11

361 13 1
                                    

Matahari membuka tirai sekali lagi, aku memandang jam sudah masuk pukul 7.00 pagi. Aku tidur balik lepas subuh. Iskan? Aku tatau dia pergi mana lepas solat subuh.

Aku mengambil kain tuala dan berjalan ke bilik air untuk bersihkan diri. Selesai sahaja bersihkan diri, aku terus menyarungkan baju untuk ke kelas terus.

"Eh Lynn dah bangun?" Soal puan Layana, aku tersengeh. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala. Kaki berjalan mendekati puan Layana.

Segan la aku,breakfast semua dah di hidangkan. Aku cuma bangun dan makan sahaja.

"Mana Iskan mama?" Soalku lembut, kerusi di tarik perlahan.

"Iskan? Mama pun tak tahu dia pergi mana" balas puan Layana. Aku hanya sekadar anggukkan kepala.

"Lyn ada kelas ke kejap lagi, nanti mama call Iskan hantar Lyn pergi kelas"

Laju sahaja aku mengelengkan kepala. Aku dah cakap dengan Iskan yang aku nak rahsiakan perkahwinan ni. Aku tak nak pelajar lain tahu yang suamiku Iskan.

Mau kena serang nanti.

"Takpa ma, Lynn boleh pergi sendiri"

"Kenapa pulak nak pergi sendiri? Dah ada suamikan. Aku boleh hantar, kebetulan aku pun nak pergi kelas" suara garau serak basah itu menerpah ke gegedangan telingaku. Laju sahaja mata memandang susut tubuh yang sudah lengkap memakai baju kemeja hitam dan seluar slack hitam.

Lengan di lipat sehingga ke siku. Gila, Iskan nampak sangat la kacak hari ni.

Aku hanya diam sahaja. Roti bakar di hadapan mata itu aku masuk ke dalam mulut. Sebenarnya aku tak lalu nak makan tapi kalau tak makan nanti mama Iskan cakap apa pulakan?

°°

"Iskan awak berhenti kat bustop depan tu saya boleh jalan kaki" tuturku, jari telunjuk menuju ke arah bustop yang tidak jauh dari itu.

"Iskan!" Marahku, makin di marah makan kuat pedal minyak di tekan.

"Iskan awak gila ke kita dah terlepas gate kolej tahu tak!" Marahku lagi, wajahnya aku pandang.

Wajah Iskan kelihatan seperti bengang, pedal minyak di tekan sekuat hati. Langsung dia tidak hiraukan Eve.

"Iskan!Awak nak mati awal ke dah cukup amalan sangat?!"

Iskan diam.

"Ok fine! Abang boleh tak u turn semula?" Tuturku lembut, panggilan abang itu aku tekankan sedikit. Aku tahu dia marah sebab aku panggilnya Iskan bukan dengan panggilan abang.

Sejujurnya aku masih kekok nak panggil Iskan abang.

Bibir Iskan mengukir senyuman manis kemudian lelaki itu membuat pusingan U.

Sampai sahaja di depan bustop, aku terus menghulurkan tangan ingin menyalam Iskan.

"Betul kau nak turun sini baby?"

Aku hanya sekadar anggukkan kepala, tak nak aku turun sekali dengan di parkingnya. Mau pelajar lain pandang.

"Salam"

Dan selepas itu aku mencium tangan Iskan dengan lembut, ubun-ubun kepalaku juga Iskan cium.

Pintu kereta di buka, sempat aku melambai ke arah Iskan sebelum kaki membuka langkah.

°°

Pintu kelas di buka perlahan, wajah Anayra sudah tersengeh di hadapan pintu. Dengan rasa malasnya aku masuk ke dalam mengambil tempat di sebelahnya.

"Kau nak tahu tak?" Soal Anayra teruja. Tanganku di gengam erat olehnya.

Aku menjungkit kening.

"Haidar ajak aku in relay!"  Sorak kecil gadis di hadapanku itu. Terlalu terjuga gamaknya. Aku harap sangat Haidar tak buka mulut pasal aku dan Iskan.

"Congrats" malas- malas aku membalas.

"Kau ni macam tak cukup tidur je, semalam kau pergi mana ha? Seharian kau tak balik. Risau aku tahu tak?"

"Sorry aku tidur rumah abang aku" tipuku, seperti mana korang tahu yang aku kena tangkap dengan Iskan dan malam tu juga aku nikah. Gila bukan?

"Oh ye, kau still masuk team handball ke?"

Aku gelengkan kepala, puas aku pujuk Iskan akhirnya terima juga untuk aku keluar dari team tu.

"Next week kan kita ada camp dekat mana tah, semua senior wajib join. Tiada pengecualian"

"So kau kena datang juga tak kira la alasan apa pun. Come on tahun ni last kot. Tak kan tak nak bergurau senda dengan lec, prof semua tu"

Aku hanya mampu bagi sengehan sahaja

TENGKU ISKAN NATHANWhere stories live. Discover now