“my angel”
“Assalammualaikum"Fayyadh membuka pintu dengan muka yang letih kerana baru balik dari kerja.
“Waalaikumsalam Fayyadh, lambat balik"sahut seorang wanita tua.
Fayyadh menghampiri wanita tua itu dengan senyuman di bibirnya.
“Sorry ibu, Fayyadh banyak kerja tadi"ujar Fayyadh dan menggapai tangan tua itu untuk di salam.
“Maaf tu bukan dekat ibu, tu ha budak kecik yang rindukan kamu tu"ujar Puan Harsalina dengan menunjukan ke arah kanak-kanak yang berumuran 10 tahun tidur di sofa dengan patung beruang dalam pelukannya.
Fayyadh ketawa kecil melihat posisi tidur adiknya.
“Esok pagi pandai la Fayyadh pujuk Rissa"bisik Fayyadh kepada ibunya.
“Hm dah la, ibu nak bawa Rissa naik ke bilik"Puan Harsalina menghampiri anak bungsunya.
“Tak pe la bu, biar Fayyadh angkat adik"bidas Fayyadh.
“Ibu tau kamu letih, tak pe biar ibu angkat"tolak Puan Harsalina.
“Tak, Fayyadh tak letih pun sebab lihat muka syurga Fayyad dekat depan ni"usik Fayyadh kepada Puan Harsalina.
Puan Harsalina menghempas lembut lengan anak bujangnya. Ada saja ayat manis dari mulut anaknya ini persis arwah suaminya.
“Ye la, terserah kamu"Puan Harsalina hanya mampu mengeleng.
Fayyadh menghampiri adiknya yang sedang di ulit mimpi. Tubuh kecil itu di angkat pelahan. Kakinya yang panjang melangkah pergi ke bilik adiknya. Pintu di buka dengan sebelah tangan kirinya. Manakala tangan kanannya menaut tubuh kecil adiknya.
Fayyadh meletakan adiknya lembut di atas tilam empuk. Di tarik selimut hingga paras dada adiknya. Tangannya naik mengusap lembut rambut adiknya tanda kasih sayangnya. Dia, sebagai ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan memberi impak yang besar kepada mereka sekeluarga.
Fayyadh mencium dahi adiknya.
“Goodnight little sweetie"bisik Fayyadh.
Melihat adiknya tidur nyenyak dia keluar dari bilik besar itu. Kakinya menghampiri biliknya yang berhadapan bilik adiknya.
Tangannya memulas tembol pintu. Kepalanya berasa sangat berat seperti ada batu yang menghempap kepalanya. Tilam yang empuk itu menarik perhatian lelaki itu. Fayyadh merebahkan tubuhnya di atas tilam. Tangan kanannya di letakan di dahi manakala tangan kirinya di letakan atas perutnya. Dadanya berombak lembut. Begini la dia setiap hari. Pergi pagi balik malam. Kerja sebagai inspektor bukan senang. Banyak memerlukan pengorbanan diri. Seperti sekarang, dia perlu pulang lewat kerana banyak operasi yang harus dia perhatikan.
Dia sebagai inspektor menyebabkan dia sering sibuk dengan kerjanya. Mengulang lagi kisah lama. Sekiranya arwah ayahnya masih ada, mesti bebannya sedikit kurang. Dia tidak merungut tapi dia hanya terasa berat di bahunya apabila tanggungjawap dan amanah di bahunya. Apabila memikirkan hal itu, Fayyadh mengusap kasar mukanya. Dia tidak patut memikirkan hal itu kerana itu adalah kerjanya. Terus bibirnya mengucapkan istighfar. Ini adalah ujian baginya dan dia harus menjalainya dengan hati yang tabah.
“Ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku, berikan la aku kekuatan untuk menempuhi ujian yang engkau berikan"doa Fayyadh.
Badannya yang baring tadi di angkat pelahan. Badannya yang sudah melekat akibat peluh. Tanganya mengambil tualanya yang bergantung dan di bawa ke dalam bilik mandi.
Setelah berapa minit, Fayyadh keluar dengan seluar pendek di tubuhnya. Rambutnya yang basah di lap mengunakan tuala kecil di tanganya. Setelah sedikit kering, dia menghempas tubuhnya di tilam. Matanya yang sudah di kuasai kantuk membuatkan matanya menjadi kuyu ingin melelapkan matanya yang berat. Dalam berapa saat, Fayyadh sudah di bawa mimpi.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...