*.✧KEDUA*.✧

56 6 2
                                    

Disebuah tempat lapang yang dipenuhi rumput-rumput hijau, terlihat ice sedang mencabut beberapa bunga dandelion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebuah tempat lapang yang dipenuhi rumput-rumput hijau, terlihat ice sedang mencabut beberapa bunga dandelion. Warna putih debunga itu ditenung oleh manik biru itu.

" Aku sedar aku telah membuat kesilapan yang amat besar tetapi kali ni je aku mohon, jadikan lah dia milikku " ujar ice lalu meniup debunga itu agar terbang melewati angin sejuk diudara.

" Bolehkah seorang gadis kampung seperti saya mencintai awak yang merupakan seorang putera terhormat ? " Gumam ice bernada sendu.

Terdengar terlalu jengkel tetapi itulah hakikatnya. Ivy Aurora, seorang gadis emas di kampung telah jatuh cinta pada putera kerajaan. Ia sedar derajat mereka tidaklah sama dan sangat jauh beza tetapi ice tetaplah manusia yang masih mempunyai perasaan dihati.

Secara jujur, dia telah terpesona dengan senyuman dan cara lelaki itu berbicara. Terdengar lembut dan ramah sehingga mampu membuat hati ice mencair bagaikan aiskrim yang mencair kerana iklim panas.

" Saya harap bila kita berjumpa lagi suatu hari nanti. Awak tidak berasa kekok dengan saya " gumam ice lalu menutup matanya, menikmati angin sejuk ketika itu.

›●●●‹

Jam sudah menunjukkan waktu petang. ice kini berada di halaman belakang rumah, merawat tanaman-tanaman.

" Bilalah engkau nak membesar, wahai bunga " gumam ice.

" Seronoknya tengok orang tu ambil berat pasal bunga. Pasal saya taknak ambik berat ke ? " Ujar seorang lelaki.

" Bukan niat saya hendak bersikap kurang sopan tetapi saya tidak suka lelaki lain cakap begitu pada saya " ujar ice selamba.

" Kenapa ? Bukan awak selama ni tak kisah saya cakap begitu ? "

Ice terus memandang lelaki dihadapannya. " Itu dulu, tuan solar. Sekarang, hati saya sudah dimiliki oleh seseorang yang saya suka " .

Wajah solar terus bertukar masam, kakinya menendang-nendang batu kerikil di tanah.

" Sampai hati awak " ujar solar dengan nada yang merajuk.

" Kenapa tuan solar tidak mencari orang lain sahaja ? Ramai lagi gadis yang cantik diluar sana " ujar ice lembut.

" Tapi tidak secantik awak. Wajah putih bersih, bibir merah Cherry, rambut lurus berwarna blonde. Mana lagi saya nak jumpa gadis secantik bidadari macam awak ? " Goda solar.

Ice tertawa kecil, dia kemudian menggeleng pelan. Sudah terbiasa dengan sifat Playboy milik primadona di kampung itu.

" Amboi yang disana, ayat bukan main manis " tegur Amara dari pintu dapur.

Dandelion [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now