34 | HAWA

200 8 1
                                    




TEPAT jam 4.15 pagi hari jumaat, abah telah di jemput ilahi.

Kata doktor, dia tak sangka secepat ini Encik Hashim meninggal. Tapi dia hanyalah doktor, dia cuba untuk menyelamatkan tapi Allah lebih menyayangi Encik Hashim. Walhal, Encik Hashim meninggal hari yang sangat baik.

Upacara pengebumin dijalankan selepas solat subuh dan acaranya berjalan lancar. Mendung saja cuacanya, seakan-akan bumi pun sedih. Tempat pengubumian turut penuh dengan penduduk.

Hawa dengan Badrul pun tidak kenal sesetenggah masyarkat yang hadir. Namun terselit rasa bersyukur kerana sudi hadir ke pengebumian abah mereka.

"Hawa. Jom balik." Ajak Fateh setelah selesai pengebumian.

Kini tinggal Hawa dan Fateh saja. Badrul sudah angkat kaki katanya mahu menguruskan tahlil untuk arwah abah dengan tok iman.

"Hawa nak tinggal dengan abah." Lirih nadanya. Pipi Hawa masih basah dengan air mata. .

Hawa yang bersimpuh di atas tikar turut melabuh punggung di tepi Hawa.

Tanggan Hawa dicapai. Lembut usapanya.

"Sayang jangan macam ni. Tak kesian ke dekat abah? Kalau Hawa sedih macam ni, kesian abah kat sana nanti. Sayang redo ye. Setiap manusia atas dunia pasti akn mati, cepat atau lambat saja." Ujar Fateh lembut.

"Hawa rindu abah." Teresak-esak Hawa menangis. Mukanya tersemban di dada Fateh.

Fateh hela nafas perlahan. Tubuh kecil Hawa dipeluk sayang.

"Ye sayang, saya pun rindu abah jugak."

Fateh pun turut terkilan. Rasa sekejap saja masanya dengan ayah mentuanya. Baru sahaja mereka pulang dari percutian dan harini mereka dikhabarkan ayah mereka meninggal.

Siapa tak sedih.

"Kita balik ye sayang."




🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

"ABANG Bad okey?" Soal Fateh lembut. kerusi di hadapan Badurl ditarik dan melabuh punggungnya disitu.

Badrul lepar senyuman sekilas.

Kopi panas disisip dahulu sebelum menjawab soalan Fateh.

"Macam ni la. Hawa macam mana? Nangis lagi?" Soal Badrul pula.

Sejak abahnya dikebumikan, Badrul tak sempat bercakap dengan Hawa. Sibuk uruskan pengebumian jenazah.

Malam pula sibuk urus tahlil. Mujur ada Fateh yang turut membantunya. Tak tinggal jugak dengan jira -jiran turut menghulurkan tanggan untuk membantu.

"Better dari pagi tadi. Makan pun satu suap je."

Badrul hela keluhan deras.

"Hawa tu memang manja dengan abah. Abah hilang kejap pun, bukan main melalak Hawa tu. "

"Hawa tu rela sambung belajar kat sini sebabnya tak nak tinggal abah. Bukan abah tak bagi, dia yang tak nak. Nak duduk bawah ketiak abah. Hawa dulu pernah dapat tawaran kerja luar negeri pun ditolaknya, dia sanggup kerja tempat kedai makan. Walaupun ada segelintir masyrakat mengata Hawa, dia buat pekat je."Cerita Badrul lagi.

"Kami tak ada ibu, hanya abah tempat kami luah kasih sayang. Abah tulah ibu dan jugak ayah.Semua benda dengan abah. Buat tu dengan abah, buat ni dengan abah."

"Kalau hari raya abah yang paling excited, dia siap bakar
lemang lagi masa malam raya. Kami tak ada kampung, raya pun kat bandar je jadi abah buat yang terbaik untuk anak-anak dia biar anak dia tak sunyi. Kalau pagi raya mesti abah bawa kami pergi kubur arwah ibu. Abah cuba tahan air mata. Kami adik beradik tahu abah rindu kat arwah ibu . Dah sekarang abah dapat bersama-sama dengan arwah ibu. " Badrul lukis senyuman . Tiada seri senyuman itu.

"Semua yang hidup mesti akan mati kan abang. Tapi tak sangka secepat ini abah tinggalkan kami semua."

Badrul balas dengan senyuman ringkas. Dia pun masih terkejut dengan semua ini. Rasa macam mimpi.

"Abang sebenarnya dapat kerja di Pahang. Abang pun dapat rumah sewa kat sana ingatkan balik ni dah bawa abah kat sana la. Tapi nampaknya sorang jugak." Badrul mula buka topik lain.

"Jadi abang tinggal kat Pahang la ye?"

"Haah. Tapi bukan selamanya pun. Selesai saja kes kat sana, abang balik sini pulak. Tapi tak pasti lama mana."

"Hawa dah tahu ke bang?"

Badrul menggeleng kepala perlahan.

Resah jugak nak beritahu kat Hawa. Sudahla baru saja ditinggal oleh abah, sekarang abang dia pulak nak tinggal.

"Nanti abang cuba cakap dengan dia."



Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

25 | 3 | 24🦋

CO | HAWA ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang