Persiapan perkahwinan hampir complete.
Aku khusyuk baca buku tentang isteri solehah. Macam-macam aku baca.
Nafkah zahir dah batin? Apa bezanya?
Setelah aku baca, baru faham."Wow. I'm scared of the nafkah batin one." Kata ku sendiri perlahan.
Aku tutup buku, dan turun tengok persiapan. Segala jenis bunga ada. Tapi plastik je lah. Aku ke meja yang besar. Bersepah dengan bunga-bungaan. Tapi kahwin aku ni lain sikit. Tak da nya berbalas-balas dulang macam adat melayu yang umi ceritakan.
Dah kalau awal-awal lagi pengantin dah duduk satu rumah dan dah jadi tanggungjawab dia pun. Hahahhaha lawak pulak.
Aku tolong siapkan sedikit exclusive goodies bag untuk guest Edward for sure. Tarik nafas dalam-dalam.
"Ya Allah, I never thought everything gonna happen." Mataku terpejam.
"Me too." Lantas ada suara lelaki. Terangkat kedua-dua bahu aku. Ada Edward yang menarik kerusi di depan aku dan duduk.
"Awak! Terkejut saya." Edward cuma ketawa tengok aku terkejut.
"Suka tengok awak shock macam tu." Ketawanya terbahak-bahak.
"Eeee! Tak baik tau!" Malu jugak sebenarnya. Tapi seorang Eva Arabelle memang cepat terkejut ya. Hormon adrenalin nya hyper active!
"Can I ask you something? Do you have girlfriend?" Tanya ku dengan berhati-hati.
"No." Ringkas.
"Why? You have everything." Pelik! Lelaki hensem macam ni tak da girlfriend?
"Just no."
"Okay.. tapi, Saraa tu?"
"She just my client. Kenapa awak cemburu ke?" Di dekatkan tubuh nya ke meja. Mata kami terus bersambung.
"Just ask." Aku balas macam jawapan dia tadi.
"Oh! Saya lupa nak bahas yang tu. You said you were my maid. Why? Explain."
Aku duduk dengan lebih tegak.
"Mana ada saya cakap. Dia yang teka. Saya iya kan aje. Tak da lah suspicious sangat. Lagi pun saya nak kata apa? "Saya Eva, Edward kutip saya lepas tu dia bela saya." lagi lah saya rasa macam kucing. Okay tak explanation saya?" Aku senyum sinis.
"Dia baik. Dia tu orang bawah Mr. Alex." Edward bercerita.
"Mr. Alex? Alex James?" Auto pegun dengar nama tu. Edward angguk.
"Kenapa Eva? Bila setiap kali nama dia, awak jadi macam ni? Why?" Sisi protective nya terserlah.
"Nothing. Siapa tu? Saya tak kenal pun." Selamba je aku jawab.
"Eva! Mari kita try baju ni kejap." Panggil bibik Fida selepas dia mengangguk sekali kepada tuannya.
"Saya pergi dulu." Bagus! Memang kena betul dengan masa. Thanks Bik Fida! Aku kena tolong dia buat kerja rumah untuk sehari sebagai upah. Hahahaha.
***
Tiga hari lagi perkahwinan aku.
Bibik Fida dalam bilik aku tengah urut belakang aku. Macam Queen now dalam ni. Memang dah banyak kali aku menolak. Tapi bila tahu Edward's command, tak boleh kata apa.
Alhamdulillah."Pengantin baru kena lah cantik-cantik."
"Mana family akak?" Baru menyempat aku nak tanya.
"Panjang ceritanya. Tapi sejak kerja dengan Sir, memang dah tak jumpa mereka." Sedih aku dengar.
"Kenapa tak jumpa?" Aku memang dah belajar curious duduk sini.
"Itulah panjang ceritanya. Takpa, Eva kahwin dulu dengan Edward, baru kita sembang pasal bibik Fida okay?" Pujuknya. Tak nak mulakan cerita. Aku hormat keputusan nya.
YOU ARE READING
EVA ARABELLE
RomanceKehidupannya langsung berubah setelah diculik oleh ayah tirinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa membuatkan Eva terus berubah menjadi 'fragile girl'. Indah bagai cerita dongeng, muncul Edward Sean sebagai penyelamatnya. Bagi Eva, Edward segalanya...