Dalam bilik VVIP ini, langsung tak menjadikan aku teruja dengan apa-apa kecantikan pun. Aku memandang lesu Edward yang terbaring. Tangannya aku pegang erat. Tak henti aku istighfar dan berselawat. Mata aku dah sebam akibat nangis tak ingat dunia. Laki aku kot. Hampir seminggu di sini."Eva.. makan dulu okay. Eva kan pregnant. You kena survive sayang. Tak baik buat baby macam tu." Pujuk umi sambil mengusap lembut belakang aku. Air mata turun lagi. Pakej pulak lah aku dengan overthinking time-time pregnant ni.
" Umi, Eva minta maaf. Eva minta maaf sangat sebab tak jaga abang baik-baik dan tak jadi isteri solehah. Eva takut umi. Eva takut abang tinggalkan Eva." Seraya air mata aku seperti empangan pecah.
"Tak nak cakap macam tu. Eva isteri yang baik. Eva tetap isteri Edward. Kita doakan yang baik-baik. Semoga Allah sembuhkan dan mudahkan. Eva kena kuat. Allah dengar doa Eva." Nasihat umi lagi.
Peluru telah selamat dibuang, cuma masih ada luka-luka yang perlukan healing. Kata doktor, ada patients yang ditembak, cuma 50/50. Edward memang kuat. Sedang aku bergolak dengan perasaan, datang Fatma dan bibik Fida. Mereka memberikan aku kata-kata semangat untukku. Sebenarnya, umi dan mommy tak bagi aku temankan Edward sebab mereka risaukan kandungan aku. Tapi aku tetap berkeras dengan keputusan aku. Aku juga berjanji untuk jaga diri. Jadi, cuma siang mereka akan datang ke sini.
Aku akhirnya makan sedikit apa yang umi belikan tadi. Memang tak kenyang lah bila fikiran merawang ke seluruh alam. Duduk saja-saja mengalir air mata aku. Bukan tak redho atau percaya dengan ketentuan Allah, tapi this is so sudden. Terkejut aku belum habis. Plus, aku tengok sendiri darahnya yang begitu banyak mengalir.
"Kau perlu kuatkan diri kau Eva! Kau tak boleh macam ni. Kau kuat, abang akan kuat jugak! Even kuat." Terus aku bangun lepas habis makan. Aku mengambil wuduk untuk solat hajat. Antara rutin aku selama aku berada di sini. Menghadap pencipta di kala memerlukan memang terasa sangat rapuh in the middle of the night. Sesekali terlintas semula apa yang berlaku di hotel itu. Di saat aku betul-betul nak minta maaf. Aku lemah ya Allah.
Usai solat di sebelah katil suamiku, pita rakaman fikiran aku terhenti. Aku masih ingat Edward menumbuk Alex lepas bercakap pasal Celine. Jadi, selama ini, Alex tak guna tu pun ada kaitan dengan kak Celine. Dasar gatal! Tak cukup perempuan murah macam Saraa, nak lagi. Memang patut dia masuk penjara. Aku yakin dan pasti, yang dia akan mati dalam tu!
Aku juga yakin Edward mengetahui perkara ini lebih awal. Mesti ada reason dia jadikan orang tua tu sebagai business partner. Nak kumpulkan bukti mungkin. Aku cuma meneka dengan akal fikiran aku.
Aku usap perut lagi. Mengalir lagi air mata. Baru je tadi, tak nak nangis-nangis dah. Tapi mengingatkan aku yang belum bergelar ibu, dah tak boleh jadi ibu yang baik untuk malaikat kecilku.
"Mommy minta maaf sayang. I've used to hate you. I'm not a good mommy. I'm sorry baby. You know what? I once wanted to have an abortion. Tapi sekarang, mommy menyesal. I have no one right now. Mommy tak de siapa-siapa." Aku lap air mata yang deras turun. Mengusap lembut perutku.
"I love you." Kataku perlahan dan lemah. Tarik nafas dalam-dalam. Aku buka telekung dan lipat. Sekarang aku perlu teman Edward tidur. Aku ingin suamiku dekat denganku. Tangannya aku bawakan ke perut.
"Ya Allah.. ampunilah aku. Aku berdosa dengan mereka. Berilah aku satu peluang untuk bertemu dengan mereka. Bahagia dengan mereka." Hapus lagi air mata aku. "Abang. I'm sorry I've been refused you to touch your own child. This is my.. this is my fault. Kataku teresak-esak. Pejamkan mata.
"Don't.. even blame your..self sayang."
"Abang?! Abang, kejap. Hold on." Edward telah sedar dan matanya memandang aku lemah dengan senyuman dia. Terus aku panggil doktor.
"Alhamdulillah. Sir Edward semakin pulih. Tapi jangan lupa dengan pesanan saya tadi." Kata doktor peribadi Edward. Selepas mengucapkan terima kasih dan tunggu dia keluar, memang aku serbu Edward.
"Abang.." I'm cursed. Burst into tears. Again. Edward yang bersandarkan di katil terus aku paut lehernya dan tak segan silu mencium bibirnya. Lantaklah. Edward memeluk erat tubuhku.
"I miss you." Kata ku perlahan dalam pelukannya. Aku renggang kan untuk melihat wajahnya. Edward sedia menyambut anak mata aku dan tersenyum. Lantas tangannya menghapuskan air mata aku yang tersisa.
"I'm sorry sayang." Cepat-cepat aku geleng kepala.
"Me instead."
"Okay, let's make this clear. I'm not even betray you. It's a.. my plan. This is expected actually. I'm sorry not telling you my plan. Sebab my schedule terus berubah so I just pretend macam semuanya smooth depan Jason tu. You know, he calls me earlier. But I swear, I'm gonna tell you that night. Tapi, I got stuck on my own plan." Edward memandang mata aku dalam-dalam sambil tangannya memegang erat tanganku.
Jujurly aku tak nak dengar pun penjelasan dia sekarang. Dia bangun pun aku dah bersyukur. Edward rapatkan tubuhnya. Katil king kan? Memang muatlah untuk berasmara atas katil hospital. Katil hospital pun bolehlah!
"Tapi, trust me sayang. Apa yang abang cakap tu langsung tak ada betulnya. Hanya untuk mengaburi mata Jason. I pretend to be his friend. Yang dia kata abang main dengan dia tu, honestly I never. Tapi abang tahu dia sengaja nak sakitkan hati isteri abang. Kalau bukan abang tengah acting, mahu kena sebijik macam Alex." Aku ketawa sedikit di hujungnya. Dalam kepala aku cuba relate dan ingat semula apa yang dah jadi. Quite lama.
"Do you remember my words? No matter what happens in the ship, loyalty is the padlock and trustworthy is the key. Actually it's a sign. I wanna tell you that something will happen in our magnificent relationship. But again, I stuck on my way. Useless." Tangan aku dibawa ke pipinya.
"Don't say that. At least abang berjaya kaburkan mata isteri abang jugak." Pecah ketawa kami. Edward menggeletek aku.
"Perli abang yea?" Ketawa lagi.
"Aaaaaaaa! Geli! Okay. I'm sorry abang." Habis ketawa, aku diam lagi selepas itu. Mendengar ceritanya lagi.
"Tapi hebat kan lakonan abang?" Aku julingkan mata ke atas. Buat muka macam 'iye lah tu'.
" Dah. Question time. Nak tanya apa isteri?" Dicuitnya hidung mancungku.
"Okay. Yang abang panggil sayang candlelight dinner tu, tapi ada Saraa. Is that your plan?" Takut-takut aku tanya. Lebih takut nak dengar jawapan lagi sebenarnya.
"That's what I mean. Saraa tiba-tiba muncul. Maybe related dengan Alex jugak. I've no clue. I really wanna make you a surprise. Lain pulak jadinya. Forgive me." Matanya dikecilkan tanda bersalah dengan tangan yang dirapatkan. Aku hanya tersenyum melihat Edward macam tu.
"Next question." Kata Edward lagi. Aku leraikan pelukan Edward.
"I have a million questions in my head. Tapi cukuplah sayang tahu itu dulu untuk hari ni. Awak tu tak sihat lagi. Kena rehat. Sekarang, buka mulut." Aku buka tupperware yang berisi makanan dan suapkan kepadanya. Edward hanya tersenyum melihat tindakan aku lantas membaca bismillah dan makan. Dalam hati, aku sangat bersyukur. Walaupun banyak soalan bersarang dalam hati, aku diamkan dulu. Kejam kalau aku paksa dia jawab semua. Tak pasal lain pulak yang jadi.
YOU ARE READING
EVA ARABELLE
RomanceKehidupannya langsung berubah setelah diculik oleh ayah tirinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa membuatkan Eva terus berubah menjadi 'fragile girl'. Indah bagai cerita dongeng, muncul Edward Sean sebagai penyelamatnya. Bagi Eva, Edward segalanya...