*.✧KELAPAN*.✧

42 6 1
                                    

[ Malam, 9:45pm ]
[ Taman ]

Manik biru aqua itu memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang berkelip. Rambut blonde-nya sesekali terbang mengikut arus angin sejuk, menambahkan kecantikan pada gadis itu.

Dia suka akan suasana tenang seperti itu, dapat kosongkan fikirannya yang sedikit serabut semenjak dua menjak ini.

" Hai ivy, sorang je ? " Sapa seseorang dari arah belakang.

Ice terus menoleh, senyuman manis diberikan kepada gempa yang sedang berjalan kearahnya.

" Hai " sahut ice.

" Awak dari mana ? " Soal ice sambil memandang lelaki disebelahnya.

" Baru balik dari pasar " jawab gempa.

" Kali kedua ? "

Gempa terkekeh kecil lalu mengangguk, tangannya mengangkat beberapa plastik yang berisi makanan dan barang keperluan. Ice menggeleng pelan sambil tersenyum kecil.

" Oh, saya ada beli waffle strawberi. Kegemaran awak, nak ? " Tanya gempa, manik madu itu leka dengan plastik ditangan. Mencari waffle yang dibeli sebentar tadi.

" Here you go " ucap gempa sambil menghulur plastik berisi waffle strawberi.

" Awak belikan untuk saya ? " Tanya ice hairan tapi tangannya mengambil waffle itu laju.

" He'um, nampak waffle ni buat saya teringat dekat senyuman awak " ujar gempa selamba.

" Mengarutlah awak ni " gumam ice.

" Awak dah dengar berita ? " Soal gempa tiba-tiba.

" Berita apa pula ni ? Awak bergosip lagi ya dengan mak-mak di hujung pasar ? " Soal ice.

" Bukan, ni saya terdengar saja. Saya tak bergosip dah " ujar gempa.

" Iyalah tu "

" Saya dengar tuan putera blaze datang ke pasar lagi tengahari tadi. Ada orang nampak dia beli bunga tetapi tak tahu untuk siapa. Awak tak rasa ke yang dia belikan untuk pasangan dia ? " Ujar gempa, membuat pose berfikir.

Ice terdiam, manik biru itu memandang lekat lelaki disebelahnya. Hatinya berasa sedikit sakit mendengar ayat 'pasangan'. Adakah kenyataan itu adalah benar ? Blaze sudah mempunyai pasangan hidup ?

" Saya tidak berniat untuk sakitkan hati awak, ivy tetapi itu adalah perkara yang saya dengar dari mulut orang kampung. " Sambung gempa seperti tahu isi fikiran gadis disebelahnya.

Ice masih diam, serta-merta dia tiada mood untuk berbual. Kadangkala, dia hairan kenapa hatinya boleh tertarik dengan seorang putera bukannya dengan rakyat biasa. Sekarang, dia makin faham perasaan solar apabila ditolak.

" Huft, saya boleh tolong awak. Kita boleh tengok betul ke tuan putera blaze sudah berpunya. Mahu ? " Cadang gempa.

" Bagaimana caranya ? " Soal ice lirih.

" Kita boleh berpura-pura mempunyai hubungan. Dari situ, kita boleh tahu tuan putera marah atau tidak. Kalau dia marah, itu bermakna dia telah tipu ivy " ujar gempa.

" Awak ingat putera seperti dia pergi kampung hari-hari ? " Tanya ice datar.

Cadangan seperti apa itu ? Macam mengambil kesempatan saja lelaki disebelahnya ini.

" Saya yakin sejak kejadian semalam, dia akan pergi pasar setiap hari. Kadang-kadang, saya nampak dia pergi kampung waktu malam. Putera macam dia tu aktif kalau ivy nak tahu. Awak ingat dia macam abang dia ? Duduk di sofa setiap masa ? "

Dandelion [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now