07

309 13 0
                                    

Tiba sahaja di apartment mewah itu , Iskan terlebih dahulu jalan memasuki lift. Kad access di sentuh pada skrin. Apa bende la tu agaknya. Maklum la saya orang kampung.

Sampai sahaja pintu lift terbuka. Iskan terlebih dahulu keluar. Ternganga mulutku melihat.

Gila!

Lift ni terus ke depan rumah, wahh.

"Buat macam rumah sendiri" tutur Iskan. Lelaki itu membuka 3 butang atas baju kemejanya itu. Kunci kereta di sangkut pada penyakut. Lengan di lipat.

"Meow" suara kucing kuat kedengaran, laju aku berpaling. Mata menampak bende berbulu berwarna putih yang sedang berlari anak menuju ke Iskan.

"Hi marry" Ujar Iskan lembut, kucing yang berbulu lebat itu melompat ke arah Iskan, minta di dukung.

"Daddy dah bagi makankan? So apa lagi marry nak?"

"Meoww"  kucing itu mengeselkan kepalanya di dada Iskan. Lelaki itu hanya sekadar senyum lalu mengusap lembut kepalanya.

Aku pula masih berdiri tegak melihat gelagat Iskan bersama kucingnya yang bernama marry itu.

"Kenapa pandang je? Nak sentuh meh la sini" tutur Iskan, lelaki itu mengangkat kepala memandang ke arahku yang masih setia berdiri.

Perlahan-lahan aku bergerak mendekatinya. Bulu si marry ini aku sentuh dengan lembut. Matanya di pejam. Nampak yang dia suka dengan sentuhanku.

"Good marry dah bagi greenlight" tutur Iskan selamber sambil tersengeh kecil.

"Soo mana yang lain tak akan kita dua sahaja?" Soalku

"Ni, ni la yang ketiga"tutur Iskan, lelaki itu sudah ketawa kecil. Tangan tidak henti mengusap perut kucing putihnya itu.

Bodohnya.

Geram rasa.

"Nah pegang marry kejap, aku nak masuk dapur. Nak main masak-masak, nak join?" Keningnya di jungkitkan ke atas. Tangannya menghulur si gebu ke arahku. Aku menyambutnya. Kepalanya tidak habis aku mengusap.

Gebu ya si marry ni, geram betul. Pandai Iskan jaga.

Aku hanya sekadar diamkan diri dan bawa marry duduk di atas di ruang tamu. Tv di buka, tangan mengusap lembut badan marry.

Romantic betul suami dia ni.

Aku hampir cair melihat tindakan romantic sang suaminya itu. Harap nanti bila aku dah jumpa jodoh, jodoh aku akan buat macam tu dekat aku.

Sesekali aku memandang ke dapur, rongga hidung terhidu bau yang sungguh enak. Marry yang sedang lena tidur itu aku letakkan ketepi.

Kaki melangkah masuk ke ruang dapur, melihat Iskan yang sedang masak. Lelaki itu hanya memakai apron, baju kemejanya itu di tanggalkan.

Wuish dari belakang pun hensem.

"Hm masak apa tu, bau sedap" tuturku, kaki berjalan mendekatinya.

Iskan hanya senyum lalu dia memusingkan badannya. Tangan memegang sudip.

"Special, nanti kau tahu la"

Aku mengeluh perlahan, kerusi meja bar itu di tarik perlahan.

Tidak lama selepas itu, masakkan yang di masak oleh Iskan itu sudah siap. Apron di tanggalkan. Lauk di letakkan dalam pinggan. Aku juga turut membantunya.

Knock knock

Laju Iskan berlari anak menuju ke pintu rumah, aku juga turut mengikutnya.

"Assalamualaikum kami dari pihak jakim dapat tahu di sini ada melakukan zina"

Hampir terngangaku mendengarnya. Tangan sudah mula mengigil. .

Ini gila

Gila

Gilaa!!!

TENGKU ISKAN NATHANWhere stories live. Discover now