Selepas sahaja mereka berdua selesai membeli barang, kini mereka sudah berada dihadapan rumah ice." Dah balik, ice ? Eh ? Putera pun ada dekat sini ya. Selamat pagi " ucap Amara Ramah sambil menunduk sedikit. Blaze tersenyum manis kearah wanita itu.
" Mari ibu bantu " Amara dengan laju mengambil plastik ditangan blaze.
" Awak dah nak balik ke ? " Tanya ice.
Blaze mengangguk sahaja, " abang saya mesti ada dekat istana. Saya kena balik cepat sebelum dia mengamuk. Saya dah lah baru baik demam " ujar blaze.
" Itu lah awak. Patut tadi awak duduk diam-diam dekat istana. Gempa ada teman saya tadi " ujar ice.
Blaze terdiam, " boleh tak cik ice jangan sebut nama dia depan saya ? "
" Eh ? Kenapa ? " Soal ice hairan. Manik biru laut itu terus memandang manik jingga milik blaze.
" Takde apa, saya cuma tak suka " ujar blaze acuh tak acuh.
" Saya balik dululah. Nanti cakap dekat ibu awak ya. Selamat tinggal, cik ivy " ujar blaze sebelum beredar dari kawasan perumahan itu.
Ice senyap tidak bersuara, dia memandang sosok blaze lama sebelum namanya dipanggil sang ibu.
" Ice ? Termenung apa tu ? Mana putera ? " Tanya Amara.
" Huh ? T-takde apa. Dia dah pergi. Katanya kena balik cepat " jawab ice gugup. Amara mengangguk faham.
" Jom masuk, ibu ada buat kuih dekat dalam "
" Ibu buat kuih ? Kenapa tak tunggu ice ? "
" Hehe, saja buat surprise untuk anak comel ibu ni "
›●●●‹
[ Istana ]
Blaze termenung memandang televisi yang menyala dihadapan. Manik jingga itu terlihat marah tanpa sebab. Halilintar yang kebetulan lalu disitu serta-merta menjadi hairan.
" Kau kenapa, dik ? Marah je nampak ? " Soal halilintar.
" Takde apalah " jawab blaze dingin.
" Masalah perempuan ? " Teka halilintar.
" Abang sibuk kenapa ? Lantak akulah nak ada masalah perempuan ke masalah hidup ke " ujar blaze malas.
Halilintar melabuhkan punggung disebelah si adik. Telinga blaze ditarik kasar sehingga membuatkan si putera itu meringis sakit.
" Jangan nak emo sangat pagi-pagi macam ni. Kenapa ? Kau cemburu kan tengok gadis pujaan kau tu dekat dengan lelaki lain ? " Ujar halilintar.
" M-mana kau tahu ? "
" Apa aku tak nampak ? Aku dari dalam perhati kau punya raut muka bila si budak.. siapa nama dia ? Gem ? Gembu ? "
" Gempa, tuan " menyampuk fang diseberang.
" Ha ya gempa. Kau cemburu ? " Soal halilintar.
" Senyaplah " gumam blaze lalu bibirnya muncung kedepan.
" Tak payah cemburu ! Kau sendiri yang bawa masalah ni jadi besar untuk diri kau sendiri. Apa ? Kau cakap kau dah ada pasangan kan ? Padahal kau nak lamar dia masa pesta tu kan ? Kolot ! Bila dia dekat dengan lelaki lain, kau nak cemburu buta " bebel halilintar.
" Ish ! Abang senyap je lah ! Ni masalah aku bukan masalah abang ! " Marah blaze.
" Ha eloklah, bawa perangai buruk kau tu sampai keturunan kau ! Nanti dapat anak perangai macam kau ni, baru tahu macam mana nak handle ! " Marah halilintar.
Blaze terus bangun, " bosanlah ! Asyik membebel je. Ni mesti bunda bagi kau makan coklat lebih. Bunda !! " Seloroh blaze lalu berlari mencari sang ibunda.
Halilintar mendecih, " karang kalau aku senyap je. Kata aku dingin macam peti sejuk "
›●●●‹
" Ice termenung apa ? Dari tadi ibu perhati tau " tanya Amara kehairanan melihat sikap pelik si anak.
" Takde apalah, ibu. Oh, ice lupa nak cakap. Tadi putera blaze ada bagi kad jemputan " ujar ice.
" Kad jemputan apa ? Kahwin ? Dia nak kahwin ? " Soal Amara.
Raut ice bertukar masam, hatinya terbakar-bakar apabila mengingat kembali perbualan di pasar bersama blaze.
" Bukanlah, ibu. Ni kad jemputan untuk ke pesta hujung minggu ni dekat istana " ujar ice.
" Iya ke ? Ibu tak tahu apa-apa pun ? "
" Mesti ibu fokus sangat buat kuih. Itu yang ibu tak tahu " ujar ice. Amara terkekeh kecil.
" Ibu perasan sesuatu lah kan. Kamu cemburu ya bila ibu cakap pasal putera blaze nak kahwin ? " Soal Amara.
" Mana ada ice cemburu ! I-ice cuma teringat yang ice tak siram teddy dekat atas ! " Ujar ice laju lalu berlari menuju ke atas.
Manakala, Amara sudah tersenyum lebar. Ada-ada saja perangai anak daranya itu.
[ Bilik ice ]
Ice menutup pintu bilik perlahan-lahan, kakinya melangkah kearah bunga mawar merah diatas meja belajar. Senyuman manis terukir di wajah manisnya.
" Haii teddy, haus ya ? Maaf tau ivy keluar tak siram teddy dulu " ujar ice.
'teddy', nama bunga mawar pemberian thorn tempoh hari. Bagi gadis itu, bunga itu nampak comel apabila dipandang lama-lama. Lagi-lagi apabila warna merah itu terkena cahaya matahari.
" Here you go ! " Ice menyiram bunga dengan lembut.
" Ivy masih curious lah, teddy. Betul ke thorn yang bagi teddy ? Atau ada seseorang yang bagi ? Sebab ivy rasa jarang lah thorn salah kirim bunga. Dia tu fanatik dengan bunga " ujar ice serta dengan raut hairannya.
" Hmm, kalau seseorang yang bagi. Ivy teringin nak tahu siapa " gumam ice lagi.
" Dah selesai, macam mana segar kan ? "
Ice tergelak kecil apabila dia merasa kelakar berborak dengan bunga. Habit 'berborak dengan bunga' ialah habit thorn. Gadis hijau si fanatik bunga itu. Ice banyak kali perasan apabila lalu di depan kedai bunga.
Thorn akan borak dengan bunga, kadangkala ketawa sorang-sorang ibarat dia boleh dengar bunga itu cakap apa. Bagi ice, itu habit yang unik.
" Tak sabarnya nak pergi pesta tu. Mesti meriah kan, teddy ? Ivy dah boleh bayang macam mana meriahnya suasana nanti " ujar ice sambil memandang ke langit biru.
" Ivy rasa macam ada kejutan yang berlaku masa pesta " sambung ice lagi. Wajahnya berubah sendu.
Dia teringat akan topik kahwin yang dibawa Amara dan topik pasangan yang dibawa blaze. Adakah kejutan itu ialah kejutan yang mampu buat dia sakit hati kali kedua ? Atau kejutan yang mampu buat dia menangis terharu ?
" Saya pun tunggu awak, putera blaze terhormat "
[ TBC ]
YOU ARE READING
Dandelion [Blice] (🐨) ✔️
Fiksi RemajaStatus: [Completed] " bolehkah seorang gadis kampung seperti saya mencintai awak yang merupakan seorang putera? " ✧✧✧ • cerita ni adalah idea dari separuh lagu dandelion. Jadi, saya tidak meng'copy' cerita sesiapa. • percakapan akan digunakan dal...