wagon

193 16 4
                                    

"Good morning! " Mac berjalan dengan senyuman lebar menegur rakan-rakan sekerjanya. Ternganga 4 orang pekerjanya dihadapannya termasuk Syah.

"Morning... " Emilia membalas perlahan.

"Besarnya benjol kat kepala you! " Ujar Syah. Mac terus masam muka nya.

"Anak kakak ipar I balik. I just told him that dia single, takde girlfriend ke boyfriend ke end up dia ketuk kepala aku dengan mainan dia. Itu yang timbul trademark ni. " Jelas Mac, menunjukkan benjol didahinya.

"Aku rasa aku tahu siapa salah." Luah Andre.

"You must do something that trigger his feeling... " Sokong Daniel, pekerja lelaki baru. Pekerja makin bertambah sekarang. Dah ramai yang nak kerja dengan haiwan lepas viral ada panda escort ke sini.

"Poor that child. " Ujar Emilia, Andre dan Emilia serentak. Mac berkerut.

"Why's everyone defending him? I yang kena pukul! " Mac bercekak pinggang, mencebik. Emilia dan Syah terus ketawa.

"Gurau lah. "

"Dah, jom tolong angkat hays ni letak atas wagon. " Tegas Syah, mengangkat gumpalan rumput kering letak atas wagon. Mac senyum lebar.

"Okay! "

Syah memanjat naik atas wagon. Dia menolak semua rumput kering yang telah dimasukkan agar lebih rapat dan padat. Banyak lagi rumput kering yang mahu dimasukkan.

Syah buat kerja namun kepala nya masih terfikirkan ibunya. Hanya Laura dan semua yang ada dalam rumah tu saja tahu apa berlaku.

Sejujurnya, dia rasa bersalah halau ibu sendiri. Jahat macammana sekalipun, dia masih mak kita. Dia yang lahirkan kita.

PAK!

Andre hilang keseimbangan sebab terjatuh dalam lubang tanah. Dia terpukul badan kuda yang disambung ke wagon itu. Terus ia berlari. Syah yang berada atas wagon terus jatuh tergolek ke bawah.

"Syah! "

********************
"Hmph, jangan sampai I tidur vet pula. " Luah Syah geram. Kakinya dibalut. Nasib baik dekat sini memang ada first aid tapi dia tersadai kat katil veterinar ni lepas Erika rawat dia.

"Sabarlah, haha. " Erika ketawa kecil. Syah hanya mengeluh. Geramnya dia!

"Hai-hai! " Jony menyergah veterinar tersebut. Terkejut Syah. Dia berpaling kearah Jony yang sedang berlari masuk kedalam. Bersamanya adalah Laura dan Leona.

"... Jony. "

"Saya dengar kakak sakit kaki? Sakit ke? " Tanya Jony lalu memicit kaki Syah yang terseliuh. Menjerit Syah kat situ. Laura terus tarik dia jauh dari Syah sebelum gunung berapi meletup.

"...you okay tak? " Tanya Laura. Syah senyum nipis dan angguk. Mujurlah. Dia hampir hilang nyawa bila Mac bagitahu Syah jatuh dari wagon.

"I bawakan makanan untuk semua orang. " Ujar Leona. "Just- banyak sangat. I simpan dalam kereta dulu nanti suruh Mac ambil. "

"Awww~ thanks, Leona."

"Haih, you ni. Please be careful next time. I love you, you know? Tak luka pun kena jaga-jaga lepas ni." Tegas Laura.

"I know, I know! Geez, so noisy! " Balas Syah geram.

"I hear you fell off from a wagon... " Ujar Laura. Syah mengeluh berat.

"I lost my legs. Macammanalah I nak buat kerja? "

"Tak payahlah buat kerja. Ramai lagi boleh jaga-jaga you kat rumah. Sini, I dukung you! "

" Good idea! Sini! " Syah menghulurkan kedua-dua tangannya. Laura terus dukung dia secara bridal style. Sebagai budak kecil yang masih ada angan-angan, Jony menjerit dalam hati.

Comelnya kakak dia kena dukung!

Syah cium pipi Laura. Dia tersenyum manis. "I love you. "

...namun tiada sebarang balasan dari Laura langsung.

A Little Stars Around Your Scars: Spin-Off Laura and Syah ✔Where stories live. Discover now