BAB 10

1.2K 60 4
                                    

“my angel”

“Sufiya Mikayla!"jerit Puan Qirana dari bawah.

“Ya Allah budak ni, dah tau nak pergi keluar bersiap pulak macam tuan puteri"Bebel Puan Qirana.

“Maaf ya Fayyadh, Sufiya ni memang selalu bersiap lambat sikit"kata Puan Qirana.

“Takpe, salah Fayyadh juga datang mengejut tanpa bagitau dekat Sufiya"ujar Fayyadh lembut.

Puan Qirana tersenyum mendengar ujaran kata lembut lelaki itu. Tidak salah dia memilih lelaki ini sebagai menantunya.

“Okay! Fiya dah siap!"laung Sufiya dan berlari tergesa-gesa turun ke bawah.

“Bertuah punya budak! Jangan berlari Sufiya Mikayla!!"suara Puan Qirana memenuhi satu rumah itu.
Sufiya hanya tersengih.

“Sowwy"ujar Sufiya kecil.

Fayyadh melihat telatah dua beranak itu hanya tersenyum. Melihat gadisnya sudah siap Fayyadh berdiri sambil menepuk pelahan baju nya yang sedikit berkedut.

“Kami jalan dulu ma, pa Assalammualikum"kata Fayyadh dan bersalam dengan Puan Qirana dan tuan Sahih begitu juga dengan Sufiya menyalam tangan kedua orang tuanya.

“Hati-hati!"laung puan Qirana.

“Ya!!"laung Sufiya.

Masuk saja dari kereta sampai la sekarang Sufiya  menjeling tajam wajah kacak tunangnya di sebelah. Haih nasib handsome kalau tak..dah lama dia bunuh lelaki di sampingnya. Mana tak nya kalau Fayyadh menjemputnya di rumah pagi hari. Dah la hari ni hari ahad. Cuti tau cuti!! Huh..

Fayyadh melihat jelingan tajam gadis di sebelahnya mengemamkan bibirnya. Tangannya erat memegang stering kereta. Matanya menoleh sekilas muka gadis itu dan terus melihat ke hadapan.

“Ke..kenapa tengok saya macam tu?"soal Fayyadh.

Sufiya mendengus geram. Bagus soalan kau bang. Nasib tunang!

“Kenapa? Kenapa saya tengok awak macam ni?"Sufiya membalas kembali soalan kepada Fayyadh.

“Er..sebab saya ganggu awak"jawap Fayyadh.

“Tu yang ke dua"kata Sufiya.

Fayyadh mengerutkan keningnya. Apa yang ke dua?

“Kedua? Dua apa?"Tanya Fayyadh.

“Tu sebab ke dua, saya nak sebab yang pertama"kata Sufiya dengan menekankan sebutan sebab.

Fayyadh menggaru keningnya. Tadi ke dua, ni nak yang pertama lepas ni nak ketiga ke? Perempuan memang macam ni eh? Penin..penin..

“sebab saya tak bagi tau awak pasal ni"kata Fayyadh kecil. Suara teragak-agak menjawap. Kalau salah susah jadi nya.

“Tau pun, yang awak tak bagi tau saya nak pergi keluar kenapa? Whatsapp...WhatsApp tu apa gunanya Encik Muhammad Al-Fayyadh bin Al-Faliq?"kata Sufiya sambil menyebutkan nama penuh Fayyadh.

Fayyadh tersengih.

“Sorry..ala saya saja je nak surprise kat awak"ujar Fayyadh.

Surprise apa nye"ujar Sufiya.

“Saya janji nanti mesti awak suka"kata Fayyadh.

“Hm..apa la surprise dia ni"getus hati Sufiya.

Fayyadh menahan senyum melihat muka geram gadis di sebelahnya. Marah pun comel. Bawa jumpa tok kadi kang!

Setelah tiba di tempat yang di katakan oleh Fayyadh surprise iaitu pantai. Bibir Sufiya tersenyum melihat pemandangannya yang indah di matanya. Angin menghempas pelahan tubuh mereka berdua.Sufiya memandang Fayyadh di sebelahnya.

The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]Where stories live. Discover now