Seperti yang aku cakap, kami hanya lakukan majlis akad nikah sahaja. Itu pun hanya keluarga terdekat sahaja di jemput.
Habis sahaja majlis tadi aku terus jatuhkan punggung di atas sofa,yang lain semua sedang sibuk menguruskan majlis. Aku? Aku hanya duduk dan melihat. Mommy Iskan sendiri tak benarkan aku lakukan apa-apa kerja.
Aku memandang sekeliling ruang tamu itu. Ruang dapur yang riuh rendah itu aku menjengok sebentar. Ramai betul anak dara dekat dapur. Apa la yang di puji-puji itu.
Kaki melangkah masuk kedalam, mata tertumpu pada satu susut tubuh yang sedang membasuh pinggan di singki sambil melipat lengannya sehingga ke
siku."Hensemnya abang Iskan!"
"Sekejap lagi kita tangkap gambar nak tak?"
"Kenapa abang Iskan pilih perempuan tu, dia takde la cantik mana"
"Kenapa abang Iskan kawin dengan dia, tah-tah dia sengaja perangkap abang supaya dapat kawin dengan dia. Perempuan murah"
Aku terkedu mendengar ayat terakhir itu. Kepala terus menunduk lantai. Seperti tak layak pula menjadi isteri Iskan. La kena tangkap. Macam tiada maruah
Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, Iskan terlebih dahulu memanggilku.
"Sayang!" Panggilnya, bibir mengukir senyuman buatku.
"Kenapa datang sini, kan abang suruh sayang berehat" tutur Iskan lembut, kakinya berjalan ke arah aku. Anak dara yang lain sudah memandang ke arah aku dengan pandangan tajam.
Aku dengan lagaknya terus menarik lengan Iskan bersamaku dan terus menariknya ke ruang tamu.
"Kau jeles ke?" Soal Iskan, laju sahaja aku berkerut dahi. Mana ada aku jeles. Gila ke dia ni.
Dia menolak aku ke dinding lalu tanganya mengunci pergerakkan ku.
Mata memandang wajahnya, setiap inci wajahnya aku pandang.
Ok kali ni aku mengaku Iskan memang hensem nak mampos.
"Baby, your are mine. No one can replace you" bisik Iskan. Dia mengeselkan hidungnya dengan hidungku. Bibirnya di jilat. Matanya memandang ke arah bibirku
Jantungku sudah berdegup kencang mendengar bait kata lelaki di hadapanku dan juga tindak-tanduknya itu.
Aku masih berbeku di tengah ini, manis sungguh kata-kata Iskan.
"Iskan! Lynn!" Jerit puan Layana, mommy kepada Iskan. Laju lelaki di hadapanku bertindak melepaskan ku.
"Malam nanti Iskan tidur di bilik Iskan ya? Lyn pula tidur dekat bilik tetamu buat masa ni"
Iskan terkedu mendengarnya, dahinya sudah berkerut. Dapatku lihat wajahnya seakan tidak berpuas hati dengan apa yang puan Layana memberitahunya.
"No way! Iskan nak dengan Lynn, kami nak tidur bersama" bantah Iskan. Suaranya di tinggikan. Nampak dirinya sangat bengang.
"Malam ni sahaja Iskan, malam esok kamu tidur la dengan Lyn ya?"
Iskan meregus kasar, dia terus beredar dari situ dan meninggalkan aku.

YOU ARE READING
TENGKU ISKAN NATHAN
Roman d'amourI will kill who broke your heart, my babywife (Slow update) Disclaimer this story very cringe