“my angel”
FLASHBACK
“Tolong cari adik aku"
Berkerut dahi Fayyadh mendengar kata kawanya.
“Kenapa? Adik kau kat mana?"soal Fayyadh pelik.
“Aku rasa bekas tunang adik aku culik dia"
“Ha? Macam mana boleh jadi macam tu? Sejak bila?"soal Fayyadh.
“Pagi tadi"
“Okay, kau jumpa aku dekat balai sekarang"
END FLASHBACK
Jari itu daripada tadi tidak henti mengetik komputernya. Bahan bukti yang di cari hanya separuh untuk di laporkan.
Fayyadh mengetap rahangnya bila tiada CCTV di temui olehnya.“Aku rasa yang culik adik kau ni bukan calang-calang orang Mi"Kata Maleeq kepada Suhaimi di sebelahnya yang daripada tadi mencari maklumat sama seperti Fayyadh.
“Aku pun rasa macam tu, ye la bekas tunang adik aku tu obses dekat adik aku"ujar Suhaimi sambil memicit dahinya. Dari pagi hinggalah malam mereka masih di balai.
“Macam mana kau tau lelaki tu obses dekat adik kau?"Maleeq mengangkat keningnya sambil tanganya mengetuk pen di atas meja. Fayyadh, Maleeq dan Yusuf memandang ke arah Suhaimi. Betul juga soalan Maleeq ni.
“Adik aku bagi tau, kau ingat tak Yadh masa kau tolong adik aku dari kena rogol tu?".
Fayyadh mengangguk kepalanya.
“Kenapa?"
“Lelaki tu ex tunang adik aku"ujar Suhaimi dingin. Kalau dia dapat jantan tu mahu saja dia lunyaikan lelaki itu. Jantan tak guna!!
Maleeq, Yusuf dan Suhaimi memandang ke arah Fayyadh.
❤FAYYADH&SUFIYA❤
“Fayyadh?"
“Sufiya!"
Fayyadh berlari ke arah Sufiya yang terikat dengan tali di tanganya dan cepat-cepat membuka tali itu dan baju gadis itu terkoyak mungkin di tarik oleh lelaki itu.
“Awak okay? "Fayyadh melihat muka Sufiya ingin memerhati sekiranya ada sebarang luka. Koyakan di bahu Sufiya di tutup oleh Fayyadh dengan jaketnya agar tidak menampakan bahu itu terdedah.
“Tolong saya.."Sufiya bersuara lemah. Tubuhnya seperti tiada tenaga.
“Saya akan tolong awak, tolong bertahan"kata Fayyadh risau dengan muka lemah gadis itu. Dia sempat melihat lelaki tadi memegang gadis itu. Mahu saja dia menembak lelaki itu tadi tetapi mengingatkan tugasnya di batalkan saja niat itu.
Fayyadh menoleh ke arah Danish yang pengsan akibat pukulan di kepalanya. Fayyadh menuju ke arah Danish dan menggarikan kedua belah tanganya.
“Code 2 come in"suruh Fayyadh dengan tegas. Dalam berapa saat ada berapa orang yang berpakaian polis dengan pistol di tangan mereka.
“Tuan!"
“Ambil jantan ni dan bawa ke balai"arah Fayyadh.
Mereka menunduk dan mengangkat tubuh besar Danish. Fayyadh berpusing dan melihat Sufiya ingin pengsan.
“Sufiya!!"
❤FAYYADH&SUFIYA❤
Siling putih menjadi pandangan pertama oleh gadis itu apabila membuka matanya. Sakit di kepala serta di tubuhnya membuatkan kerutan di dahi gadis itu. Mendengar pintu terbuka Sufiya menoleh ingin melihat gerangan itu.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...