*.✧KEENAM*.✧

48 6 2
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 7:05 pagi, kini ice sudahpun tiba di perkarangan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jam sudah menunjukkan pukul 7:05 pagi, kini ice sudahpun tiba di perkarangan rumahnya. Mata biru itu memerhati ibunya yang sedang menyapu daun kering di halaman depan. Dengan langkah yang sedikit laju, ice menghampiri sang ibu.

" Ibu, mari ice tolong ibu sapu daun kering ni " ujar ice lalu mengambil penyapu ditangan ibunya dengan lembut.

" Ha, balik pun kamu. Risaunya ibu bila kamu hilangkan diri pagi tadi. Kemana saja kamu ni, ice ? " Soal Amara dengan raut kerisauan.

" Ice minta maaf sebab buat ibu risau. Ice keluar dengan kawan-kawan tadi, nak minta izin tapi ibu sibuk pula. Ice tak sampai hati nak kacau " ujar ice serba-salah.

Amara menggelengkan kepalanya, nak marah anak dara itu tetapi tidak sampai hati pula.

" Ibu maafkan ice. Jangan ulang perkara sama lagi ya " pesan Amara.

Ice mengangguk faham, manik biru itu mula fokus akan daun kering yang disapu.

" Selamat pagi " sapa seseorang.

Kedua mata berlainan warna itu terus menoleh kearah suara, terkedu mereka apabila melihat sosok blaze berdiri di depan pagar dengan tangan yang memegang banyak plastik berisi makanan.

" S-selamat pagi, putera blaze. Ada perlu apa datang kemari ? " Sahut Amara lembut. Manakala, ice hanya senyap tidak menyahut.

Blaze tersenyum lalu menghulur seplastik makanan kearah Amara, " ambiklah, saya ada beli lebihan makanan di pasar tadi "

" A- "

" Tidak mengapa, blaze. Sebelum balik rumah tadi saya sudah singgah membeli makanan bersama gempa. Awak tidak perlu susah-susah belikan makanan untuk kami " potong ice laju.

Blaze masih lagi tersenyum tetapi dengan maksud lain, mata jingga itu merenung wajah ice yang kelihatan selamba.

" Tidak apa, anggaplah ini rezeki lebih untuk kamu berdua " ujar blaze lagi.

Ice berjalan kearah blaze, senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Entah keberanian apa yang ada pada gadis itu sehingga sanggup berhadapan dengan seorang putera idamannya.

" Tidak kah membazir jika buang sisa makanan ? Lagipun, saya tahu kerabat diraja ramai orangnya. Berkongsilah dengan mereka jika blaze sudi. Kami berdua okay saja jika awak tidak memberikan kami makanan. Saya dan gempa sudah membeli tadi di pasar " ujar ice dengan sopan santunnya.

Amara terus berasa cuak, dia menghampiri anak daranya lalu bahu ice diciut pelan.

" Jangan begitu dengan putera blaze " tegur Amara.

" Oh, maaf kalau saya kurang sopan dengan awak. Saya tiada niat, saya cuma berkata perkara yang benar " ujar ice mula berasa serba-salah.

Blaze menghela nafas pelan, dia mula maklum bahawa gadis dihadapannya kini sudah tidak seperti dulu. Siapa yang tidak kecewa apabila ditolak oleh dia ? Putera idaman para gadis.

Dandelion [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now