*.✧KEEMPATBELAS*.✧

40 4 0
                                    


Hari yang sama tetapi waktu lain, membuktikan bahawa hati ice hancur buat kali kedua. Petang itu, mata biru aquamarine itu menangkap sosok blaze sedang berjalan berduaan dengan seorang perempuan di pasar.

Kedua tangannya digenggam erat sehingga terlihat merah menyala, dari jauh dia dah boleh nampak betapa gembiranya blaze dengan perempuan itu.

' kenapa kau nak cemburu ? Itu mungkin pasangan dia. Am i right ? K-kau dah tahu dia dah ada pasangan, ivy. Jangan cemburu ' desis hati gadis itu.

" Vy ? Buat ap- ivy !? Kenapa menangis !? " Soal gempa panik apabila melihat airmata ice.

" H-ha ? S-saya tak nangis lah " ujar ice lalu mengusap airmatanya kasar. Dia berjalan pergi tanpa pedulikan kehadiran gempa disana.

Tujuannya hanyalah tempat kegemaran dia, tempat kenangan dia dan blaze pagi tadi. Selepas sahaja sampai, ice terus duduk di rumput hijau dengan keadaan yang bercampur-baur.

Sedih, marah, geram, benci semua menjadi satu.

" B-bunga ? Hiks t-tak cukup kuat ke b-bukti untuk dia y-yang saya b-betul-betul cintakan dia ? Hiks " gumam ice.

" Hiks kenapa aku nangis ? " Ice mengusap kasar airmatanya yang masih mengalir.

Beberapa kuntum dandelion dipetik geram olehnya, dia buat seperti biasa. Meniup bunga itu dan membiarkan debunga itu terbang dibawa angin.

" Tidak bolehkah bagi aku peluang kedua ? Peluang sekali lagi ? Untuk aku betul-betul buktikan yang aku cintakan dia ? "

48 kuntum

49 kuntum

50 kuntum

60 kuntum

61 kuntum

Tangan dia memetik lagi debunga itu lalu ditiup.

62

63

64

65

. . . . .

Setelah sekian lama, 80 kuntum dandelion sudah dipetik oleh gadis itu. Kini, dia menunduk memandang rumput hijau dengan raut muka yang terlihat kosong.

" Cik ice ? "

Ice terlonjak kaget, hatinya berdegup kencang apabila mendengar suara putera itu. Perlahan-lahan dia memusingkan kepala. Sosok blaze berdiri dibelakang dengan raut muka hairan. Disebelahnya pula seorang gadis sedang tersenyum kearahnya.

" Lagi sekali ke sini ? Cik ice buat apa ? " Tanya blaze hairan.

Srek!

Ice terus bangun dari duduk, dia menepuk-nepuk bajunya sebelum mata biru aqua itu memandang manik jingga milik blaze.

" Takde apa, saya bosan jadi saya ke sini. Kenapa ? Salah dimata awak ke ? " Jawab ice laju.

Blaze menggelengkan kepala, dia perasan sesuatu yang lain dari diri gadis biru dihadapannya.

" Awak okay ke ? "

Ice terus menoleh kearah gadis itu, senyuman manis terukir di bibirnya.

" Okay, Saya okay. Oh, siapa nama awak ? Ini pertama kali saya jumpa dengan awak " tanya ice ramah.

" Oh ! Selamat berkenalan, saya Audrelya Ying "

" selamat berkenalan, ying. Saya ivy Aurora " ujar ice lalu menunduk sedikit.

Dandelion [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now