[ Pagi, 6:35am ]" Haih, mana anak dara aku ni pergi ? Awal-awal pagi lagi dah menghilang " rungut Amara sambil menyapu lantai.
" Ibuuuuu, solar datang niii " panggil solar dari depan. Amara terus berjalan ke pintu dan membukanya luas.
" Kamu ni awal pagi lagi dah datang, kenapa ? Cari ice ? Dia tiada di rumah. Entah kemana dia agaknya. " Ujar Amara seperti sudah tahu isi fikiran jejaka itu.
" Ice keluar tak bagitahu ibu ke ? " Soal solar hairan. Amara menggeleng pelan lalu menghela nafas pelan.
" Solar tahu dia dekat mana. Solar minta diri dulu, ibu ! " Dengan tergesa-gesa, jejaka itu berlari meninggalkan perkarangan rumah itu.
›●●●‹
Tekaan solar benar bahawa ice akan berada di tempat lapang yang sama, memetik bunga-bunga dan bergumam pelan. Dengan langkah perlahan, kaki itu mendekati si gadis biru itu.
" Ice ? " Panggil solar.
Manik biru aquamarine itu terus menoleh, senyuman kekok mula terukir di bibir merahnya. Solar menghela nafas panjang sebelum melabuhkan punggung disebelah gadis itu.
" Kenapa keluar tak bagitahu ibu ? Kasihan ibu risau bila dapat tahu ice keluar senyap-senyap macam ni " ujar solar.
" Memang nak bagitahu tapi ibu sibuk masa tu, saya tak sampai hati nak kacau " jawab ice.
" Ice seorang diri je dekat sini ? Kalau jadi apa-apa macam mana ? " Tanya solar tegas.
" Mana ada saya seorang diri, kawan-kawan saya pun ada sekali. Diorang pergi beli air, kejap lagi diorang sampai " ujar ice.
Solar mengerutkan keningnya, setahunya gadis itu hanya mempunyai seorang kawan iaitu taufan. Tunang kepada halilintar, putera sulung dikota itu.
" Ivy ! Maaf lama ! Ramai betul orang beratur tadi. Eh ? Vy panggil kawan ke ? ".
Solar menoleh kearah sumber suara, terlihat seorang pemuda dan seorang gadis sedang memegang air.
" Iya, maaf tak bagitahu korang dulu " jawab ice lembut.
" Eh tak mengapa. Oh ! Selamat berkenalan ! Saya Arsenio Ethan tapi boleh panggil saya gempa. " Sapa gempa dengan senyuman ramahnya. Terasa aura kepimpinan dan keibuan milik pemuda itu.
" Saya pula Daisy Aurelia ! Panggil sahaja thorn atau panggilan yang awak rasa selesa. Nama awak apa ? " Ujar thorn.
" A-ah.. saya Asher Elio tapi panggil saya solar. Selamat berkenalan " solar menunduk sedikit dengan sopan.
YOU ARE READING
Dandelion [Blice] (🐨) ✔️
Teen FictionStatus: [Completed] " bolehkah seorang gadis kampung seperti saya mencintai awak yang merupakan seorang putera? " ✧✧✧ • cerita ni adalah idea dari separuh lagu dandelion. Jadi, saya tidak meng'copy' cerita sesiapa. • percakapan akan digunakan dal...