Dalam kelas aku hanya diam sahaja, otak masih ligat pikir macam mana aku nak selesai kerja kelas Iskan ni. Lepas ni la kelas dia. Jam tangan di pandang. Sudah pukul 9.00 pagi. Kelibat Iskan langsung tidak kelihatan.
Jarang-jarang Iskan lewat ni.
Tiba-tiba daun pintu di buka perlahan, aku mengangkat kepala. Mata memandang kasut berkilat itu. Bibir mengukir senyum nipis. Tidak sabar untuk melihat suami mangajar.
Tapi terasa hampa, malangnya bukan Iskan yang akan mengajar kami kali ni. Mata memandang susut tubuh itu. Baju kemeja, kemas bersama seluar slack dan lengannya di lipat sehingga ke siku. Baru sangat rapi dan kemas.
"Selamat pagi semua" sapa lelaki itu bersama suara garaunya. Bibir mengukir senyum nipis. Mata memandang ke dalam dewan kuliah ini.
"Korang mesti pelik bukan, tiba-tiba bukan Dr.Iskan yang masuk. Mulai hari ni dan sekarang saya yang akan ambil alih tugas Dr. Iskan dan salam kenal, nama saya Amar Hambali. Panggil Dr Amar" mata memandang ke arahku. Tepat ke arah anak mata. Laju aku mengalihkannya. Tak mahu aku bertentang matanya.
Masih teringat laki okay!
"Baiklah, memandangkan saya first day hari ni boleh saya tahu siapa leader?" Soalnya, keningnya di jungkit.
Dewan kuliah hanya sunyi sepi, ekor mata yang lain sudah memandang ke arahku.
"Okay tak nak mengaku, kalau begitu saya panggil nama"
Pantas aku bangun. Tangan di angkat.
"Saya Dr!" Jeritku kuat, aku memejamkan mata. Rasa malu menyerang.
"So awak Evelynn Seinna"
Aku anggukkan kepala perlahan.
"Good, lepas kelas jumpa saya" tuturnya, bibir mengukir senyuman manis ke arahku. Kemudian lelaki itu memusingkan badannya dan mengambil laptopnya.
Selesai sahaja kelas, aku terus turun kebawah dan berjumpa dengan Dr Amar yang sibuk mengemas mejanya.
"Dr Amar" panggilku perlahan, lelaki itu mengangkat kepala. Bibir tersenyum manis.
"Tolong saya angkat barang saya,masuk bilik saya then saya ada bende nak bincang dengan awak" tutur Amar lembut, beg sandang nya di hulurkan kepadaku dan aku sambutnya dengan senyuman nipis.
Rindu suami la pulak.
Tapi Dr.Amar dari belakang segak sungguh. Nampak seperti sudah biasa pergi ke gym. Badannya tegap, bices pun terserlah.
Aku mengelengkan kepala perlahan, sampai ke situ aku pergi. Kaki melangkah mengikut Dr Amar dari belakang.
°°°
Pintu bilik Dr Amar di tutup dengan perlahan. Beg sandangny di jatuhkan pada kerusinya itu.
"Terima kasih tolong saya, nah saya nak nombor awak senang saya nak mesej" kertas sticker note dan pen itu di hulurkan kepada aku.
Aku senyum nipis sekali lagi.
Patut ke aku tulis nombor Iskan sahaja atau erghh.
Aku mengelengkan kepala. Nombor telefonku di tulis atas kertas tersebut lalu di hulurkan kepadanya.
Mata Amar memandang ke arah jari Eve. Jari manis di pandang lama, cincin berwarna emas itu di pandang dengan penuh kebencian.
"Terima kasih" Amar senyum.
"Jom saya belanje lunch" ajak Amar, lelaki itu senyum.
Aku hanya diam sahaja. Otak susah pula ingin membuat keputusan.
"Awak jangan pikir bukan-bukan, sambil kita lunch sambil kita bincang"
Aku hanya anggukkan kepala perlahan, sebaik la ada bende kena bincang.
"Jom kita turun cafe"ajaknya, aku hanya senyum. Pintu di bukakan, aku tundukkan kepala.
Mata memandang ke arah Iskan yang sedang borak rancang bersama seorang perempuan tinggi lampai, badannya slim. Bentuk mukanya cantik, berseri sungguh.
Aku pandangnya dengan penuh hampa. Entah kenapa aku rasa cemburu dengan perempuan itu. Mereka nampak secocok
"Eve jom, oh itu Dr Hatta. Cantik orangnya"
Aku senyum nipis.
Sampai sahaja di cafe, Dr Amar terus mengajakku makan di tempat pensyarah. Pada mulanya aku tak mahu, takut pelajar lain pikir apa pula. Tapi sudah di pujuk Dr Amar aku hanya ikutkan sahaja kehendaknya.
Aku melabuhkan punggung di hadapan Dr. Amar. Dari tadi lelaki itu hanya senyum sahaja.
"Awak nak makan apa, saya pergi order?"
"Er saya tak kisah Dr"
Amar senyum lalu di berjalan ke arah kuanter membuat pesanan. Sesudah itu lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdepan dengan aku.
"Awak dah kawin ke Eve?" Soalnya Amar tiba-tiba. Riak wajahnya selambar.
Aku sedikit terkejut dengan soalannya itu. Tiba-tiba sahaja.
"Ehh jangan pikir bukan-bukan saya cuma ternampak cincin dekat jari manis awak tu, risau jika awak dah berpunya sebab lepas ni kita banyak kerja berdua"
Aku anggukkan kepala perlahan.
"Hm tak, ni cincin saje-saje supaya samseng kat luar sana tak kacau saya" balasku, perlahan. Ekor mata memandang ke arah pintu. Ya Iskan masuk cafe bersama Dr Hatta siap buka pintu lagi.
Jujur aku cemburu.
"Mereka tu suka awak sebab awak lawa Eve. Untung yang dapat awak. Jika di beri peluang saya nak jugak dengan awak" tuturnya selamber. Ekor mata Amar memandang ke arah Iskan. Tajam matanya.
Aku gelak kekok, tersengeh kecil.
"Awak lawa Eve" bisik Amar, wajahnya di dekatkan denganku. Lelaki itu sengaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
TENGKU ISKAN NATHAN
Roman d'amourI will kill who broke your heart, my babywife (Slow update) Disclaimer this story very cringe