“my angel”
“Weh Yadh kau tau ke ada pekerja baru yang masuk?"soal Maleeq.
“Hm"
Maleeq mendecit. Cis dasar Fayyadh Abe pinky pinky!
“Kau tau ke tak?"soalnya lagi.
“Hm"balas Fayyadh sahaja.
Maleeq mengusap dadanya menahan sabar. Nak saja dia tamparkan file di depan ya ke muka rakannya itu. “mulut kau memang ada emas ke apa? Jawap je la soalan aku"ujarnya geram.
Fayyadh mendengus.
“Ya aku tau Qayyum Al-Maleeq"
“Aku dengar dia perempuan kan?"tanya Maleeq. Fayyadh mengangguk. Jawap je la soalan daripada kawannya itu daripada meroyan kan?
“Cantik ke tak?"soal Maleeq.
Fayyadh menjeling Maleeq. Pen di tangannya dibaling ke badan Maleeq. “Kau dah berbini jangan nak gatal"ujarnya tegas. Maleeq sengih. Terlupa lak kita laki orang heheh.
“Kau gatal aku report dekat bini kau"ugut Fayyadh. Ha..Fayyadh kaki report ha ha ha.
“Eh jangan la wey! Mampus aku!"
Fayyadh senyum sinis. Ha tau takut. Gatal lagi..
Bunyi ketukan pintu membantutkan mereka. “Masuk”laung Fayyadh dari dalam. Melihat sosok tubuh Zaim sambil membawa file di tangannya dan di ikuti seorang gadis di belakang nya.
“Ye kenapa Zaim?"
“Maafkan saya tuan kerana menganggu"ujar Zaim.
“Eh takde la, kami borak kosong je tadi. Kenapa?"soal Fayyadh.
“Mari la masuk"ajak Fayyadh.
Zaim masuk diikuti gadis itu. Fayyadh senyum membalas senyuman gadis itu. Dah orang senyum kita balas la. Takkan kita nak jeling kan...Tak baik..
“Pihak atas meminta Cik Hanis untuk menolong tuan dalam kes Encik Hashim menjual dadah"ujar Zaim tentang.
Fayyadh mengangguk. Dia memang mencari seseorang untuk membantunya untuk menyelesaikan dalam kes ini.
“Baik lah, terima kasih"ujar Fayyadh. Zaim mengangguk.“Cik Hanis ini adalah inspektor Fayyadh dan ini inspektor Maleeq, awak akan berkerja sama dengan dua lelaki ini untuk menyelesaikan kes dadah"ujar Zaim.
“Baik"
“Kalau macam tu saya keluar dulu tuan"Zaim menunduk hormat. Fayyadh mengangguk. Melihat tiada lagi sosok tubuh Zaim dia memandang gadis di depan nya begitu juga dengan Maleeq.
Hanis melihat jejaka di depan nya. Glup..kenapa panjang orang macam nak terkam? Tacod!
“Ehem!"dehem Fayyadh. “Nama awak Hanis kan? Seperti yang awak tau saya Fayyadh dan ni Maleeq. Awak akan berkerjasama dengan saya dan dia"ujar Fayyadh.
“Saya dengar awak pandai dalam menggodam sistem?"soal nya. Hanis mengangguk.
“Bagus la, saya harap awak dapat beri kerjasama untuk kes ini" ujarnya.
Hanis senyum dan angguk. Indahnya ciptaan Allah. Matanya daripada tadi melihat muka kacak di depan nya ini. Sungguh sempurnya dari segi muka. Percakapan yang lembut tidak kasar dan sentiasa memberi senyuman
manis di bibir.Fayyadh nama yang indah seperti tuan badannya. Tampan, segak, soft spoken, dan sentiasa mengukirkan senyum menarik minatnya. Dah berpunya ke?
Maleeq melihat senyuman di bibir gadis di sampingnya itu mengukirkan senyuman sinis di bibir nya. “Ni mesti dah tergoda dengan Si Fayyadh ni"bisik nya dalam hati.
YOU ARE READING
The Angel Of Fayyadh's Heart [Slow Update]
RomanceMuhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk saya dan anak kita" -Fayyadh- "Penipu! Ceraikan saya!" -Sufiya Mikayla- "Maafkan saya sayang" -Fayy...