“my angel”
Sudah satu minggu yang lalu perkahwinan mereka. Seperti biasa hidup berumah tangga. Setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan membuat sarapan untuk suaminya. Menyediakan pakaian serta melakukan sedikit kerja rumah sebelum ke sekolah. Hubungan mereka juga baik walaupun ada rasa sedikit awkward antara mereka. Mereka juga telah berpindah ke rumah sendiri kerana kata Fayyadh ingin mengambil privacy.
Haruman semerbak menarik perhatian Fayyadh yang turun dari tangga. Telinga nya mendengar bunyi bising di dapur sudah menganggak siapa yang melakukannya. Melihat isterinya yang elok bertudung serta berbaju kurung manis saja penglihatannya.
“Owh awak dah turun"kata Sufiya apabila melihat sosok tubuh suaminya yang segak menggunakan baju polis di tubuhnya.
“Jom makan"ajak Sufiya. Tanganya meletakan nasi goreng di pinggan suaminya sopan. Bak kata puan Qirana
Sebagai seorang isteri hendaklah bersopan santun depan suami barulah manis di mata suami. Sufiya ketawa apabila mengingati ujaran mamanya.“Awak nak bawa bekal tak?"soal Sufiya.
“Hm..bawa la"kata Fayyadh lagipun dia malas hendak keluar lunch nanti.
“Okay, kejap tau saya nak sediakan bekal awak"ujar Sufiya.
Fayyadh mengangguk.
“Ni bekal awak dan ni bekal saya, comel kan"ujar Sufiya ceria sambil menunjukkan Tupperware yang berbentuk love dan berwarna pink terang.
Fayyadh hanya mengangguk kan sahaja. Biarlah, asalkan isterinya bahagia.
Sufiya mencebik melihat muka selamba suaminya. Tak sweet lansung.
Nasib handsome.
Sufiya menarik kerusi kasar sebagai tanda protes. Malas la layan lelaki yang takde perasan ni. Fayyadh hanya mendiamkan diri walaupun dia tau isterinya marah kepadanya. Suapan masih di masukan ke dalam mulutnya. Suasana sunyi hanya bunyi sudu yang berlaga sahaja.
“Naik ikut saya hari ni"kata Fayyadh.
Sufiya ingin menyuap terhenti. Keningnya terangkat.
“Kenapa? Kereta saya elok lagi?"soal Sufiya pelik.
“Salah ke saya nak hantar isteri saya?"soal Fayyadh.
Sufiya menjeling kan matanya ke atas. Suka paksa-paksa orang.
“Hm, tunggu kejap saya nak ambik barang saya"ujar Sufiya. Pinggan yang di gunakan tadi di bawa ke singki.
Fayyadh turut membawa pinggannya. Tangannya naik mengepung isterinya yang mencuci tangan. Tangannya juga turut di bawa ke bawah pancuran itu. Sufiya kaku, Dapat dia rasakan belakang badanya bersentuh dengan dada lelaki itu.
Please jangan blushing!
Parah beno dia ni. Cuci tangan pun nak blushing.
“Cepat sikit"bisik Fayyadh di telinganya.
“Uh hm"Sufiya berlari anak naik ke atas mengambil barang.
Fayyadh senyum sinis melihat muka merah isterinya. Macam la dia tak tau isterinya itu blushing semasa dia sengaja mengepung tubuh wanita itu. Terdengar derapan kaki turun dari tangga Fayyadh kembalikan mukanya yang tenang. Melihat isterinya ceria turun tangga sambil membawa beg di tangannya. Biasalah cikgukan.
“Jom, nanti lambat"ujar Fayyadh.
“Eh bekal awak?"
“Dah"Fayyadh menunjukan beg bekal di tangannya.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...