“my angel”
Seperti yang di janjikan Fayyadh untuk menghantar rombongan meminang. Selepas sahaja keputusan Sufiya satu minggu selepasnya terus dia menghantar rombongan. Kini mereka sudah tiba di rumah Sufiya.
“Assalammualaikum"salam Puan Harsalina.
“Waalaikumsalam!"jawap Puan Qirana dari dalam dan membuka pintu. Bibirnya menguntumkan senyum gembira. Ye la, mana tak gembiranya kalau anak kita dah nak tunang kan.
“Eh mari la masuk, jumpa jugak kita ya"kata Puan Qirana.
“Lama dah tak jumpa kau tau"ujar Puan Harsalina.
“Haah"
Mereka berpelukan. La macam tak jumpa 10 tahun padahal baru je berapa minggu tak jumpa. Biasa la mak-mak kan.
Di tangan puan Harsalina ada berapa hantaran dan di ikuti sepupu Fayyadh yang dari kampung datang ke bandar untuk menghantar rombongan.
“Eh masuk la, jangan malu-malu"kata Encik Sahih di sebelah isterinya.
“Assalammualaikum!!"laung Encik Fariq.
“Waalaikumsalam eh Fariq! Ya Allah lamanya tak jumpa kau HAHAH"kata encik Sahih dengan membuat salaman lelaki dengan pakcik Fariq. Pakcik Fariq ni ialah adik beradik dengan bapa Fayyadh iaitu Faliq.Riuh rendah suara mereka. Meriah suasana itu.
Pelamin yang cantik di hias dengan gadis yang Mani's duduk di pelamin. Jantung Sufiya berdegup kencang apabila melihat ramai tetamu yang memenuhi ruang tamu. Jarinya terasa sejuk di gengam.
Ni baru tunang belum kahwin!!
“Pst..pst.. Sufiya!"bisik seseorang.
Sufiya menoleh memandang muka Wardah dan Suhaimi yang memandangnya nakal sambil menoleh ke arah seseorang. Sufiya pelik dan melihat gerangan yang di maksudkan oleh mereka.
Melihat orang itu terus nafas Sufiya seperti tersekat.
Oksigen please!!
Mata mereka bertembung. Lelaki itu sangat tampan dengan menggunakan baju satin melayu yang berwarna babyblue, berseluar hitam, jam tangan di pasang di tangan kekar lelaki itu, rambut jangan di kata sungguh kemas dengan pakaiannya.Sangat sesuai dengan kulit putih lelaki itu. Bagaikan terpegun Sufiya hingga tidak tersedar deheman seseorang di sebelahnya.
“Amboi dik, kau lihat si Fayyadh tu macam nak makan je. Sabar-sabar la ya"usik Suhaimi bila melihat renungan mata adiknya kepada kawanya.
Sufiya tertunduk malu. Aduh, macam mana boleh tak perasan. Ee buat malu je kau ni Sufiya. Fayyadh mengosok belakang lehernya. Telinga nya memerah apabila di usik oleh Suhaimi.
“Marilah kita mula ya"kata Encik Sahih.
“Ha ya ya, ni perlu ke kita berpantun?"soal Encik Fariq.
“Supaya memeriahkan lagi suasana kita guna je la ya"kata Encik Sahih.
“Bagus jugak tu Haha"kata Encik Fariq.
“Baik la saya yang memulakan dulu ya"kata Encik Sahih.
Encik Fariq mengangguk.
“Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali-bertali,
Salam tersusun tepak terjunjung,
Apakah hajat sampai ke mari. "Ayat di mulakan oleh Encik Sahih.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...