Hari makin malam, pesta itu masih lagi dipenuhi oleh manusia. Seperti ice dan gempa yang dari tadi makan tanpa henti. Mengunyah dan terus mengunyah. Walaupun menjadi pusat perhatian tetapi kisah apa mereka? Perut mereka lebih penting.
Lain pula dengan solar serta thorn, pasangan itu sudah lama berhenti menari tetapi kelibat pula hilang entah kemana.
" Mana diorang ? " Tanya ice lalu memasukkan lagi sesudu kek coklat kedalam mulut.
" Entah, rasanya tadi gem ada nampak diorang keluar dari istana " jawab gempa.
" Keluar dari istana ? Diorang balik ? " Tanya ice hairan.
" Tapi solar tu pantang dengar perkataan pesta. Dia orang yang paling teruja nak sebar pesona " sambung ice lagi. Gempa mengangkat bahu tidak tahu.
" Wait ? Solar suka sebar pesona ? "
" Haha, dia tu dekat pasar pun sebar pesona. Inikan pesta besar macam ni, makin liar lah "
Gempa menggeleng, ada juga rupanya sifat nakal ice. Ingatkan gadis ni hanya tahu tersenyum dan bercakap lembut sahaja.
" Gem nak ambik lagi kek coklat " gempa terus bangun dan berlalu ke meja makanan.
" Lama-lama gemuk " gumam ice selamba. Kalau gempa dengar, boleh bocor pipi dia kena cubit.
Ice masih lagi menyuap kek didalam mulut tanpa sedar sebelahnya sudah ada blaze yang memerhati.
" Sedap sangat ke kek tu sampai saya pun awak tak perasan ? "
Apabila terasa familiar dengan suara itu, ice terus menoleh laju. Wajahnya bertukar dingin, bukan meluat tapi menyampah. Entah kenapa api cemburu masih ada dihati walaupun perkara itu sudah lepas.
" Kenapa ? Jeles ? Awak tu, pergi jelah dengan si Ying " ujar ice selamba. Blaze mengangkat sebelah keningnya hairan.
" Kenapa saya kena pergi dekat Ying ? "
" Diakan terpaling sahabat awak " perli ice selamba. Blaze smirk, dia memeluk tubuh sambil badannya menghadap kearah gadis biru itu.
" Lepastu ? Jeles ? Awak tu pergilah dekat gempa yang terpaling sahabat tu " perli blaze balik.
" Heh, kenapa kalau dia sahabat saya ? Tak terima ? " Tanya ice sinis.
" Oooh, faham.. memang dia pun yang awak jumpa dulu sampai asyik nak berkepit dengan dia je " ujar blaze.
" Haha, lawaklah awak ni putera blaze. Ying tu pun memang dia yang awak jumpa dulu kan ? Kenapa ? Pergi jelah dekat dia ! " Herdik ice geram.
Blaze menghela nafas panjang, dia bangun lalu menarik tangan ice untuk dibawa keluar. Dia menulikan telinganya dari mendengar seruan ice yang memberontak.
Sampai sahaja di balkoni luar, blaze menghentak tangan ice kuat sehingga membuatkan gadis itu terkejut. Perlahan-lahan, ice mengundur kebelakang.
" Dengar sini wahai ivy Aurora. Saya tak tahulah saya buat salah apa dengan awak sampai buatkan awak macam ni tapi tolonglah faham, saya dengan Ying takde apa-apa. Kitora- " ucapan blaze terhenti apabila melihat wajah ice yang makin dingin.
" Saya je ke kena faham dengan awak !? Saya je !? Awak tu pun kena faham ! Saya dengan gempa HANYA kawan ! Dan itu hak saya nak kawan dengan sesiapa yang saya nak ! " Marah ice. Dia tak kisah pada siapa dia bentak, yang dia tahu dia nak lepaskan marah.
Blaze menghela nafas lagi, dia cuba mengontrol emosinya pada gadis dihadapannya ini. Walau macamana pun, dia tak boleh kasar dengan perempuan.
" Okay, maafkan saya. Mungkin salah saya sebab halang awak berkawan dengan gempa. Huft " ujar blaze.
" Ivy Aurora, gadis pertama yang saya jumpa dengan manik biru laut indah. Gadis pertama yang senang buat saya tersenyum. Dan gadis pertama yang buat saya tahu apa itu jatuh cinta " pandangan blaze melunak. Tangannya terangkat dan memegang pipi ice.
" Saya Theodore Aidan, putera bungsu di kerajaan ini telah jatuh cinta pandang pertama dengan awak, seorang gadis kampung biasa. Iya, saya tahu apa yang awak fikirkan selama ini. Awak fikir gadis seperti awak tak layak untuk suka pada saya tapi sebaliknya, saya yang telah jatuh cinta pada awak. " Ujar blaze lembut.
Dia dapat melihat butiran jernih di mata biru laut milik ice. Senyuman manis terukir di bibir sang putera sebelum melanjutkan lagi.
" Saya menyesal sebab menolak cik ice. Adakah cik sudi menari bersama saya ? Menerima saya sebagai calon suami cik ice ? " Tanya blaze.
Ice senyap tak bersuara, butiran jernih itu tidak berhenti mengalir menuruni pipinya. Dia menepis pelan tangan blaze sebelum mengundur kebelakang.
Dia kena kuat.
" Saya nampak ketulusan awak, blaze. Terima kasih sebab sudi balas perasaan saya. Sejujurnya, saya amat gembira " ice diam sebentar.
" Tapi maaf, saya dah tawar hati.. " sambung ice.
Kali ini, hati blaze pula yang terdengar retak. Manik jingga itu memandang ice tidak percaya.
" T-t-tapi kenapa ? Bukankah awak gembira ? K-kenapa awak menolak saya, cik ice ? " Tanya blaze.
" Saya tawar hati apabila awak masih lagi memanggil saya cik ice.. taknak fikir untuk tukar panggilan baru, calon suami ? " Usik ice lalu tergelak kecil.
Wajah blaze yang terlihat tegang mula kembali biasa. Dia tercengang.
" Ufff, hati saya dah tercantum balik " blaze memegang dadanya dengan dramatik.
" Ew "
" Makin nakal calon isteri saya ni ya ? " Usik blaze lalu memeluk ice laju membuatkan gadis itu tergelak besar.
" Maaf ! Maaf ! "
Langit serta bulan dimalam itu adalah saksi bahawa kedua insan itu telahpun bersatu. Membalas perasaan suka sama suka. Tanpa adanya luka dari kedua hati.
" Oh, saya lupa pula nak keluarkan cincin "
" Aaaa ! Laze tak romantik ! Tolak ketepi ! "
" Elelele, padahal tadi dia juga yang cair dengar ayat sewit saya ? Betul tak, ice ? "
"//////"
Blaze tergelak besar melihat semberut merah di wajah ice.
TBC
on the way to the enddd
YOU ARE READING
Dandelion [Blice] (🐨) ✔️
Teen FictionStatus: [Completed] " bolehkah seorang gadis kampung seperti saya mencintai awak yang merupakan seorang putera? " ✧✧✧ • cerita ni adalah idea dari separuh lagu dandelion. Jadi, saya tidak meng'copy' cerita sesiapa. • percakapan akan digunakan dal...