang sana tu. Ice suka solar panggil dia sayang. Iya kan, sayang ? " Goda solar.
" Dua-dua sama je ! Menyampah lah macam ni ! " Kaki ice terhentak-hentak berjalan masuk kerumah. Tangan Amara ditarik lalu dicium.
Amara tertawa kecil sebelum melangkahkan kakinya kearah solar yang masih berdiri tegak di depan rumah. Senyuman jejaka itu tidak luntur sejak dari tadi.
" Lamanya keluar, pergi mana je ? " Tanya Amara hairan.
Dari pagi sampailah ke petang dia tidak melihat keberadaan anak daranya. Fikiran wanita berusia itu hanya fikirkan solar dan tekaannya tepat. Ice memang bersama dengan solar.
" Pagi tadi ice pergi istana, orang sana panggil. Lepastu, saya jemput dia dekat sana terus dia ajak ke tanah lapang tu. Ibu pun tahulah kan dia selalu buat apa dekat sana " jawab solar bernada ramah.
Amara mengangguk, helaan nafas mula terdengar dari celah bibir wanita itu. " Dia masih menaruh hati pada tuan putera ya ? Ibu sudah dengar berita itu. "
Solar terdiam, manik kelabu itu terus memandang ke tanah. Enggan menjawab pertanyaan Amara.
" Ibu bukan apa, ibu cuma risau ice makin dilanda sedih yang melampau. Bukan ibu kata mereka berdua tak layak untuk bersama tetapi bukan ini masanya. Solar faham kan maksud ibu ? " Soal Amara lembut.
" Solar faham, ibu. Solar pun ada cakap dengan ice. Kalau betul mereka berjodoh, solar yakin yang tuan putera akan cari ice. Kalau bukan, itu bermakna ice kena belajar cara undur diri sebelum makin terluka " ujar solar.
Amara tersenyum manis, " tolong tengok-tengokkan anak dara ibu "
" Baik, ibu "
Tanpa mereka sedar, ice dari sebalik pintu dapat mendengar perbualan itu. Tangan-nya digenggam erat, bukan dia tak mahu mengundur diri tetapi hati ini sudah sepenuhnya terpaut pada sang putera.
Seorang Theodore Aidan yang mampu membuka pintu hati ice hanya dengan senyuman dan tutur bicara yang lembut. Terkadang fikiran-nya pernah terfikir tentang mencari tahu si perampas.
›●●●‹
[ Istana, 6:45pm ]
" Aidan yakin ini adalah pilihan yang terbaik ? " Soal sang bunda lembut.
" Kalau dia sudah tawar hati dengan aidan, Ibunda dan ayahanda tidak akan tolong. Kamu buat, kamu tanggung " sahut sang ayahanda pula.
" Aii, awak ni. Macam tu pula, kita lah kena bantu Aidan. Dia satu-satunya anak kita yang masih membujang sampai sekarang " ujar bunda blaze.
" Sukalah manjakan anak bungsu awak ni, nanti makin keras kepala ! " Ujar Aaron, ayah kepada blaze.
" Sudahlah bunda, ayahanda. Aidan okay je dengan keputusan ni. Aidan akan tanggung sendiri kalau ada apa-apa yang terjadi " ujar blaze, malas mahu dengar ayah dan ibunya bergaduh.
" Baguslah, tapi kalau abang kamu sendiri yang turun tangan nanti. Kamu jangan minta tolong kami ya " pesan Aaron lalu beredar dari situ. Blaze menghela nafas panjang apabila mendengar perkataan 'abang' dari mulut ayahnya.
" Sudah, kamu tak payah dengar cakap ayahanda kamu tu. Kalau ada apa-apa, cakap dengan bunda ya " Azara mengusap rambut coklat anaknya lembut.
Blaze mengangguk sahaja sambil tersenyum manis kearah ibundanya.
" Bunda minta diri dulu "
" Baik, hati-hati bunda "
Selepas sahaja, Azara beredar dari situ. Blaze termenung memandang keluar jendela. Mata jingga-nya memandang lekat pada sebuah kampung yang berada dihujung istana. Fikirannya mula teringat akan gadis kampung itu.
" Saya cuma nak uji kesetiaan hati awak sahaja, cik ice " gumam blaze pelan.
Sudah berpunya ? Itu semua hanyalah angan-angan sahaja. Putera yang terkenal dengan ketampanan itu masih belum berpunya. Hatinya masih belum bersedia untuk dibuka pada mana-mana gadis.
Sehinggalah, Ivy Aurora datang ke istana untuk sarapan disitu. Entah istimewa apa yang ada pada gadis itu.
Gadis cantik yang mempunyai manik biru aquamarine serta rambut blonde yang menarik perhatian-nya.
[ TBC ]
Ceyyyy, terpaling menguji kesetiaan lah tu →_→
Korang pun sama, menguji kesabaran saya-
Vote sebelum saya culik Rimba korang ಠ◡ಠ
Cau lu~
YOU ARE READING
Dandelion [Blice] (🐨) ✔️
Teen FictionStatus: [Completed] " bolehkah seorang gadis kampung seperti saya mencintai awak yang merupakan seorang putera? " ✧✧✧ • cerita ni adalah idea dari separuh lagu dandelion. Jadi, saya tidak meng'copy' cerita sesiapa. • percakapan akan digunakan dal...