Edward sekali lagi meninggalkan aku. Aku tak rasa sangat hari tu sebab before marriage. Tapi kali ni, aku tak pernah berjauhan lagi dengan suami aku tercinta."Do you have to go?" Aku sambil siapkan barang-barang nya, masih sempat bertanya.
"Kejap je sayang. Don't worry okay. Don't miss me. Nanti abang tak boleh buat kerja." Pujuk Edward yang baru habis mandi.
"I feel.. tak sedap hati lah. Rasa macam something bad happen." Jujurku.
Edward terus menerpa arah aku. Dipeluknya erat. Kami berposisi sebegitu untuk beberapa minit. Warm hug.
"Don't feel it. You'll be fine." Suaranya sedikit risau. Tak ke pelik, suruh orang jangan risau, dia yang risau. Edward menggenggam tangan ku erat dan kemas.
"Isteriku sayang, Eva Arabelle. we are both sailing the wedding ark. We need to trust each other. No matter what happens in the ship, loyalty is the padlock and trustworthy is the key." Dahi aku dikucup lembut sekali. Terbuntang mata. Kelu lidah aku.
"Awww. You make me blushing abangggg." Baru je aku nak cakap sweet talker, terus makanan yang aku makan tadi menendang ke atas buatkan aku nak muntah. Terus aku lari ke bilik air.
"Sayang! Are you alright?" Diusap belakang aku. Tisu dihulurkan kepada aku. Beberapa kali muntah baru okay sikit.
"I'm.. I'm okay." Aku gagahkan nak jalan, lantas Edward mengangkat aku ke katil. Letakkan aku perlahan-lahan.
"Kut ya pun tak suka abang cakap macam tu, tak payahlah sampai muntah." Pecah ketawa kami.
"Abang tu! Mat Romeo sangat. Sayang tak biasa tau." Aku tampar lembut lengannya.
Edward tiba-tiba pandang aku lain macam.
"Could it be.. a baby?" Matanya mencerun ke perut aku. Tangannya ringan mengusap lembut perutku. Bibirnya tak lekang dengan senyuman bahagia.
"Ish. Tak de lah. Sayang silap makan je tadi. Abang jangan lah berharap sangat." Aku risau kalau dia desperate nak baby.
***
Pulang dari klinik dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah benar tekaan Edward. Aku hamil 5 minggu. Aku pun sebenarnya sedar dengan perubahan yang aku alami. Edward lah paling happy sekali. Dia terus batalkan outstation. Aku dah pujuk dia untuk pergi jugak. Tapi dia tetap tak nak.Beberapa hari selepas tu, aku cuma berehat di rumah atas arahan Edward aku memandangkan dia ganti outstation hari tu yang dibatalkan. Ada Fatma yang diminta untuk teman aku.
"Eva, kejap lagi you pakai baju ni, tudung ni, dan kasut ni. Oh yah! Sir Edward's command." Aku pandang dengan blank stare.
"Okay. Pergi mana?" Tanya aku. Jujurly kalau dia tak cakap Edward yang suruh, aku akan terpinga-pinga.
Fatma hanya mencerun matanya. Saja nakal nak usik aku.
"Perhaps candlelight dinner?" Senyum nakal di Fatma. Aku pukul lengannya yang sangat excited tu.
"Good luck mommy to be! Cehhh! Candlelight dinner oooo!" Usik Fatma lagi tanpa hiraukan aku.
Malam itu aku bersiap sedia untuk ke salah satu resort Edward berdekatan sini.
"Come hot stuff. A lot of surprises here."
Satu mesej dari Edward. Aku tersenyum sendiri."Jom." Ajak Fatma. Dia tak ikut cuma hantar aku ke pintu. Aku hanya pergi dengan driver Edward yang dah setia menunggu aku yang lambat ni. Si Fatma ni lah! Nak make up pulak. Aku pun sua kan aje muka aku. Boleh cantik sikit depan Edward. Aku pun dah rindu suami aku!
Dalam perjalanan, aku mengusap perut ku. Semenjak dua menjak ni, asyik usap perut je. New addiction. Aku tak pernah datang lagi resort Edward yang satu ni. Actually banyak lagi. Entah bila nak sampai. A little bit nervous.
"Sampai Miss Eva." Kata driver atau dikenali sebagai Khai. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan terus keluar mengatur langkah ke reception counter.
"Sir Edward." Itu je yang aku cakap.
"This way." Aku membuntuti pekerja itu. Lepas ucapkan terima kasih, handphone aku berdering.
"Hello?" Aku mulakan conversation.
Senyap.
Terus aku matikan handphone. Lain kali dah call tu cakaplah! Buang masa aku aje. Aku kagum dengan tempat ini. Belum nampak Edward, hati dah berbunga-bunga. Kata pekerja tadi, aku perlu masuk dari pintu ni untuk ke tempat Edward berada.
Pintu kaca yang dihiasi dengan jambangan bunga yang panjang menutupi sedikit bumbung. Tak mampu aku nak describe. Cantik sangat. Rasa nak nangis. Beberapa pagar tinggi kaca berkristal disinari cahaya. Aku berjalan lagi untuk cari Edward.
"Apa ni?!". Perlahan suara aku menahan amarah. Terkejut aku melihat Edward duduk di kerusi bercandle light dinner dengan Saraa? Paling sakit hati bila melihat Saraa mengelap hujung bibir suami aku. Mata aku terjegil ke arah mereka. Rasa dada berombak kencang. Hati aku tidak dapat menerima. Tapi mata terpaksa melihat hakikat yang pedih. Sanggup dia buat aku begini? Kemain rindu aku call semalam?
Terus aku lari keluar.
YOU ARE READING
EVA ARABELLE
RomanceKehidupannya langsung berubah setelah diculik oleh ayah tirinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa membuatkan Eva terus berubah menjadi 'fragile girl'. Indah bagai cerita dongeng, muncul Edward Sean sebagai penyelamatnya. Bagi Eva, Edward segalanya...