14

352 12 0
                                        

Sesudah sahaja membersihkan diri, aku terus masuk ke dalam khemah. Memandang aku tak boleh nak solat jadi aku hanya stay sahaja di khemah dan buat apa yang patut.

Sedang aku sibuk memakai skincare, aku terdengar satu borakkan pelajar perempuan lain sedang berborak di luar.

"Aku nampak tadi dia mandi dengan prof Iskan"

"Eee aku tak sangka dia semurah tu, sanggup bagi body dekat prof"

"Korang ni cerita pasal apa ni?"

"Pasal Eve la dia kan student kesayangan Dr Iskan"

Aku terkedu mendengarnya, sampai begitu sekali mereka fitnah aku. Aku mencampai tudung sarung berwarna hitam lalu di sarungkan pada kepalaku.  Pintu khemah itu di buka.

Baran aku dah tak boleh tahan ni!

"Eve!" Aku berpaling kepala ke arah seseorang yang memanggilku. Bibir mengukir senyum nipis ke arahnya.

"Noah? Kenapa?" Soalku, aku menarik nafas dalam. Pelajar lain sudah habis solat jemaah rupanya. Patutla ramai-ramai berkumpul.

"Jom makan, malam nanti kita nak buat jungle walking" ajak Noah, bibir mengukir senyuman. Mata memandang ke arahku dengan pandangan yang sama seperti 2 tahun yang lepas.

Hubungan aku dengan Noah tidak lama, kami berpisah atas sebab aku sendiri yang mintak putus. Aku pun sudah tawar hati nak ada hubungan dengan seseorang.

Aku hanya anggukkan kepala sahaja, kaki mengikut langkah Noah dari belakang menuju ke tempat makan yang sudah di sediakan.

"Noah Iman dengan Evelynn together balik ke?"

"I guess yes , diorang nampak comel dan secocok"

Telinga milik Iskan dapat tangkap satu berbualan yang menarik perhatiannya. Lama dia berdiri situ memanggang sosej. Tangan di gengam erat.

"Tapikan u rasa Noah still ada perasaan terhadap Eve. Eve kot yang mintak putus"

"Dari cara i tengok dia layan Eve, macam still ada. But hopefully them together"

Sengaja Iskan menolak kerusi dengan kasar, laju sahaja dua pelajar perempuan itu terbangun dan mata mereka tertumpu pada Iskan.

Iskan hanya senyum nipis, lalu membetulkan semula kerusi yang di tolak tadi. Mata sempat menangkap wajah isterinya yang sedang berborak sakan dengan Noah yang dikatakan bekas kekasih Eve.

Iskan menarik nafas, pinggan yang berisi sosej dan juga nugget itu di ambil. Kaki mengorak langkah mendekati sang isteri. Jelas kelihatan aura cemburunya. Tegang wajahnya memandang ke arah Eve.

"Boleh saya duduk sini?" Soal Iskan, kerusi kosong di sebelah Noah itu di pandang.

2 kedua bijik mata milikku langsung memandang ke arah suara tersebut. Bibir di jilat sedikit, kenapa aku rasa pelik ni. Kenapa jantung berdegup kencang.

"Ehh Dr duduk la, sini memang kosong pun" pelawa Noah. Lelaki itu mengukir senyum manis buat Iskan tetapi lelaki itu hanya tayangkan wajah dinginnya.

Punggung di jatuhkan pada kerusi tersebut. Matanya memandang ke arah Noah. Jika betul Noah masih ada perasaan terhadap isterinya malam ini juga dia mengaku yang Eve adalah isteri sahnya.

Lelaki tu juga terdengar perbualan pelajar lain yang memburukkan Eve tapi dia hanya diam sahaja, dia tak nak pelajar lain tahu pasal hubungan mereka.

"Is it true that you are Eve's boyfriend?" Soal Iskan dingin, bibir di jilat. Matanya tajam memandang ke arah mata Noah.

"So Dr wanna play truth or dare?"


















Dah terpub kita enjoy je la

TENGKU ISKAN NATHANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang