“my angel”
“Selamat pagi Cikgu"ucap anak muridnya.
“Selamat pagi, boleh duduk"jawap Sufiya.
“Terima kasih cikgu"jawap mereka lagi.
“Okay, siapa dah siap kerja yang Cikgu bagi semalam?"soal Sufiya.
Satu kelas itu diam. Ada yang menunduk dan ada yang membuat tidak tau. Keningnya di angkat memandang anak muridnya.
“Hm, Cikgu tau kamu belum siap"ujar Sufiya.
Kelas 6 Arif hanya tersengih.
“Cikgu nak kamu siapkan sekarang, kalau tak siap...saya denda kamu. Faham"Tegas Sufiya.
“Baik Cikgu"jawap mereka.
Sufiya hanya mengelengkan kepalanya. Macam tak biasa,
Dulu dia pun begitu juga.Di sebabkan sebentar lagi semua Cikgu ada meeting, dia harus membuat maklumat tentang anak muridnya. Kepalanya yang berdenyut di urut pelahan.
“Cikgu, boleh pergi tandas?"izin Dafi anak muridnya.
Sufiya mengangguk membenarkan lelaki itu ke tandas.
Setelah 1 jam lebih, masanya sudah habis. Dia berdiri dan memandang ke arah anak muridnya yang fokus membuat kerja.
“Okay class, masa pun dah habis, jadi saya nak ketua kelas hantar buku latihan dekat meja saya"ujar Sufiya.
“Baik Cikgu"sahut mereka.
Sufiya angguk.
“Terima kasih class"
“Terima kasih Cikgu"
Kakinya terus keluar dari kelas itu dan membawa sedikit barang di tangannya. Masuk saja di bilik guru, dia duduk di mejanya. Dia Cikgu bahasa Melayu. Asyik dia membuat kerja Wardah memanggilnya.
“Weh Fiya, nanti rehat makan dekat kantin eh, aku teringin la nak makan nasi lemak"ajak Wardah.
“Hm, aku pun nak makan juga"ujar Sufiya.
“Okay bagus, ni baru kawan aku hahaha"ujar Wardah.
Sufiya mengeleng memandang kerenah kawannya.
Waktu rehat pun tiba, semua pelajar keluar dari kelas ingin pergi ke kantin.
“Dorang ni tak pandai beratur ke? sempit-sempit tu dah kenapa"ujar Wardah.
Sufiya menganguk.
“Tak pandai beratur ke! Nak di ajarkan cara nak beratur!!"jerit seseorang.
Satu kantin itu terdiam. Tadi seperti pasar sekarang seperti bangunan lama. Sufiya dan Wardah memandang ke arah Cikgu disiplin iaitu Zahara Usyirah.
Bila melihat Cikgu paling garang di sekolah terus pelajar berbaris.
“Uish, terus dengar cakap erk dorang bila dengan Cikgu Zahara"ujar Wardah.
“Biasa la, dia kan Cikgu garang dekat sekolah ni"bisik Sufiya.
Wardah mengangguk. Ada betulnya juga kata Sufiya. Ala, kalau Cikgu garang mesti semua takut.
“Hai Cikgu, Cikgu nak beli makanan ke?"sampuk Cikgu Amriz.
Mereka berdua memandang ke arah lelaki itu. Senyuman paksa di keluarkan sedikit. Bukan apa, kata Cikgu-cikgu lain, Cikgu Emar ni playboy orang nya.
“Haah, Cikgu pun nak membeli ke?"soal Wardah.
“Haah"Jawap Cikgu Emar.
Mereka terdiam tidak tau nak cakap apa sebelum Cikgu Emar bersuara.
“Korang nak beli apa?"soal Cikgu Emar. Dia ingin berbicara dengan gadis di sebelah Cikgu Wardah. Entah, kenapa dia minat dengan gadis itu.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...