22

230 7 0
                                    

Aku merenung jendela, cuaca mendung. Otak ligat pikir macam mana aku nak pergi kelas hari ni. Aku masih berkeras tak mahu tegur Iskan. Aku mengeluh perlahan, aku masih waras tak mungkin aku akan call Dr Amar untuk ambil aku.

Naik hantu Iskan nanti.

Pintu bilikku di ketuk perlahan, tombol di pulas. Wajah Iskan terpampar di celah daun pintu.

"Jom aku hantar" tutur Iskan. Aku menundukkan kepala dan mengambil begku. Kaki mengikut langkah Iskan sehingga ke kereta.

Dalam kereta aku hanya diam sahaja, luka semalam masih belum sembuh. Sakit kena tengking, sakit nampak suami dengan perempuan lain.

Mata memandang luar tingkap, air hujan membasahi bumi. Seolah-olah tahu perasaan aku bagaimana.

Aku mengeluh sekali lagi.

"Awak boleh berhentikan saya dekat bus stop" akhirnya aku bersuara perlahan. Aku jangkakan Iskan akan melarangku tapi tidak, dia berhentikan aku di depan bus stop. Aku menjungkit kening.

Aku mengemam bibir. Tangan di hulur ingin salam, pintu kereta di buka dan berlari berteduh di bus stop. Kemudian kereta Iskan terus meluncur di atas jalan.

Aku menyelongkah begku mencari payung lipat tapi tidak kelihatan. Aku mengeluh perlahan. Hujan la lebat. Tak akan la aku nak berlari masuk kolej boleh lencun.

"Eve" suara garau itu menerpah gegendang telingaku. Aku mengangkat kepala memandang empunya suara.

Senyuman itu aku kenal. Dia mengangkat payung yang menghalang wajahnya.

Dr Amar.

Aku senyum nipis. Payung berwarna merah jambu itu di hulurkan kepadaku.

"Jom, nanti lewat masuk kelas" ajaknya. Sambil tersenyum lebar. Aku anggukkan kepala. Payung di buka. Kaki berlari masuk ke gate kolej.

Sampai di blok akademik mataku tidak sengaja memandang dari jauh Iskan sedang memayungkan Dr Hatta. Sayuku memandang, tangan mengempal menumbuk.

"Dah jom, lambat dah ni"

Aku anggukkan kepala tanda faham.

°°°

Memandang hari ni hanya satu kelas sahaja yang ada jadi aku decide untuk pulang ke rumah, rehatkan pikiran.

Entah kenapa tiba-tiba terbayang Iskan bersama Dr Hatta.

Bencinya.

Krik

Pintu rumah berbunyi. Aku bangun dan keluar dari bilik. Iskan memandang aku dengan riaksi kosong.

"Awal awak balik" tegurku, terpaksaku runtuhkan ego sebab aku sayangkan Iskan.

Iskan diam, fail di atas meja di ambil.

"Iskan cepat la" suara lunak itu amat ku kenal. Dr Hatta.

Sampai hati Iskan bawa Dr Hatta ke rumah kami.

"Wait" itu balas Iskan. Lelaki itu senyum.

Aku duduk di sofa. Mata menjadi panas. Tubir mata sudah penuh dengan air.

Betul kata mereka, rumah tangga kami tak akan kekal. Aku dan Iskan hanya kawin kerana di tangkap bukan atas dasar cinta.

Aku mengeluh sekali lagi. Teresak-esak aku menangis. Sakitnya.

Aku menempuk-nempuk dadaku. Terasa sangat sempit. Termengah-mengah aku mengambil nafas.

Tangan di letakkan di atas dada. Aku tak boleh nak kawal.

"Is...iskan tolong saya" itu perkataan terakhir sebelum mataku tertutup.

°°°

Buka sahaja mata, aku berada di tempat lain. Mata di kalihkan memandang ruang ini.

Air drip iv menitis satu demi satu. Dada rasa sakit sedikit.

Sakitnya.

Aku cuba untuk bangun, ruang ini kosong. Hanya ada bunga segar di meja sebelah katil.

Aku tersenyum nipis memandang bunga tersebut. Siapa yang bawa aku kesini.

Pintu tandas di buka, mata terus memandang ke arah bunyi itu.

"Kau dah sedar?" Tutur Iskan. Ya itu Iskan. Mataku mula berkaca. Laju Iskan duduk di sebelahku sambil memeluk tubuhku.

"Aku tahu aku jahat, biarkan kau. Maafkan aku. Aku sakit bila kita berjauhan. Aku sakit bila nampak kau dengan Dr Amar. Aku sakit sayang. Maafkan aku, aku terlalu ikut emosi"

Aku masih diam, dalam hati aku sudah berkata-kata macam.

"Sayang, maafkan aku" bisik Iskan. Kepala di angkat memandang wajahku. Tangan mengusap lembut pipiku.

Entah kenapa aku rasa sedih sekarang ni.

"Awak dengan Dr Hatta sesuai" tuturku spotan. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku cakap pasal itu.

"Awak berdua nampak secocok, Dr Hatta lawa sepadan dengan awak Iskan" sambungku lagi.

"Saya.. sa- saya benarkan awak kawin lagi"

Dahi Iskan berkerut. Dia mengelengkan kepalanya.

Bukan itu maksudnya.

"Sayang, she just my old friend. Dia kawan sekolah menengah aku. Aku dengan dia tiada apa-apa. Aku sayang hanya pada kau sorang tiada pengangganti"

"Tapi kita kawin tanpa dasar cinta"

"Sekarang kau rasa cinta tu dah mula tumbuh dalam diri kau? Kau sayang aku kan? Tak akan kau nak biarkan aku kawin lagi" tutur Iskan, pipiku di usap lembut.

"Cukup, aku nak kau rehat secukupnya okay my babywife" dahiku di kucup lembut dan lama.

Aku senyum lebar. Aku gembira kami dah berbaik.

"Saya pun mintak maaf abang" bisiku perlahan cukup membuatkan lelaki di hadapanku mendengar.

TENGKU ISKAN NATHANWhere stories live. Discover now