21

174 4 0
                                    

Pulang sahaja di rumah, aku terus merebahkan badan di atas tilam katil. Mata memandang syiling putih itu. Badan digolek-golek di atas tilam katil. Bau wangian Iskan melekat pada cadar katil. Sungguh wangi.

Rindu.

Tiba-tiba telefonku bergegar, aku mencampai telefonku. Nombor yang tidak di kenali itu di pandang lama. Tangan menekan notificasion itu.

Unknow number

hii Eve, tidur ke.
Maaf ganggu.
Saya Amar.
10.30 pm

Aku pandang kosong mesej tersebut. Aku pikirkan itu mesej dari Iskan malangnya tidak.

Tangan mula menaip.

Belum lagi dr
Tk mengapa
10.32 pm

Ehh tk perlu pnggil sya dr.
Panggil Amar je.

Baik Dr

A.M.A.R

maaf tak biase Amar

Amar tersengeh kecil memandang mesej itu. Eve nampak sangat comel walaupun hanya dalam mesej sahaja.

Save nombor saya

Baik Amar

Pintu rumah di tutup perlahan, mata memandang sekeliling. Kosong. Hanya lampu bilik sahaja yang terpasang. Kaki menampak ke dalam bilik. Mata memandang ke arah Eve yang sedang senyum sambil berbalas mesej.

"Mesej sapa tu sampai senyum-senyum" tegur Iskan. Lelaki itu membuka tali lehernya. Butang baju kemejanya di buka 3 dari atas. Lengan baju juga di sisihkan.

Aku memeluk telefon, kening di jungkit. Terbayang wajah senyuman Iskan ketika bersama Dr Hatta. Langsung aku meregus kasar.

Sibuk aje.

Aku menjeling tajam ke arah Iskan,posisi badan di betulkan.

"Sayang..." meleret Iskan memanggilku tapi aku hanya hiraukan sahaja. Langsung Iskan menolak ku jatuh ke atas katil sekali lagi. Badan Iskan di atasku. Mata bertentang mata. Lenganku di gengam erat.

Matanya tajam membaca mataku. Sedaya upaya aku membuat riaksi kosong tanpa makna.

Aku merengek kecil, tangan di pinta untuk di lepaskan. Makin di pinta makin erat di gengam.

Urat di muka semua terserlah.

"Apa?" Soalku memberanikan diri.

"Aku rindu kau" balas Iskan, lelaki itu senyum melebar.

Aku buat muka menyampah. Tengah hari tadi bukan main dengan Dr Hatta. Bersinar mata memandang perempuan itu.

"Dah la saya nak tidur, esok ada kelas" tuturku, langsung tidak memandang ke arah Iskan. Telefonku pun entah kemana tercampak.

"Dr Amar?" Iskan menyoal. Matanya memandang screen telefonku di atas kepalaku.

Aku berkerut dahi, kenapa pulak dengan Dr Amar.

Iskan melepaskanku, dia jatuhkan badan di sebelahku. Badannya di golekkan ke arahku. Tanganya memeluk pinggang.

"Amar dia ambil alih tugas aku, lepas ni aku dah tak boleh usya kau. Aku kena berkerjasama dengan Dr Hatta" tutur Iskan, kepalanya di letakkan di atas dadaku.

Aku masih diam. Kenapa Iskan ni?

"Dia Dr baru tapi secepat tu dia boleh rampas tempat aku" sambungnya, suaranya seperti tidak puas hati dengan lelaki bernama Amar.

"Best tadi lunch dengan dia?"

Aku tersentak mendengar soalan Iskan. Aku menelan air liur. Lelaki itu bangun dan duduk di sebelahku. Butang baju kemejanya di buka kerana panas.

"Hm Iskan awak pergi la mandi dulu, nanti-nanti kita cerita kan dah malam" tuturku lembut, cuba memujuknya. Wajah Iskan jelas kelihatan tidak puas hati.

"Tak nak! Aku nak jawapan dari mulut kau. Best atau tidak?"

"Awak jangan la pikir bukan-bukan, saya anggap dia Dr saya. Awak suami saya, awak lebih dari dia sayang" lembutku memujuknya.

"Tak masalah sekarang aku tanya kau! Best atau tidak" Tajam matanya memandang ke arahku seperti harimau mau menerkam mangsanya.

Bahu terhinyut sedikit, mata di pejamkan.

Ya allah apa kena dengan Iskan malam ni.

Aku diam, mata terasa panas. Eve kau ni kenapa nak nangis tiba-tiba. Aku menunduk memandang cadar. Tangan menguis cadar biru muda itu. Setitik demi setitik air mataku jatuh.

Aku bangun dan keluar dari bilik itu. Bilik bacaan jadi tempatku tenangkan fikiran.

Rasa derhaka pula hmm

Aku mengeluh perlahan.




TENGKU ISKAN NATHANWhere stories live. Discover now