02

434 17 0
                                    

Seperti biasa setiap hari rabu akan di jalankan aktiviti kokurikulum pada setiap murid kecuali aku. Aku hanya tersidai di studium sambil melihat pelajar lain bermain sukan. Mata memandang sekeliling.

Saje nak cari crush, bosan hidup tiada crush. Mata aku memandang ke arah Anayra yang sedang berjalan ke arah aku. Topi yang berwarna biege itu di betulkan.

"Kau tak join ke Eve?" Soal Anayra dia melabuhkan punggungnya di sebelahku, air mineral di tangannya itu di buka lalu di tonggok.

Haus mungkin, dia baru sahaja habis main badminton.

Maklum la Anayra kan wakil badminton. Aku ni hanya mampu melihat dengan dua bijik mata itu je la.

Aku mengelengkan kepala kepada bertanyaan Anayra tadi. Aku mengeluh perlahan, tudung sarung yang sengeh sikit itu di betulkan.

"Tadikan prof Iskan ada tanya aku sesiapa yang nak join handball boleh bagi nama dekat dia. Kau join la, kau ada bakat la" tutur Anayra, lengan aku di peluk olehnya. Aku membuat muka jijik, badannya berpeluh itu sudah melekat di bajuku.

Euwww.

Aku mengelengkan kepala lagi, bab-bab berkaitan dengan Iskan aku undur diri dulu. Sekarang dia sudah jadi musuh ketat aku.

"Kau ni tak ada suara ke hah? Dari tadi bila orang tanya angguk, geleng je. Dah macam orang bisu"

Aku buat muka lagi, buat muka menyampah la dengar bebelan dari Anayra tu. Bukan sengaja aku tak nak buka mulut cuma, malas.

Hahahshah memang hidup aku malas.

"Sudah la aku nak sambung main, sorry  tau Eve" ujar Anayra lembut lagi sopan. Entah apa yang sampuk perempuan ni pun aku tidak tahu. Aku memandang sekeliling, mungkin ada kerash dia di sini. Tapi tak nampak pula si Haidar kerash Anayra.

"Aku masukkan nama kau dalam team handball kolej kita!" Laju Anayra bertutur, satu hampak un aku tak dapat tangkap.

Tapi jelas kedengaran nama aku dalam team handball. Sangat gila perempuan ni.

Aku meregus kasar, nak cekik perempuan ni!.

"Kenapa kau buat macam tu!" Marahku, aku paling tidak suka orang membuat keputusan tanpa berbincang dengan aku.

"Biar la, at least kau boleh berbaik dengan prof Iskan"

Aku mengelengkan kepala laju-laju. Berbaik? Bagi aku macam mimpi buruk sahaja la. Dengan wajah dinginnya itu. Uuu seram.

"No! Sekarang ni kau buang balik nama aku dalam list handball tu" suara aku bertukar tegas, mata tajam memandang ke arah Anayra. Gadis itu hanya tersengeh lalu bangun dan beredar diri sini dengan selamber badaknya itu.

Siotnya perempuan ni rasa nak aje baling kerusi plastik ni kat dia.

Aku mengeluh buat kali ke dua mungkin, dulu memang aku aktif dalam sukan cuma sejak aku hilang ingatan jadi malas pula nak bersukan.

Aku bangun dari kerusi plastik itu, jam tangan di tilik. Baru pukul 3.30 petang masih banyak lagi masa. Aku memejamkan mata seketika. Rasanya nak rehat dalam bilik aje la.

Tenang dan damai.

"Miss Evelynn Seinna!" Suara garau itu menerpah masuk ke dalam gegendang telingaku. Kaki aku terhenti dengan sendiri.

Tolong jangan dia, please!









Maaf jika ada salah tatabahasa atau ejaan dalam chap ini, saya baru nak berjinak-jinak menulis. Thanks you sudi support saya💋

TENGKU ISKAN NATHANWhere stories live. Discover now