12

345 15 0
                                        

Pulang sahaja dari kelas aku terus turun ke cafe, mata tertumpu pada susut tubuh yang amat ku kenal. Wajah tersenyum riang bersama seorang gadis di hadapannya.

Aku hanya pandang kosong ke arahnya. Tak ada masa aku nak cemburu tengok mereka.

Kaki melangkah ke gerai yang menjual air, tekak terasa sangat haus hari ni. Selepas membuat bayaran aku terus beredar dari situ. Sempat aku memandang ke arah Iskan. Lelaki tu langsung tak perasan aku dekat sini.

Kut mung la.

Telefon di buka untuk order grab pulang rumah mama. Anayra tadi aku sudah bagitahunya yang aku pulang rumah Tahkim

SAMPAI sahaja di rumah, puan Layana yang sambutku.

"Eh Lynn balik sorang ke?" Soal puan Layana hairan. Wanita separuh tua itu memandang luar.

Aku hanya sekadar anggukkan kepala, ye la Iskan kan busy tak nak la ganggu.

"Iskan tahu ke Lynn dah balik?"

Aku anggukkan kepala lagi, lantak dia la. Pandai-pandai la dia cari aku. Tanpa banyak cakap aku terus minta izin untuk naik ke atas.

"Lynn masuk bilik Iskan ya, mama dah suruh bibik letak barang Lyn dalam bilik Iskan" arah puan Layana.

Aku hanya anggukkan kepala, penat sangat hari. Jam di tilik sudah masuk pukul 4.30 petang. Dah masuk asar. Pintu bilik Iskan di buka perlahan, bau wangian maskulinnya tertusuk ke hidung. Wanginya. Tote bag di letakkan di atas tilam katil. Tuala berwarna pink itu di ambil lalu di bawak masuk ke bilik mandi .

Selesai sahaja solat asar aku terus tertidur di atas sejadah. Entah kenapa hari ni penat sangat.

"MAMA Eve dah balik ke? Iskan call tak angkat" tutur Iskan, butang 2 baju kemejanya itu di buka. Begnya di letakkan di atas sofa.

Puan Layana yang sedang duduk santai di atas sofa itu menunjuk wajah hairan.

"Eh bukan ke Lynn dah bagitahu Iskan ke?"

"Takde pun"

"Takpe la ma, Is naik atas dulu" sambung Iskan, lelaki itu memanjat tangga naik ke atas. Pintu bilik di buka.

Matanya tertumpu pada kepada seorang gadis yang sedang terbaring memakai telekung atas sejadah.

Perlahan-lahan dia mendekati sang isterinya itu.

"Eve wake up. Sayang" lembut sahaja Iskan mengejut Eve. Badan Eve di tepuk lembut.

Terkebil-kebil mata ingin di buka. Wajah Iskan terpampar di pandangan.

"Awak dah balik, sorry tadi saya penat sangat tak sempat nak bagitahu awak" tuturku lembut, aku bangun dan bersila di sebelah Iskan. Nak aje aku lentokkan kepala di atas bahunya.

"Takpe sayang, asalkan kau selamat sampai rumah pun aku dah bersyukur" kepalaku di usap lembut. Perlahan-lahan dia menarik kepalaku supaya lentokkan di bahunya.

Aku memejam mata sebentar.

"Boleh aku sentuh kau?"

Aku menjungkit kening, sentuh? Sentuh apa ni? Laju sahaja aku angkat kepala. Badan di peluk.

Iskan ketawa kecil melihatku.

"Kenapa kotor sangat otak kau ni? Aku nak sentuh pipi kau sahaja. Apa kau ingat aku ni lelaki dayus?" Senada suara Iskan. Jelas kelihatan yang lelaki itu juga turut penat.

Aku menunduk malu, nak aja aku sekup muka dengan bantal. Sampai ke situ aku pikir.

"Sentuh la, saya memang nak batalkan air wuduk. Nak ambil yang baru"

Iskan tersengeh kecil, laju sahaja tangannya menyentuh pipiku.















Semakin merepek ya hidup mereka entah nyah tkde idea. Maseh votee mak lurvee..

TENGKU ISKAN NATHANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang