Today!Aku bangun awal dan terus mandi. Lepas tu aku tak tau nak buat apa. Dari dalam bilik aku, aku boleh nampak luxury fountain. Sesekali rasa aku dibawa ke saliran air yang tenang tu.
"Eva." Bahu aku terangkat keduanya. Terkejut.
"Sorry ingat Eva dengar bibik ketuk tadi." Seorang lagi maid datang panggil aku. Bila dia ketuk?
"Owhh, tak apa."
"Here we go. Jom breakfast. Hari ni awal-awal lagi Sir Edward keluar tau."
"Edward pergi mana?" Aku rasa ditinggalkan. Awkward. Ye lah! Dia yang bawa balik aku.
"Entahlah. Tapi rasanya dia settle masalah Eva kot."
"Hah?!"
"I mean, meeting. AHH, yeahh. Meeting. Kejap lagi dia balik. Eva kalau nak makan apa-apa panggil je tau."
"Okay."
Sebelum dia melangkah keluar, aku panggil.
"Boleh ke Eva nak kemas-kemas rumah ni?"
"Ehh, mestilah tak boleh! Eva tu tetamu. Kalau Sir Edward tahu, habis kami. Tapi, lepas makan kita pergi taman bunga."
Okay! Edward marah ke? Ini peluang aku untuk keluar dari sini. Aku tak suka nak menyusahkan orang lain. Cukuplah hidup aku yang susah.
***
Habis makan, aku berjalan-jalan ke taman bunga belakang rumah bersama bibik tadi. Ladang bunga! Banyak gila! Aku terpana. Setiap lorong boleh dimasuki. Aku macam nak menangis!
Ada bunga Rose berbagai warna. Aku rapatkan muka aku untuk menghidu. Wanginya!Aku masih belum puas di sini. Tapi aku dah dipanggil untuk masuk rumah.
"Ini library Sir Edward. Nak masuk?" Pelawa Bibik Fatma .
"Naaak! Tapi boleh ke?" Teruja tapi takut.
"Mestilah. Jom."
"Waaaa! Cantiknyaaaa. Banyaknya buku!
Oh yeah. Fatma, hari yang Edward jumpa saya tu dekat resort. Itu resort dia ke?""Waktu tu, belum. Kira macam baru bargain nak tukar owner. Owner tu nak jual. Adalah tu masalah duit. Jadi, Sir Edward nak belilah. Dah lama sebenarnya dia nak beli resort tu." Panjang lebar Fatma cerita.
Mata aku terbuka luas. Tangan dibawa ke mulut untuk tutup. Mulut aku ternganga.
"Mesti banyak kan resort dia!" Teruja.
"Eva!" Nama aku dipanggil. Dan aku tahu siapa pemilik suara itu.
"Edward." Bajunya kemas kalı ini. Pakaian seragam kerjanya. Tak mustahil. Orang macam ni tengok pun tahu kaya!
"Saya keluar dulu." Fatma mengundur diri.
Sekarang cuma aku dan Edward.
"Sorry, saja masuk. Nak tengok. Tapi saya dah tanya Fatma. Dia bagi saya masuk." Gila tak gerun. Pandangannya yang beku tu lah buat aku lagi takut.
"Sokay. Awak tak nak keluar ke? Tak bosan?"
"Saya, akan keluar. Jangan risau." Aku tahu bukan itu yang dimaksudkannya.
"Bukan keluar dari sini. I mean, tengoklah pemandangan kat luar tu. "
"Ehh, tak pe. Saya kat sini pun dah bahagia. Lagi pun tadi saya dah pergi ladang bunga awak. Cantik." Aku hadiahkan senyuman yang aku pun tak tahu aku boleh senyum seikhlas tu.
Dia pandang aku lama.Edward macam baru tersedar. Kepala digeleng beberapa kali. "This way."
Aku cuma ikut lagi. Ada macam balkoni and pemandangan yang aku tak boleh nak describe dengan kata-kata. Dari atas ni, nampak ladang bunga tadi. Indah sangat.
"Cantiknya!"
"Duduk lah." Edward membuang kot yang dipakainya tadi. Cuma tinggal baju kemeja putih. Dia melonggarkan neck tie nya sedikit.
"Thank you."
"Ok. Macam mana awak masuk bilik saya haritu?" Matanya memandang aku tepat. Yang ni lebih scary okay!
"Ooww, yang dekat resort tu ke?
Ikut pintu lah. Pintu belakang kot. Bahaya tau, awak tak kunci.""Tak kunci? Tak pe lah. So, apa plan awak lepas ni?" Dia macam pelik. Mungkin memang salah dia tak kunci. Hahahhaha!
Aku baru perasan! Anak matanya warna hijau! Patutlah macam pelik! What a good-looking boy!
"Belle!" Suaranya dikuatkan sedikit.
"Owwhhh! Sorry. Saya tak tahu. Tapi, don't worry. Saya akan keluar no matter what." Hah! Tu lah. Berangan lagi.
"Please don't." Suaranya senada.
"I have to." Pandangan kami tak lagi bersambung.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Umi!"
"Belle, ni umi saya.
Umi, ni lah Eva.""Hai dear. So gorgeous!"
Aku cuma balas senyuman. Lepas mereka berbual-bual. Aku cuma kejung di situ. Umi Edward langsung tak tanya soalan pelik pada aku. Mungkin Edward dah ceritakan.
***
Aku masuk bilik lagi.
Sebenarnya, apa nak jadi dengan hidup aku ni?
Kenapa Edward baik dengan aku?"Belle!" Beberapa ketukan selepas tu.
Aku buka pintu, dan Edward rupanya.
"Ikut saya."
Aku di bawak ke satu bilik. Tapi cuma dengan umi Edward.
"Eva. Okay now?"
Aku senyum dulu.
"Okay.."
"Panggil je umi." Lembut suaranya.
"Okay umi."
"Umm, okay, sebenarnya macam ni, umi dengan anak umi, Edward, nak tolong Eva. Eva nak jumpa mommy kan?"
"Betul ke umi? Syukur."
"Insya Allah."
"Isya apa umi?" Sumpah aku tak pernah dengar perkataan tu.
"Erm, kalau boleh umi tahu.. What is your religion?"
"Religion? No. I don't have any religious beliefs."
Dari kecil lagi mommy tak pernah cakap pasal ni."Owhh, so hard."
"Yeah, Eva sedih jugak. Rasa macam seronok tengok orang ada agama. Eva pernah terfikir, Eva ni hidup macam tak da tujuan."
"Kalau umi ajak Eva masuk Islam, Eva nak tak?" Tanya umi dengan berhati-hati.
Hah? Soalan apa ni?
"Eva..."
"Tak pelah, nanti kita selesaikan yang tu. Sekarang, kita kena cari mommy dulu."
Aku angguk.
YOU ARE READING
EVA ARABELLE
RomanceKehidupannya langsung berubah setelah diculik oleh ayah tirinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa membuatkan Eva terus berubah menjadi 'fragile girl'. Indah bagai cerita dongeng, muncul Edward Sean sebagai penyelamatnya. Bagi Eva, Edward segalanya...