2

28 1 0
                                    


Aku terjaga di sebuah pondok yang agak usang, memang tak tertidurlah aku dengan nyamuk yang banyak tu. Rasa dah agak jauh dari mereka.
Tiba-tiba aku dengar bunyi ombak. Maknanya aku di persisiran pantai. Aku bangun, hari masih gelap. Kaki dibawa ke arah desiran ombak yang aku dengar.

Usaha aku akhirnya membuahkan hasil. Pemandangan indah pantai yang aku lihat kini. Terus aku lajukan larian aku. Air pantai yang jernih aku teguk dengan rakus. Selepas beberapa tegukkan, baru aku masuk dalam pantai mengenakan air pada kulit aku. Atau mandi?

Sekembalinya aku ke pondok usang. Masih sunyi seperti tadi. Perut memainkan peranannya. Dah bunyi pun.

"Laparnyaaa." Aku gagahkan jugak untuk keluar daripada sini secepat mungkin. Mana tahu ada orang di sekitar sini. Aku pandang langit. Gelap. Mungkin hujan akan membasahi bumi.

Kulit aku dah tak tahan. Sejuknya mandi tadi. Tapi, tak pula aku menyesal. Rasa puas instead.

Setitik demi setitik air hujan turun membasahi aku. Terus aku masuk semula dalam pondok tu.

Tak da apa yang boleh aku buat melainkan tidur.
Tapi mata aku langsung tak boleh tidur. Banyak benda yang aku fikirkan. Overthinking. Angin sejuk menerpa tubuhku. Menggigil seluruh tubuhku. Aku rapatkan kaki ke arah tubuhku. Tunduk.

Beberapa minit lepas tu, hujan seriat akhirnya. Tubuhku masih menggigil.

"Lawan Eva! Tak sejuk pun!" Lantas aku bangun dan terus mulakan perjalanan dengan jalan-jalan. Maybe kalau aku lari, aku akan berpeluh.

Tercungap-cungap aku lari. Pandang kaki, habis berlecah dengan lumpur akibat hujan tadi. Dah boleh consider 'I'm the ugliest person in this world right now'.

Aku nampak bangunan yang agak banyak. Aku tak tahu lah orang lain tahu ke tak jalan ni. Tapi aku nak cuba. Firasat aku mengatakan, ada bantuan yang aku jumpa di sini.

Indah sangat! Aku tak tahu kenapa orang buat rumah dalam hutan. Di belakang aku kini pantai. Jadi belakang bangunan yang cantik ni ada pantai. Macam tu lah.

Aku jalan ikut pintu. Perlahan-lahan aku tolak. Terpana aku melihat semua kelengkapan rumah dalam ni. Kali terakhir aku tengok waktu aku belasan tahun. Di mana waktu tu lah aku merasakan aku permaisuri yang punya segalanya. Tak pernah terfikir hidup aku akan berubah sengsara seperti sekarang.

Segalanya nampak mewah. Chandelier indah dan kelihatan royal. Sangat luxury. Nampak exclusive. Penghawa dingin on, tapi tak de orang. TV yang besar terpampang. Seni ukirannya yang unik rasa seperti di istana!

"Waaaa, cantiknya! Ada katil lah! Baring dulu lah." Terus aku naik katil tanpa menghiraukan keadaan diri aku yang tersangat kotor. Katil bersaiz king yang sangat empuk buatkan aku tertidur. Sesiapa pun akan tertidur kalau atas katil ni.

Mata terpejam.

***
Aku buka mata mengharapkan tak sama macam dulu. Bunyi suara-suara yang mengganggu tidurku. Kali ni lebih tenang. Tak seperti dulu.

Apabila aku buka mata ada seorang lelaki kacak yang aku rasa baru lepas mandi. Rambutnya kelihatan basah. Masih tersarung pakaian selepas mandi di tubuh tingginya. Lelaki ke apa ni?! Handsome nak mati. Cukuplah aku pandang matanya yang indah. Hidung mancung dan pipi yang agak cekung. Dagunya sedikit terbelah. Menyempat kau eh, Eva?
Dia pandang aku dengannya ada ABC Powder. Mukanya jelas keanehan. Muka aneh pun hensem.

"Saya minta maaf, saya tak tahu ini rumah awak." Terus aku bangun dari pembaringan.

Muka dia agak terkejut lepas tengok muka aku.

"How did you get in here?!" Tegas tetapi tenang.

Aku tunjuk pintu.

"How can?!Who are you?! Pencuri?!"

EVA ARABELLEWhere stories live. Discover now