“my angel”
Hari demi hari, minggu berganti minggu kini kesihatan Sufiya sudah pulih walaupun masih ada tersisa sedikit rasa trauma. Dengan ketabahan keluarga Sufiya dapat mengurangkan sedikit emosi Sufiya. Sufiya juga sudah masuk kerja tiga hari yang lepas.
“Selamat pagi Sufiya"salam Cikgu Emar.
Sufiya membalas salam dari Cikgu Emar. Di tangannya membawa buku latihan anak muridnya kerana dia ingin masuk kelas sekarang. Bukan dia tak nak bertegur sapa dengan Cikgu Emar tapi dia takut sekiranya kes dahulu berulang. Bukan sekali tapi sudah dua kali.
Masuk saja di kelas, semua murid memberinya salam.
“Selamat pagi Cikgu"ucap muridnya semangat.
Sufiya senyum dan menjawap ucap mereka.
“Semua boleh duduk"ujar Sufiya dan mula mengajar kelasnya.
“Cikgu, kami ada sesuatu untuk Cikgu"ujar pelajarnya yang bernama Eyus.
Sufiya mengangkat keningnya.
“Hm? Sesuatu? Apa tu?"Tanya Sufiya.
“Tada!!!"mereka menjerit riang. Penuh satu kelas itu dengan balon.
Terkejut Sufiya. Yang membuatkan dia terkejut ialah ujar seorang pelajarnya.
“Kami buat semua ni sebab dua hari yang lepas Cikgu nampak tak happy, lepastu semalam Cikgu hanya diam-diam macam tak selalu. Jadi kami buat ni nak Cikgu jadi happy macam selalu dan kami rindu dengan Cikgu kami yang suka mengusik yeay!! "Ujar Tiara.
Berkaca terus matanya kerana terharu. Dia ingat anak muridnya tidak nampak tentang perangai nya perupanya mereka diam-diam memerhati. Sufiya ketawa gembira.
“Kamu ni, buat susah-susah je tapi Cikgu terharu dengan korang sebab prihatin dengan Cikgu. Terima kasih semua" ucap Sufiya.
“Sama-sama!!"
Mereka neletuskan tawa dan kelas hari itu mereka hanya ketawa dan bercerita dengan gembira.
❤FAYYADH&SUFIYA❤
Sufiya melihat Wardah yang termenung sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya itu menimbulkan dalam otak Sufiya ingin mengacau gadis itu.
Sufiya berusaha berjalan tanpa mengeluarkan bunyi kerana ingin mengejutkan kawanya itu. Sufiya ketawa jahat di dalam hati.
Dalam kiraan..
1
2
3
“Baa!!!"
“Oi aku khawin empat! Eh khawin lima" latah Wardah.
Sufiya ketawa terbahak-bahak.
“Hahaha kau nak kahwin banyak ke apa haha"tawa Sufiya.
Wardah menjeling Sufiya yang ketawa seperti tidak ingat dunia. Amboi, ketawa sampai nak keluar tekak.
“Ish kau ni, ada jugak aku tampar biar berfungsi balik otak kau tu"kata Wardah geram.
Sufiya ketawa kembali.
“Hehe... Sorry ye cik Wardah"Sufiya tersengih.
Wardah menjeling matanya ke atas.
“Banyak la kau punya sorry"
Sufiya tersengih.
“Wardah, kau dah habis kelas kan? Atau kau ada ganti kelas tambahan?"soal Sufiya.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomansaMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...