1

43 1 0
                                    

"Kau tak kan boleh lari Eva!"
Aku lari sekuat hati dalam hutan yang aku sendiri tak tahu. Tanpa alas kaki. Baju yang terkoyak rabak. Rambut kusut masai.

"Eva Arabelle!"

"AAARGHH!!" Tersadung dengan akar pokok. Kelamlah masa depan aku untuk lari.

Rasa sakit dikepala. Berbahang rasanya. Entah di mana aku sekarang. Aku buka mata. Kenapa aku buka mata lagi? Aku dah penat hidup macam ni. Tempat yang aku sangat familiar. Same place. Same feel.

"Haii. Penat main lari-lari?"

Oh, God. Rupanya aku ditangkap balik. Ini kali pertama aku cuba lari. Memang aku tak yakin dengan diri sendiri. Cuma ikutkan hati dan perasaan yang membuak-buak.

"Kesian. Mesti penatkan lari? Sampai terjatuh-jatuh. Lemme see your wounds."
hampir saja aku disentuhnya.

"Sakitlah! Tak payah sentuh aku!" Bentakku.

"Owww, don't say that. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak." perlahan suaranya.

"Kau bunuh je lah aku!"

"Eva sayang, aku lah manusia paling rugi kalau bunuh kau tanpa 'rasa' kau dulu. Tu makanan! Kau dengar sini, sekali lagi kau cuba lari, aku tak teragak-agak buat apa yang aku nak. And don't forget our agreement, baby."

Agreement taik kucing. Tak pernah pun aku setuju nak datang sini. Si tua tak sedar diri. Dah dekat dengan kubur pun!

"AUCHHH!" Rambut aku dah ditarik entah ke berapa kali. Boleh botak kalau aku habiskan seluruh umurku
di sini.

"Makan!" Bentak Jason.

Ya tuhan. Entah kenapa hidup aku macam ni. Aku menangis sepanjang hari. Muka aku ni dah tak macam perempuan. Air mata aku dah kering pun. Mungkin dah rosak sistem limbik. Jangan tanya sekurus apa aku sekarang.

Aku pandang makanan yang dibelinya. Asyik-asyik makan nasi kosong ni. Dah culik aku tu, pandai pandailah jaga. Kut ya pun letaklah ikan bilis dah kalau mahal sangat nak beli lauk! Huh! Dah lama aku tak makan makanan yang sedap dan berkhasiat. Jangan didadahkan aku sudah.

Aku tak pernah tahu pulak kat luar tu siang ke malam. Waktu aku keluar tadi agak-agak pagi lagi. Hujan, panas, even salji. Langsung tak pernah tahu. Dah lama jugak aku tak mandi.

Ya! Aku rindu air. Kalau aku jumpa sungai nanti, aku akan turun sekejap. Yang pasti, aku akan cuba keluar jugak dari sini malam ni jugak.

Saking penatnya larian yang tak berjaya tadi dan aku berfikir strategi, akhirnya aku tertidur.

MUKA aku tiba-tiba basah. Dicurahnya air ke muka aku buatkan aku terjaga.

"Kau tak makan?! Aaahhh! Kau ni kan, boleh tak jangan menyusahkan aku?! Kalau kau tak nak makan cakap tak nak makan!"
Tak pulak aku membalas. Bila pulak aku kata aku nak makan?

"Eaaa, Eva! Kau ni dah habis suara ka apa? Kau pekak ke?!"

Aku cuma diam lagi.

"Bengang lah aku!" Disepak terajang aku entah ke berapa kalinya. Aku terjatuh daripada kedudukan aku yang tadinya di atas kerusi.

"AUCHHH!" Rambut aku ditarik lagi.

"Kau dengar ni, malam ni member aku nak datang nak main. Kau tau kerja kau kan?!"
Aku berikan sharp stare tanpa membalas.

"Dahh bisu pulak perempuan ni!!" Lantas Jason menampar pipiku. Bergegar otak. Kepala aku ke kiri selepas tamparan hebat nya.

Of course lah bukan kali pertama. Eva Arabelle dah imun pun dengan tamparan murah Jason tu.

MALAM ni, aku nekad nak keluar. Lantaklah dia nak bunuh aku pun. Aku cuma tak nak mati kat sini. At least aku tahu, hidupan luar, pokok ke burung ke, masih boleh menjadi saksi kematian ku nanti. Tapi bukan rumah usang ini.

Apa ja yang aku boleh cakap kalau dah kena kurung. Lepas dah kena sepak terajang.

Rasanya dah malam kot kat luar tu. Baguslah. Boleh aku cepat pergi dari sini. Kepala aku langsung menoleh ke arah pintu. Ada orang disebaliknya.

"Haii, beautiful girl. Kau simpan dia lagi?" Tanya soalan bodoh yang aku rasa dah banyak kali dia tanya si Jason. Kalau pun nak kat aku, bawaklah aku keluar dari sini.

"Mestilah, barang baik. Aku tunggu kau, tapi aku dulu lah."

"We'll see." Kata Alex James. Member tak guna Jason.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Macam syatona.

"Jap gi lah, jom main dulu." Main judi tak habis habis, jap lagi kalah, aku lah mangsanya.

Bukan setakat judi, balik kelab malam mabuk pun, aku mangsanya. Tapi aku betul-betul defend diri aku. Tak pernah sekali pun dia sentuh aku. Tahu takut!
Beberapa minit kemudian, aku dengar mereka macam dah agak lali dan leka main judi.

Ini masanya. Ini masa aku pulak beraksi Jason!

Aku bangun perlahan-lahan sambil menahan segala luka, dengan bunyi yang paling minima aku jalan ke pintu. Pintu berjaya dibuka, mereka tengah main judi tak ingat dunia dalam bilik sebelah.
kulihat pula guard tak berbayar dekat luar pun tak ada, main judi jugak.

That's my chance.

Masuk je jalan ke hutan aku kuatkan larian. Sampai bila nak lari pun entah lah.

"Auchhh! Auuu! Cepat Eva. Jangan mengalah." aku memberi kekuatan dan semangat untuk diri sendiri.

Cepat-cepat aku bangun dan teruskan larian.

EVA ARABELLEWhere stories live. Discover now