BAB 14

1.1K 55 5
                                    

“my angel”

Hujan yang turun membasahi bumi menarik minat mata wanita itu melihat melalui tingkap bilik. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

“Aku nak mandi hujan la"ujar Sufiya ceria apabila idea itu terlintas di fikirannya.

“Eh tapi, kalau Fayyadh marah macam mana?"soal Sufiya dan menghentikan gerakkannya.

“Hem biar je la, dia balik malam hari ni"kata Sufiya dan menyambung langkahnya.

Buka saja pintu seperti kanak-kanak dia berlari keluar. Nasib dia pakai tudung takde la jirannya nampak ye tak?
Segala gaya dia buat seperti berpusing ala-ala princess,
melompat dan sebagai nya.

BUM!!

Bunyi kilat memancar. Sufiya ternganga melihat kilat yang jelas bergaris di langit. Sebelum dia memeluk tangannya riang.

“Tu kilat ke wow!!"jeritnya riang. Hujan yang semakin lebat membuatkan dirinya semakin seronok bermain hujan.

Rain rain go away~"nyanyi Sufiya dengan mendepakan tangannya membiarkan hujan membasahi tubuhnya.

“Eh tak syok la lagu tu, lagu lain la"Sufiya mengetuk dagunya berfikir.

“Kalau rasa gembira tepuk tangan"nyanyi Sufiya dengan menepuk tangannya.

“Kalau rasa gembira hentak kaki!"

Pap!

Pap!

“Kalau-"

“SUFIYA MIKAYLA BINTI MUHAMMAD SAHIH!!"

Bum!

Mampus!!

FAYYADH&SUFIYA❤

“SUFIYA MIKAYLA BINTI MUHAMMAD SAHIH!!"

Sufiya menoleh dan melihat muka garang suaminya yang bercekak pinggang memandangnya. Alamak! Cik suami dah balik!! tapi tetap seksi, eh menyempat engkau.

“Eh aw.. Awak dah balik?”Gagap terus engkau.

“Masuk rumah sekarang!!"jerit Fayyadh kerana bunyi hujan yang lebat menandingi dengan suaranya. Sufiya memuncung.

“Ala...saya nak ma-"

“Saya kata masuk Sufiya Mikayla"kata Fayyadh tegas.

Sufiya memeluk tubuhnya tidak perduli. Garang betul suaminya ini, tak seronok betul. Matanya menjeling muka garang Fayyadh. Sebenarnya ada la sedikit rasa takut melihat muka suaminya itu. Muka macam nak makan orang. Ghisau kita.

“Tak nak la!! Nak main hujan lagi! Awak sini la main sama saya"ujar Sufiya.

Fayyadh menghela nafas menahan kesabaran. Dah la dia letih balik kerja lepastu layan pulak kerenah isterinya. Ya Allah, engkau berikanlah kesabaran kepada diriku.
Kakinya melangkah mendekati isterinya yang seronok bermain hujan tanpa memperdulikan dirinya. Baju kemajanya membasah apabila terkena air.

“Sufiya, jom masuk rumah"ajak Fayyadh dan menarik tangan isterinya.

“Tak nak~"bantah Sufiya.

“Sufiya Mikayla please dengar cakap saya, masuk rumah sekarang! Awak tu umur 25 tahun bukan 5 tahun nak mandi hujan, dengan baju macam ni awak nak lihat kan dekat siapa? Kalau sakit? Siapa yang susah? Pergi.Masuk. Rumah. Now!" Kata Fayyadh tegas.

Sufiya mencebik dan menepis kasar tangannya dan berlari masuk ke dalam rumah.

“Lalu pintu belakang!! "Jerit Fayyadh.

The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]Where stories live. Discover now