06

372 9 0
                                        

Mata memandang sekeliling kelas, biar betul prof Iskan hari ni datang lewat. Tak pernah-pernah dia lewat.

Aku tersenyum nipis, takde la beban sangat hari ni.

Lutfa berjalan mendekatiku, kerusi di tarik perlahan. Punggung di jatuhkan.

"Prof Iskan tak ada ke we?" Soal Lutfa, mata memandang ke arahku yang sibuk melukis itu. Biasa la kelas art sekejap lagi. Kalau tak siap ni mau kena hempuk dengan dr Roziah.

Aku hanya sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kau kan monitor, tak akan prof Iskan tak bagitahu kot" tututnya lagi.

"Kau pikir aku bini dia ke? Tahu semua hal dia" bengangku, apa kau ingat aku monitor semua bende aku kena tahu pasal dia.

Hmp memang tidak lah jawabnya.

"Bukan kau tengah dating ke dengan prof Iskan. Korang ada apa-apa relay ke?"

Tangan yang sedang melukis itu terus terhenti. Kepala di angkat memandang ke arah Lutfa.

"Maksud kau apa?"

"Bising satu kolej tau tak? Diorang kata kau tengah ada hubungan dengan prof Iskan. Kau sendiri tahu kan prof Iskan tu ramai peminat mau kau kena kacau nanti" tuturnya lagi.

Aku hanya diam sahaja, ini semua salah Iskan bukan aku. Kalau aku tolak ajakkannya itu nanti kena tolak markah. Gila bukan?

"Lagi? Ada apa-apa lagi?" Soalku lagi, buat aku rasa ingin tahu.

"Ramai yang kecam kau" sambung Lutfa, lelaki itu senyum nipis.

"Aku? Kena kecam?"

Lutfa anggukkan kepalanya banyak kali, aku ni budak baik tahu. Tak pernah buat hal sepanjang aku belajar dekat sini. Ceyy hahaha.

"Banyak la rumor pasal kau dengan prof Is-

"Lutfa! Eve!" Suara garau itu menerpah gegendang telinga kami. Laju sahaja kami mengalihkan pandangan.

Wajah dingin Iskan kami pandang lama. Sejak bila mamat ni masuk kelas?

Buku tebalnya itu di hempaskan ke atas meja. Lelaki itu meregus kasar. Mata tajam memandang ke arahku.

"Buka buku!" Arahnya lagi. Cepat-cepat kami membuka buku.

Nampaknya mood Iskan tak berapa hari ni.

Selesai sahaja kelas, aku terus menyumbat segala buku yang ada ke dalam beg. Wajah Iskan itu aku pandang lama. Dingin dan beku. Tiada perasaan langsung.

Nama aku asyik kena petik sahaja tadi. Tak dapat jawab sahaja dia ugut yang dia nak tolak markah final exam nanti. Dasar prof gila, nak aje aku tukar kos.

Aku mengambil beg sandang itu, sempat aku memandang ke arah Iskan yang sedang berkerut dahi memandang telefonnya itu.

"Eve, teman aku lunch"

Sesudah itu aku berdecit dengan rasa malasnya aku berjalan ke arah meja Iskan.

"Kita nak makan mana?" Soalku, kalau boleh luar dari kolej ni dan kalau boleh lagi nak jauh-jauh tak nak aku pelajar lain nampak aku berduaan dengan Iskan.

Cukup la aku jadi gossip hangat mereka.

"Rumah aku la" tuturnya senada, lelaki itu mengemas segala barangnya. Kunci kereta di ambil.

"Kita dua?"

"Noo ada la"

TENGKU ISKAN NATHANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang