"Fatma! Kak Fida!" Jerit aku sekuat hati. Gembira akhirnya dapat bertemu semula. Edward disebelah aku tersenyum gembira melihat isterinya yang gembira. Terus aku berpelukan dengan kak Fida, Fatma."Ya Allah! Rindunya semua!" Aku sangat terharu. Mari beri tepukan gemuruh pada Edward yang berjaya buat aku surprise lagi. Kami yang sedang makan-makan di restoran. Suami aku kata, ada kliennya yang nak datang. Bohonglah kalau aku tak muncung lepastu.
"Abang! Thank you." Aku peluk Edward pulak. Tangan aku dilingkarkan ke pinggangnya.
"Awwww so sweet! Nak kahwin jugaklah!" Celah Fatma yang tak sedar diri dah kahwin. Aku julingkan mata ke atas.
"Eeee! Tak ingat laki kat rumah lah dia ni!" Kak Fida cubit manja lengan Fatma. Terus mengaduh kesakitan. Kami ketawa melihat gelagat mereka.
"Kak Fida dah balik rumah?" Tanya aku. Setahu aku dia tak pernah balik kampung. Hanya tinggal di rumah Edward menjadi pembantu.
"Dah. Baru balik. Sekarang pun dah kerap balik. Alhamdulillah." Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Yang sebenarnya, keluarga kak Fida tak boleh terima dia sebab dulu kak Fida lepasan pusat pemulihan akhlak. Kak Fida lebih tua dari aku dan Edward. Kesalahan dia tu tak de lah teruk pun jenayah nya. Shong story, jumpa Edward then Edward offer kerja sekali. Okay Eva! Awal-awal lagi jadi detective Conan depan Edward.
Kami berbual-bual selepas itu. Macam-macam kami bercerita. Kata Edward, dia ada jemput ustazah jugak. Tapi ustazah ada urusan lain. Kalau dia datang mesti lagi seru. Aku sangat rindukan ustazah. Banyak dia bantu aku. Moga-moga dengan bantuannya dalam mengajar aku tentang Islam, menjadi asbab dia di syurga nanti. Amin.
"Ehh! Dah sarat sangat ni. Tak nak keluar lagi ke?" Tegur Fatma. Baby bump aku yang memang dah tak boleh nak cover itu menarik perhatian betul.
"Dia nak main cuk-cak dengan daddy and mommy dia lah tu." Jawab suami aku di sebelah. Pecah ketawa semua. Aku cuma mengiyakan saja. Lantas bayiku menendang. Tapi kali ni, entah kenapa sakit dia lain macam.
"Auu.. ahhh... Abang! Sayang sakit.." terus kalut semua orang. Kak Fida yang tengok terus cakap yang aku dah nak beranak. Edward terus mengangkat aku ke kereta. Kami ke hospital dan aku dah tak nampak apa-apa. Sakit sangat. Hanya pejamkan mata. Ulang-ulang aku istighfar dan membaca la ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.
Semuanya jadi sangat cepat. Tau tau aku dah di atas katil. Hanya tunggu aku meneran. Aku lakukan yang terbaik dan Edward menggenggam erat tanganku langsung menjadi semangat aku. Beberapa kali meneran, aku dengar tangisan bayi dan bersorak gembira semua nurse. Aku bersyukur dalam hati. Terasa Edward mengucup lembut ubun-ubun aku. Nak senyum pun tak larat. Mata perlahan-lahan ditutup dan aku hanyut dalam kepenatan.
***
Terasa kuat sikit dari sebelumnya. Tidur adalah healing paling membantu. Blank jap apa jadi. Rasa macam bangun tidur je. Bunyi ramai orang mengucapkan syukur kepada Allah berselang-seli dengan perkataan 'comelnya' buatkan otak aku kembali ingat apa jadi. Owh! Delivering rupanya. Aku buka mata langsung ada mata hijau yang menyambut anak mata aku dengan rambutnya sedikit kusut masai. Digagahkan untuk senyum pada ku. Aku pulak tersenyum melihat suami aku yang juga 'bertaruh' sama dengan aku.
"Belle sayang, it's our daughter." Edward hulurkan bayi yang masih merah pada aku. Tak pulak dia menangis. Mungkin dah penat nangis masa aku tidur tadi.
"Assalamualaikum anak mommy. Masha Allah! Cantiknya sayang." Matanya kehijauan cerah. Mata Edward diwarisinya. Aku ada lah beberapa persen. Kucupan pertama aku hadiahkan kepada anak aku dan Edward. Dialah yang menemani pahit manis hidup aku selama ini. She might be a strong lady in future. Alhamdulillah.
YOU ARE READING
EVA ARABELLE
RomanceKehidupannya langsung berubah setelah diculik oleh ayah tirinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa membuatkan Eva terus berubah menjadi 'fragile girl'. Indah bagai cerita dongeng, muncul Edward Sean sebagai penyelamatnya. Bagi Eva, Edward segalanya...