6

22 1 0
                                    


Hari ni aku belajar pasal nabi Muhammad saw. Life need a sacrifice.
Daripada kelahiran nabi Muhammad sampai lah kewafatan baginda aku belajar hari ni. Ustazah Lidya memang baik. And guess what? Aku menangis bila dah sampai tajuk kewafatan baginda Rasulullah.

"Eva, kalau rindu nabi, selawat ke atas nabi. Nabi akan mengenali umatnya yang selalu berselawat ke atas baginda.
"Allahumma"

"Allahumma"

"Solli ala"

"Solli ala"

"Sayidina Muhammad"

"Sayidina Muhammad."

Sepatah demi sepatah ustazah lidya mengajarkan aku.

"Alhamdulillah. Bila Eva selawat sekali tadi, Allah kurniakan 10 kebaikan atas Eva." Aku tersenyum mendengar. Ustazah Lidya memang bersifat keibu-ibuan.

"Terima kasih ustazah."

"Ni buku untuk hari ni." Buku bertajuk Niat Seorang Hamba dihulurkan kepada aku.

Aku ambil. "Ustazah, saya banyak dosa. Saya tak Islam lagi, saya takut."

"Jangan risau Eva, Allah tahu hati Eva. Kalau Eva dah cintakan Islam, Allah pasti tolong Eva." Pujuknya lembut.

Selepas bersalaman dengan ustazah Lidya, aku ke dapur untuk tengok Bibik yang bertugas masak hari ni.

"Bibik! "

"OO MAK KAU TUNGGANG TERBALIK!"

Pecah ketawa aku. Memang dah agak nakal sikit aku lately ni. Heheh!

"Ya Allah, Eva!"

"Sorry." Sambil tangan aku dirapatkan tanda minta maaf pakej muka comel.

"Nasib baik comel. Patutlah Sir Edward sayang. Dah lapar ke tu?" Sindirnya.

Aku buat-buat tak dengar apa yang dikatakan tu.
Aku buat muka comel lagi.

"Hihi, jomlah. Mari sini, Eva nak makan apa?"

"Erm, Eva nak makan banyak, tapi kan haritu jumpa Edward, Eva makan benda yang panjang-panjang tu. Warna putih. Ada kuah jugak. Apa nama dia? Lasa?" Aku try hard nak ingat.

"Owhhh! Laksa?!" Teka Bik Fida.

"Haa haa yg tu lah!" Gembira dia macam nak lari sepanjang istana ni.

"Oooo. Okay, tunggu kejap." Sambil berjalan mencari bahan, aku berura-ura nak tolong. "Nasib baik ada lagi bahan-bahan. Bibik pun dah lama tak buat laksa."

Segala apa pasal menu, semua dia boleh masak. Dia suruh aku untuk duduk tapi aku nak tengok dia buat. Sambil aku potong apa yang patut and tolong blend jugak.

30 minutes later..

"Anddddd, tadaaaaa!
Dah siap! Laksa untuk Eva Arabella kesayangan Sir Edward!" Seloroh lagi. Asyik kena bahan je aku hari ni.

Aku cuit bahunya. "Actually Eva Arabelle." Aku betulkan yang salah.

"Ohhh! Sorry!" Pecah tawa kami berdua.

"Dah! Jom makan."

Aku baca doa dan terus makan.

"Ya Allah! Sedapnya. Bik... Lama tak makan sedap-sedap. And, yang ni lagi sedap dari resort haritu!" Tanpa aku sedar, dan mungkin terbiasa dengar, terkeluar jugak 'ya Allah'.

"Selalu Eva makan apa ?"

"Makan nasi kosong." Jawab aku. Terhenti terus tangan aku. Aku senyum tawar tapi happy sebab laksa ada depan mata.

"Kesian dia. Makanlah."

Kini aku bersendirian di dapur. Handphone pemberian Edward yang dari tadi aku pegang akhirnya berkesempatan rosek.

"Ini apa?" Kataku perlahan.

Agak lawak kalau aku tak tahu. Sebab belum sempat aku nikmati pengakhiran masa kecil aku, hidup aku hampir musnah. Handphone kesayangan aku sendiri pemberian daddy, dah selamat dipijak oleh Jason tak guna depan mata aku sendiri. Meet you in heaven je lah handphone ku.

Sebabnya dia pijak, aku curi-curi ambil. Cuba call mommy tapi gagal. Bahananya, dipijak dengan kejam. Lepas tu dah lama aku tak pegang phone. Mungkin banyak system yang dah ter update.

Aku cuba check contact sesekali menyuap laksa. Dah dua kali tambah actually! Aku rasa aku dah jumpa favourite food aku.

"Edward?"

Dengan TIDAK SENGAJA AKU TERTEKAN NOMBOR TU! Baru aku nak tekan ikon merah letak untuk letak. Dah ada Edward di talian.

"Helo, Belle? Awak okay ke? What happen?" Panicly.

"Sorry, saya okay je. Maaf tercall awak. Kat rumah ada laksa. Sorry ye." Dah macam bodoh sangat buang masa orang. Aku bagitahu je lah apa yang terlintas.

Terus aku letak. Maluuu. Paling kurang pun dia jeling aku time makan nanti. Harapnya tak halau aku lah!

***

"Belle. Masuk bilik saya."Aku terima chat daripada Edward. Lantas aku bangun dari katil yang empuk.

Pintu diketuk 3 kali.

"Come in. Have a seat."

Aku cuma diam. Dia nak marah aku pasal tadi ke?

"Saya dah settle kan semua dokumen awak. Ada beberapa lagi yang tak sempat hari ni."

"Alhamdulillah." Aku pandang wajah kacaknya sambil tersenyum lepas tu terhenti senyuman ku.

"Just to know, saya tak nak susahkan awak, Edward. I'm not your problem." Kataku perlahan.

Edward rapatkan tubuhnya sedikit sambil tersenyum. "Then be my problem." Hanya buatkan lutut lembik dan rusuk bergetar. Telan liur.

"Tapi sekarang I don't know where your mommy. But don't worry. We will find her." Kembali serius.

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Tunduk menguis kuku.

"Ini semua dokumen awak. So, you're not born in Malaysia. Well, kinda same."

"Ye ke? Awak lahir mana?" Tak pernah lagi aku tanya soalan private ni. Mulut pun derhaka dengan tuan betul!

"New Zealand."

"Ooo." Aku angguk.

Aku lihat balik semua dokumen aku. Australia tempat lahir aku. I was born on 11 March.
Aku mengeluh kecil.

"Why?" Caring pulak dia ni!

"Dah lama saya tak sambut birthday saya." Sad fact.

"Don't worry Belle. I assure you will happier with me."

Aku pandang matanya dalam-dalam. Kami saling berpandangan. Hanya penghawa dingin yang menghasilkan bunyi. Macam dah hanyut beberapa saat.

"Astaghfirullahalazim." Cepat-cepat aku istighfar. Kami belum halal pun.

"Now you know"Edward tersenyum mendengar aku sebut ayat yang aku pernah confuse dulu.

"Btw, thanks."

"Okay, Belle. It's tomorrow. Really welcome you."

"Yang tu pun, Thank you sangat." Aku menguap. Tangan laju dibawa untuk menutup mulut yang ternganga luas macam badak.

"Awak dah makan laksa?" Aku gagahkan untuk bertanya.

"Dah. Awak pergilah tidur. Nampak penat sangat. Esok kena bangun awal." Lembut tuturnya.

Aku kemudian meminta diri dan terus ke bilik.

***

Aku lay down on my bed. Sempat aku terfikir.
Kenapa Edward and umi ambil berat tentang aku?
Manalah si Jason tu?

Bila fikir balik, kalau aku tak lari malam tu, mungkin dah hilang kehormatan aku sebagai seorang perempuan.

"Alhamdulillah."

Then aku terus tertidur.

EVA ARABELLEWhere stories live. Discover now