Pesan dari Anak

209 14 4
                                    

Syah jalan bertongkat pula dah. Aish, gara-gara kaki terseliuh terpaksa guna tongkat. Namun dia berkerut bila nampak ibunya depan pintu.

"Apa lagi mama nak...? "

"Syah~ to- tolong mama Syah~ please...? Kalini je mama minta tolong kamu... "

Laura hanya diam membisu. Dia melihat kearah mulut Melanie. Syah berkerut, mahu berjalan melepasi Melanie.

"Mama dah bankrupt. "

"Huh? " Syah berpaling kearah Melanie. "How? You punya account bukan kaya sangat ke sampai boleh beli 10 biji Honda? "

"P.A mama...dia belot mama Syah~ please~"

"You hurt my girlfriend's feelings. I taknak tanggungjawab. " Tegas Syah, berjalan straight masuk kedalam rumah. Melanie mencebik.

Laura menarik tangan Melanie. Dia berbahasa isyarat sambil bercakap.
"...apa dah jadi? "

"Duit mama semua kena sedut... Mama dah takde duit~"

"Kenapa? "

"P.A mama belot mama~"

"Boleh saya minta maklumat peribadi P.A mama berserta gambar? "

"Boleh~ kamu kenapa pakaian bahasa isyarat? " Tanya Melanie hair and. Bukannya dia faham pun. Laura senyum. Dia hanya geleng kepala dan menjemput Melanie masuk ke dalam.

Mujurlah bakal menantunya ni nak dengar masalah dia. Kalau tak sampai ke sudah dia bertenggek depan pintu rumah.

*********************
Syah menghirup kuah puding itu. Harini Laura kena kerja. Dia kata nak tolong mama dia kembalikan duit dia. Itulah masa bercakap asyik mendongak ke langit. Sekarang dah jatuh terduduk macamni baru nak ada kesedaran sivik.

Melanie berjalan turun dari tangga. Dia menarik kerusi dan duduk didepan Syah. Syah sememangnya sudah bench amat dengan muka Melanie ni tapi sebab dia mak kandung, Syah biarkan.

"Syah, boleh mama tanya fasal Laura?"

"Hm."

Dingin sekali respon Syah. Melanie menggigit bibir bawahnya.

"...Laura tu ada masalah apa? "

"Huh? " Syah berkerut. "Masalah apa? Masalah kerja dia jelah. "

"Ouh~ sebab dia guna bahasa isyarat dengan mama. Tapi mulut dia bercakap. "

"Ingat dia bisu ke? Sajalah tu nak bagi mama ingat dia pandai bahasa isyarat. Laura memang macamtu perangainya."

"Ouh yeke...? Mama just tanya...ingatkan apa lah... "

"Mama lapar tak ni? Ada sup ayam tu dalam periuk kalau nak makan. "

"Nanti mama ambil sendiri. "

Syah bangun. "...kita ni nak buat baik bukan waktu susah kita je. Kalau dapat pertolongan dari orang yang kita pernah hina dulu, bila dah bangkit semula nanti jangan dilupakan isinya. " Pesan Syah. Melanie hanya mendengar. Rasa pelik pula bila anak lebih tahu.

"... I'm so sorry I've hurt your feelings Syah. "

"I don't mind at all. Apologize to Laura, not me. "

" ....alright."

*****************
Jony berlari dari dalam lif tadi ke ruang tamu dengan troli mini miliknya. Dia mengejar seekor kicking yang sesat. Melanie dan Syah yang tengah tengok TV terkejut tengok Jony.

"Jony, ada barang pecah nanti akak ambil troli tu. " Ugut Syah. Jony tersengih. Dia berhenti.

"How did you do that? Mama kena jerit terpekik terlolong baru Jony berhenti. " Tanya Melanie hairan.

"1001 teknik menjaga baby. I dah khatam. " Jelas Syah, mengambil sebuah buku dari bawah meja dan diberi kepada Melanie. Melanie terkedu.

"Kenapa you ada buku ni?"

"Sebab I nak ada baby. Tapi tak boleh."

"Why tak boleh? Go on. Go ahead have a baby with Laura. I don't mind."

"It's not that, mama. "

"Then? "

"I mandul. " Luah Syah. Dia nak nangis dah masalahnya tapi dia tahan. "Laura tahu I mandul, dia nak I buat IVF. Dia tak tinggal I tau? Dia usaha sampai dapat. Kalau orang kaya lain? No. Laura je yang sanggup stay eventho I sebenarnya tak pernah bank in duit kat dia kecuali masa dia tak cukup balance dalam kad dia untuk beli Maggie. Heh, she's...she's so cool. "

Melanie diam saja. Nampaknya dia dah salah faham fasal Laura.
"Mama mahukan yang terbaik buat kamu. Maaf meragui Laura sebelum ni. "

"...it's fine. "

"I'll be there for Jony's school. "

"Tak payahlah mama. "

"Eh, kenapa pula? "

"Government school tak bagi ibu bapa masuk sekolah tengok anak. "

"What?! "

"Takpe mama! Saya pandai badikari! "

"Berdikari." Syah membetulkan ayat Jony. Main sebut je dia ni, aish.

"Hehe. Ya! Beridibi- berdikana- berbidi- beribi apa tadi kakak? "

"Ber. Di. Ka. Ri."

"Ya, berdikari!! "

A Little Stars Around Your Scars: Spin-Off Laura and Syah ✔Where stories live. Discover now