08

351 13 0
                                        

"Iskan awak bayar sahaja denda tu, 300 je. Tolong la saya merayu" rayuku. Air mata sudah mengalir di pipi. Tak sanggup aku nak kawin dengannya.

Tapi Iskan hanya diam sahaja, dia langsung tak cakap apa-apa selepas kami di tangkap. Semua keluarga Iskan juga ada di sini.

Aku rasa malu sangat ni, malu. Rasa seperti perempuan murah.

"Tolong la Iskan, tolong" rayuku lagi.

"Lynn"  panggil Tahkim, abangku. Dia menarik lenganku lembut. Badan sudah mula lembik.

"Abang, Lyn. Tak buat apa-apa pun dengan Iskan. He just my prof" ujarku lagi, air mata di kesat. Wajah dingin Tahkim itu di pandang lama.

Tahkim juga turut mendiam. Boleh naik gila aku begini. Kalau masing-masing diamkan diri.

Aku terus duduk di atas kerusi plastik yang tersedia di situ. Tudung shawl juga sudah senget di buatnya. Kepala di tundukkan memandang lantai.

"Iskan- Iskan setuju kawin dengan Eve" suara garaunya itu senada. Keputusannya juga sudah muktamad. Mata memandang ke arah Eve.

Aku terus mengangkat kepala, cepat-cepat aku bangkit dari kerusi dan berdiri di hadapannya. Aku menarik nafas dalam.

"Awak gila ke! Awak tu prof saya, apa pula kalau orang lain tahu awak kawin dengan student. Awak bayar sahaja denda tu dan tutup kes ni" bengangku. Mata bertentang dengan Iskan. Wajahnya nampak sangat tenang, seperti sudah tahu bende ini akan terjadi.

"Ada ke dalam buku rules mengatakan prof tak boleh kawin dengan student. Dah jodoh nak buat macam mana"

"Ni bukan jodoh! Kita kena tangkap. Tak malu ke kalau orang mengata pasal kita!" Suaraku naik seoktah. Lenganku di tarik kasar oleh Tahkim tapi laju sahaja aku menepisnya.

"Bayar denda tu please!"

"Then i say, i'll married you! Keputusan muktamad. Tiada sapa boleh bantah" tegas suaranya bertutur.

°°

"Sah?"

"Sah!"

Dengan serentak itu aku telah sah menjadi seorang isteri buat Tengku Iskan Nathan. Iskan memandang ke arahku tapiku hanya menundukkan kepala. Entah perasaan aku sekarang ni, rasa nak nangis tapi gembira.

Iskan bangkit dari duduknya itu, lalu mencapai kotak cincin itu. Mengeluarkan sebentuk cincin silver dan dia mendekati aku.

Aku menarik nafas dalam, ini kali pertama ada lelaki lain yang menyentuh aku. Aku gementar. Nafas di aturkan. Kepala di angkat memandang Iskan yang masih setia menunggu ku bersedia.

"Ready, my baby" bisiknya perlahan, telingaku dapat tangkap setiap bait kata dari mulutnya itu. Iskan tersengeh nakal. Baru ku sedar yang Iskan memanggilku dengan panggilan baby.

Memang gila semua ni.

"Assalamualaikum, buah hati Iskan Nathan" tuturnya, bibir mengukir senyuman. Tanganku sudah selamat lelaki itu sentuh.

Aku senyum terpaksa, mulut seperti ingin ini di buka.

"Waalaikumusalam" balasku. Malu-malu kucing, pipiku sudah naik kemerahan.

Tak boleh jadi begini.

Iskan tersengeh, suka dia mengusikku. Hidungku sempat dia cuit.

"Lynn patutnya kamu jawab salam Iskan tu panggil abang, baru nampak manis"

Ingin meluat aku mendengarnya, makcik ni nak suruh aku panggil Iskan abang. Memang ke sudah aku tak nak.

Tanpa membuat masa, Iskan menyentuh tanganku dengan lembut. Cincin berwarna silver itu tersarung kemas di jari manisku.

Lama aku merenung cincin tersebut.

"You are officially become my wife" bisik Iskan perlahan. Tanganku secara automatik menolak lembut bahu Iskan

TENGKU ISKAN NATHANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang