Iskan terjaga dari lena, selimut yang menutupi tubuh Eve itu di betulkan. Sempat lelaki itu mencium ubun-ubun sang isterinya.
Bibir mengukir senyuman puas, akhirnya dapat juga unboxing bini. Dalam hati sudah bersorak gembira. Jadi malam semalam merupakan malam bahagia buat Iskan.
Kain tuala di ambil lalu di bawak ke bilik mandi, bersihkan diri. Selesai sahaja kaki mengorak langkah ke bilik Marry terlebih dahulu.
"Marry... makan" makanan Marry di letakkan di dalam bekas. Tangan mengusap lembut bulu gebu milik Marry. Sesudah bagi Marry makan, Iskan berjalan ke dapur.
Pintu ais itu di buka. Hanya ada telur dan sedikit bacon beef. Barangan dapur pun dah habis. Lepas ni bole dating beli barang dapur.
Selesai sahaja membuat breakfast, kaki melangkah semula masuk ke dalam bilik kerjanya. Mata memandang sofa yang kosong itu, hanya selimut sahaja yang tinggal.
Mata melilau mencari sang isteri. Pintu balik terbuka luas. Mata terus tertuju ke arah susut yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu.
Senyum sinis di tayangkan, baju lengan tshirt berwarna dark blue itu di lipat ke siku. Kaki perlahan-lahan mendekati Eve yang baru sahaja keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala sahaja melilit tubuh.
"Is-Iskan" gagapku. Mata memandang anak mata coklat milik Iskan itu. Aku masih berdiri kaku di depan bilik mandi.
"Nice body babywife, rasanya kita tak perlu breakfast hari. Aku dah ada sarapan yang lagi sedap pagi ni" tutur Iskan selamber, kakinya melangkah mendekatiku. Wajahnya menghampiriku, hidung kami bergesel.
Aku menelan air liur memandang wajahnya. Ingin sahaja aku menjerit tapi aaku suka kami keadaan begini.
"Pergi pakai baju, aku tunggu bawah" arah Iskan. Lelaki itu sudah tersengeh nakal. Tombol pintu di pulas dengan lambat. Gayanya seperti tak nak aje keluar dari bilik.
Aku membuat muka menyampah apabila dia sudah menurunkan arahannya itu. Sama sahaja Iskan yang ada di dalam kelas. Sesudah aku menyiapkan diri kaki melangkah keluar menuju ke meja makan.
"Abang ke masak semua ni?" Soalku sambil memandang breakfast di atas meja. Apa yang semangat sangat si Iskan ni. Aku tersenyum nipis.
"Yup, babywife. Aku masak semua ni" jawab Iskan sambil tersenyum lembar. Dia menarik kerusi lalu menyuruhku untuk duduk di hadapannya.
Aku tundukkan sedikit kepala, terima kasih aku bisik padanya. Iskan hanya sekadar membalas dengan senyumannya.
Selesai sahaja breakfast Iskan hantar aku ke kelas, aku menyuruhnya hantarku di bus stop tapi lelaki tu degil . Dia lock pintu supaya aku tak turun dan akhirnya aku ikut sahaja kehendaknya.
Aku memandang sekeliling risau jika ada pelajar lain yang nampak aku keluar dari kereta mercedes hitam milik Iskan. Dahiku berjungkit tiba-tiba sahaja Haidar berlari ke arah kami.
"Abang!" Jerit Haidar. Rambutnya yang agak serabai itu di betulkan. Nampaknya dia seperti baru lepas berlari.
"Apa?" Balas Iskan pula.
Haidar tersengeh kecil, dia mencuit lengan Iskan.
"Berani eh kau sekarang bawak bini masuk kolej selalunya berhenti kat bus stop" usik Haidar, lengannya sengaja berlanggar dengan Iskan.
Aku masih berdiri tegak di tepi kereta Iskan seperti ingin nyanyikan lagu negaraku.
"Hi kakak ipar, lawa kakak ipar hari ni" sekali lagi Haidar mengusik, kali ni dengan sengaja mengusikku. Sememangnya aku jarang bercakap dengan lelaki itu. Lagipun diakan boyfriend bestie aku.
Karang ada pula yang salah faham. Aku menayang buka menyampah, mata di roll kan ke atas.
"Tak suka ehh, ooohh takpee tapi betul la Eve kau lawa hari ni nampak berseri-seri ada apa-apa jadi ke malam tadi. Iskan pulak nampak segak je hari ni semangat nak mengajar ke?" Usiknya lagi, aku menjungkit kening. Mata menjeling tajam ke arah Iskan.
Haidar tahu ke kejadian malam semalam. Mana mungkin?
Ke Iskan bagitahu.
Kau siot la Iskan sumpah aku cakap.
Iskan tersengeh nakal,cepat-cepat dia mengangkat kaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
TENGKU ISKAN NATHAN
RomansaI will kill who broke your heart, my babywife (Slow update) Disclaimer this story very cringe