Disebabkan ibunya ada kat rumah, Syah bermalam dekat hotel. Kasihan pula dia tinggalkan Jony kat rumah tu. Hopefully Maury boleh jaga dia elok-elok.
Laura merangkak naik atas tubuh Syah. Pipinya dicium dan dijilat lalu melentokkan pipinya ke pipi Syah untuk mengintai Syah tengah WhatsApp dengan se seorang. Dia tengah WhatsApp dengan Maury.
"Jaga dia elok-elok."
"I balik bila I dah tenang sikit." -Syah."Yes, ma'am."
"You can rely on me." -Maury."Maury tu baik orang nya. Haritu I minta tolong, dia tolong tanpa banyak soal." Ujar Laura. Syah angguk.
"Dia jaga I dari I form 1."
"...patutlah... "
"Yang you ni kenapa menyelit dekat I? Sibuk ajer. "
"Salah ke? "
"No, but I sempitlah. Luas lagi kan katil ni? "
"Hehe. I saja je nak test you punya switch on ke tak on. "
Syah diam. Dia sambung main telefon sementara Laura membuka laci dan keluarkan sebatang gincu dari dalam beg make-up Syah. Dia tunduk sedikit dan calit gincu dia bibir Syah. Syah terus lepaskan telefon dan fokus pada Laura.
"Fuck, you're...so...hot... " Luah Laura, menarik calitan gincu sampai ke pipi Syah lalu digosok. Ibarat muka baru lepas digomol.
"Don't ruined our mood, okay? "
"...okay... " Laura senyum. Dia terus tindih badan Syah dan cium mulutnya lembut. Memang Laura je boleh buat Syah senyum, rasa lega dalam hati walaupun mak dia tu adalah mak kandung.
Apa guna sedarah jika tiada toleransi? Syah lebih rela hidup 100 Tahun dengan orang sama.
***************
Walaupun Syah jauh, Syah tetap jumpa Jony kat depan sekolah untuk first day government school dia. Dengan payungnya sebab panas terik. Jony berlari terkedek-kedek pada Syah."Kakak!! "
Syah senyum, duduk bertinggung dan peluk Jony erat. Syah berdiri semula dan pimpin tangan Jony masuk kedalam sekolah.
"Maaf, puan. Ibu bapa tak boleh masuk." Larang seorang guru. Syah terdiam. Jony berkerut.
"Dia bukan ibu Saya, dia kakak saya! Saya nak kakak masuk! " Rayu Jony, menolak guru tersebut ke belakang.
"Can't give me a chance...? Dia dari private school so to be in government school is still a little bit...awkward? "
"Errr~" Dia guru kat situ agak tergagap. Setelah mereka berbincang dengan guru besar dalam telefon, akhirnya Syah dibenarkan masuk namun hanya untuk hari itu.
"Kamu kelas 2 Intan. Mari cari kelas kamu~" Syah berjalan menuju ke barisan darjah 2. Nasib baik ada sepanduk budak-budak duduk depan sekali pegang. Senang nak cari. Syah dudukkan Jony dekat barisan dia.
"Belajar elok-elok tau? Jangan panggil orang itu ini. Kalau dia panggil kamu monyet, kamu cakap je tak baik, jangan balas tau? " Pesan Syah, membetulkan sedikit baju Jony yang entah jadi apa.
"Baik! "
Syah senyum, berundur sedikit ke belakang bagi yang lain beratur. Syah senyum tak henti. Eeeeii comel nya adik dia masuk sekolah!
Syah keluarkan telefon, merakam segalanya.
"Jony, smile! "
"Ha! " Jony senyum selebarnya. Dia angkat tangan mahu lambai namun tertumbuk muka budak belakang. Budak itu tunduk kepala menahan sakit. Aduh~
"Jony, apologize! "
"Ma- maafkan Saya!! "
Jony berusaha memujuk budak perempuan tersebut. Syah hanya tersenyum manis. Dulu dia masuk sekolah, dia ditemani oleh seorang pembantu peribadinya yang jauh lagi tua. Terlalu tua sehingga dia meninggal sebaik Syah tamatkan darjah 6.
Tak pernah dia nampak ibunya disekolah. Ayahnya pun muka langsung tak kenal. Dia taknak Jony kena sama macam dia.
Dia taknak Jony ada suicidal thoughts.
...dia taknak.
Tanpa dia sedari, setitik air mata mengalir ke pipi. Syah terus lap air matanya. Cepat-cepat dia keluarkan telefon dan call nombor Leona.
"Nana, where are you? Can I come...to your house...? "
YOU ARE READING
A Little Stars Around Your Scars: Spin-Off Laura and Syah ✔
RomanceMari kita cerita fasal satu love tropes dimana yang lebih tua adalah lebih pendek dan lebih muda adalah lebih tinggi malah mereka suka bergaduh. Dah itu cara untuk mereka luahkan kasih saying, tiada apa yang salah pun. Namun apabila ibu Syah tahu f...