“my angel”
“Kring!!!"
“Yeayy rehat!!"jerit seorang budak lelaki gembira.
“Okay kelas, jangan lupa buat kerja sekolah tau"pesan Sufiya kepada anak muridnya.
“Baik cikgu!"jawap kanak-kanak itu semangat.
Mana tak semangat nye kalau dah nak rehat. Sufiya senyum kecil melihat celoteh anak muridnya. Comel je!
“Boleh keluar! Terima kasih semua"kata Sufiya.
“Terima kasih cikgu!"jerit kanak-kanak itu dan berlari keluar kelas.Sufiya mengeleng. Tak menyabar tul budak budak ni.
Matanya melihat sosok tubuh adik iparnya yang masih membuat kerja sekolah. Dia mengerutkan keningnya. Kakinya menghampiri gadis kecil itu.
“Rissa kenapa tak rehat?"soal Sufiya sedikit menunduk untuk sama paras dengan gadis itu.
Nurissa menunduk dan mengengam erat pensil di tangannya. Kepalanya mengeleng kecil dan mengukirkan senyum nipis.
“Rissa tak de selera la akak"
“Rissa sakit ke? Dekat mana? Ke ada orang kacau Rissa?"Tanya Sufiya risau. Ye la risau, gadis itu baru je pindah ke sekolah ini jadi dia takut sekiranya ada yang berani menganggu adik iparnya itu.
Sedikit terkejut gadis itu mendengar soalan terakhir kakak iparnya. Bibirnya di kemam. Dia boleh!
“Takde la, Rissa takde selera je takkan ada yang berani kacau adik polis kan?"jawap Rissa.
“Betul? Tak tipu akak? Kalau ada apa-apa bagi tau akak tau?"soal Sufiya lembut. Dia mengusap lembut kepala gadis kecil itu yang di lapikan dengan tudung.
Nurissa mengangguk. Saya tak janji akak!
“Akak keluar dulu tau? Ingat! Kalau ada yang kacau adik akak ni biar akak cincang dia!"ujar Sufiya.
Nurissa tertawa kecil.
“Baik akak yang cantik"jawap Nurissa lembut.
“Good girl"
❤FAYYADH&SUFIYA❤
Tangannya di cengkam kuat oleh seorang lelaki di depan nya. Keluar saja kakak iparnya terus dia di serbu oleh kumpulan lelaki yang Cukup dia tidak sukai. Kerana apa? Ini sebab nya.
“Kau bagi tau ke dekat kakak kau?!"soal budak lelaki itu dingin.
Nurissa mengeleng takut.
“Tt..tak saya tak bagi tau dekat kakak saya"jawap Nurissa tergagap.
Budak lelaki itu senyum sinis.
“Bagusnya gf aku ni, dengar cakap aku"ujar lelaki itu.
“Awak nak apa David? Saya tak ganggu awak! Tolong jangan kacau saya lagi"rayu gadis itu.
David Louis. Seorang yang berkacukan France dan Arab. Indah di wajah tetapi tidak dengan perangai lelaki itu. Sejak dia menjejaki kaki ke sekolah ini dia sering di ganggu oleh lelaki itu. Apa salah nya pun dia tidak tau.
“Jangan harap! Nurissa Zahra!"jerkah budak lelaki itu.
Terhinjut bahu Nurissa apabila di jerkah oleh lelaki di depan nya. Sungguh dia tidak tahan dengan perangai lelaki di depan nya ini.
“Aku takkan lepaskan kau sebab apa? Sebab kau adalah milik aku"jawap budak lelaki itu sinis.
Nurissa menangis teresak-esak. Tak! Dia bukan milik lelaki itu dan bukan milik sesiapa!
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...