Aku menarik nafas panjang, dahi sudah berkerut menahan panas matahari. Air peluh pun sudah mengalir di pipi.
"Miss Eve, awak tahu apa salah awak?" Soal prof Iskan, lelaki itu berpakaian sukan. Nampak sangat segak. Suaranya kedengaran sangat tegas. Mata tajam memandang ke arahku.
Perlahan-lahan aku anggukkan kepala.
"Sorry prof" tuturku perlahan, kepala di tunduk memandang rumput. Tak nak aku pandang depan mau nanti hitam muka. La tengah panas ni.
"Maaf awak tak di terima kecuali awak boleh keluar dengan saya sabtu ni" tutur Iskan selamber. Lelaki itu tersengeh kecil.
Hampir ternganga jugak la aku mendengarnya. Ni bukan main-mainkan? Bukan mimpikan?
"Erk prof nak saya teman prof keluar?" Soalku semula.
Iskan hanya sekadar anggukkan kepala sahaja. Wajah dinginnya masih terpampar.
"Boleh saya balik sekarang?"
"Tak boleh, lari 5 pusingan sekarang!"
°°
Aku mengeluh perlahan, jam tangan di tilik. Mana prof Iskan ni. Lama dah aku jadi tunku negara di sini. Ramai pulak pelajar bangun awal harini. Haish.
"Sorry my lady" suara garau itu kuat kedengaran di gegedang telingaku. Laju sahaja badan di pusingkan. Membulat mata aku apabila melihat prof Iskan, bersama baju kemeja dan seluar slack. Rambutnya pula ala-ala badboy.
Lengan di lipat sehingga siku, tiga butang atas di buka.
Aku hanya diam sahaja, pelajar lain di sekeliling sudah pandang ke arahku lain macam dah ni.
"Jom!" Ajakku, lama-lama aku duduk sini makin menjadi-jadi mereka buat cerita.
Aku pun dah mula dengar dah mereka berbisik. Masuk sahaja dalam perut kereta Iskan, aku hanya mendiamkan diri sahaja.
"Kau nampak marah, kenapa?" Soal Iskan, memecahkan kesunyian.
"Tak ada apa" jawabku, pandangan di alihkan ke luar tingkap.
Iskan hanya sekadar anggukkan kepala dan terus focus dalam pemanduannya.
Sampai sahaja di sebuah mall. Iskan menarik aku masuk kedalam satu butik mewah. Aku memuncungkan bibir, lama pula Iskan membeli baju.
Help saya ke sidai.
Langsir di tolakkan ke tepi, kaki melangkah keluar. Tai di leher itu di betulkan.
"So how?" Soal Iskan, lelaki itu memandang ke arahku. Wajah kacaknya itu aku pandang lama.
Tak tipu Iskan nampak hensem gila!!!
Aku hanya senyum sahaja, no comment.
Telefon di keluarkan dari beg, banyak pula notification yang keluar.
Anayra💗
Betul ke tadi kau keluar gn Prof!
Korang dating eh!!!
OmgggggIsh mana ada
Aq teman dia je gi cri bajuAku terus tutup telefon dan terus sumbat ke dalam beg. Hmp semua salah Iskan.
Kepala di angkat, wajah Iskan tertampar di hadapanku. Keningnya di jungkit ke atas.
"Kenapa? Gaduh dengan boyfriend?"
Aku berkerut dahi, boyfriend? Boyfriend otok mung. Muka macam ni nak ada boyfriend sampai kiamat tak ada orang nak.
"Saya mana ada boyfriend lah" aku meregus kasar, tangan di silang ke atas dada.
Iskan hanya sekadar anggukkan kepala, punggung di labuhkan di sebelah ku.
"What if aku jadi boyfriend kau?"
"Hah?!"
![](https://img.wattpad.com/cover/345578017-288-k199310.jpg)
YOU ARE READING
TENGKU ISKAN NATHAN
RomansaI will kill who broke your heart, my babywife (Slow update) Disclaimer this story very cringe