Today

357 16 2
                                    

Syah berkerut bila dia baca mesej ibunya. Ibu dia dah tahu pula dia Ada girlfriend. Dah dia bergaduh dengan ibu dia sebab ni.

Laura kat belakang dia tengah peluk dia sambil main game.

"Ugh, I just hate when my mom knows everything... "

"What happened? "

"Nothing."

PAKKK!!

Syah melempar telefonnya pada kabinet. Habis retak kabinet woo. Tapi telefon dia elok pula. Ada besides ke? Fuh, nasib baik Syah tak pernah baling phone tu kat dia. Terkejut Laura tiba-tiba Syah baling phone.

Syah sambung buat nescafe dia dengan tenang macam takde apa jadi dan buka TV. Laura diam je. Syah tengah marah baik jangan ganggu.

"You kerja malam ni? " Tanya Syah.

"Haah, Ada benda nak kena settle kat pulapol. "

"I wish to sleep on your arm today... "

"Ah!" Laura tak boleh nak lepaskan peluang ni sebab nak tidur kat lengan ni ikut mood Syah. Kalau Syah taknak, dia akan tidur menghadap dinding. "I- I can finish the task earlier and sleep with you! "

"Pukul berapa? "

"4 pagi...? "

Syah tersengih. Disisip nescafe itu sedikit. "I akan minta lengan dayang."

"Ah, no- "

"I gurau je. Habiskanlah kerja tu cepat-cepat. I Ada kelas nanti kena bangun awal."

"Okay! "

***************
Habis je kerja, Laura terus segera balik rumah Syah. Dia ada je rumah sendiri cuma dia suka bersama Syah lebih lagi. Masuk je dalam bilik nampak Syah dah tertidur atas katil seorang diri ditemani seekor kucing.

Laura senyum. Dia berjalan kearah Syah dan menghalau kucing tersebut. Namun kucing itu hanya bangun dan baring atas muka Syah.

Laura berkerut. "Go away~" Laura mahu ambil dia tapi dia geli dengan kucing jadi dia ambil kucing dengan hanya 2 jari kiri kanan dan campak dia atas lantai.

"Miawwww~!!! " Pandai pula tu kucing tu kucing tu mengadu. Laura gelabah suruh dia senyap. Tahu-tahu si empunya badan dah terbangun.

"Kenapa you tolak dia? "

"I geli dengan kucinglah~"

"I dah selesa dengan kucing tadi aish you ni. " Syah angkat kucing tadi. Dia bukan sesiapa pun. Hanya kucing jiran yang suka merayap tapi sang at Syah sayang.

Syah dan kucing baring menghadap dinding.

"Syah, kata nak tidur kat lengan I? "

"Tidur ngan kucing lagi best. "

DIA KALAH DENGAN KUCING?!

*****************
"Sayang, bangun. " Syah mengejutkan Laura yang tidur tak ingat dunia. Dahlah tidur ternganga. Meleleh air liur turun. "Teman I pergi warung Pok Teh jom. I nak makan nasi berlauk dia. "

"Ermm~" Laura bangun. Matanya masih mamai. Jam diperhati. Berkerut dahi dia tengok jam baru 6.30. "Awalnya, sayang. "

"Makanan dia pukul 8 banyak habis dah. 6.30 ni pun dia dah buka. Jomlah~ nanti you kerja kan? You hantar I pergi rumah Leona. "

"Okaylah~ why don't you get a license? I mengantuk~"

"Saja. Boleh bermanja dengan you. " Ujar Syah. Sebenarnya tu tactic je supaya...

"Yes, memang I berguna untuk you! " Laura terus berdiri. Dia mencium pipi Syah geram lalu ambil tuala Dan berlalu keep bilik air. Itu taktik agar Laura cepat sikit.

Lambat-lambat je minah ni.

Lepas siap segala, merely terus ke warung Pok Teh. Kedai dia penuh bukan sebab viral tapi sebab sedap. Orang ketagih nak makan lagi. Sekarang dah pukul 7 memang beraturlah.

Sementara Syah beratur, Laura tidur dalam kereta. Kasihan dia penat kerja sampai 4 pagi. Apabila sampai saja, baru Syah perasan ada Emilia membantu.

"Aih, Emilia? Kerja sini pula ke? "

"Takdelah, saja tolong Pok Teh. Dia sakit kaki nak layan ramai sangat." Balas Emilia.  Syah senyum.

"Dah bertaubat Emilia. " Ujar Syah. Emilia hanya ketawa.

"Haa makcik nak order apa? "

"I potong gaji 80% sebab panggil I makcik. "

"Okay nenek. "

Lah, makin teruk. Syah hanya ketawa Dan get along je dengan Emilia ni. Emilia memang tak takut. "I nak~ nasi kerabu ayam percik 1. Taknak sayur eh? Ada baby besar tu nak makan. I pula just nak ayam kari. Sambal campur je sekali and add-on daging goreng dan paru sambal. Sayur Ada? "

"Tak nampak ke? " Tanya Emilia, menunjuk kearah bekas-bekas yang Ada pelbagai jenis lauk sayur.

"Kangkung lemak satu, kubis satu. "

"Tak faham aku kau ni makan nasi berlauk ke nasi kandar." Ujar Emilia lalu disauk segala harta benda dan kemudian dibungkus, diikat dan dimasukkan dalam plastic dan diserahkan pada Syah.

Syah hulur duit RM100 dan terus berlalu. Emilia faham sangat dah. Syah akan bersedekah selagi boleh. Itu guna harta dia selama ini.

Syah masuk kedalam kereta. Dia nak kejut Laura namun dia nampak nyamuk tengah mendadah dekat pipi Laura.

PAKKK!!

"ADOII!! "

A Little Stars Around Your Scars: Spin-Off Laura and Syah ✔Where stories live. Discover now