Hanez Hemilia...
Ringgg! Hari pertama aku sebagai budak sekolah menengah. Tahun pertama aku sebagai Form 1. Jam loceng pukul 11 pagi menunjukkan aku harus bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. Malasnya nak bangun... Maklumlah, aku di sesi petang. Memang Form 1 dan Form 2 di sesi petang manakala Form 3, Form 4 dan Form 5 pula di sesi pagi. Kiranya ada dua sesi lah.
"Adik, cepatlah sikit! Hari pertama sekolah jangan nak lewat. Kang kena denda," Jerit mamaku dari dalam kereta.
"Kejap, mama." Cepat-cepat aku mengikat tali kasut sambil mengunyah roti coklat.
Memang menjadi kebiasan untuk mama atau papa menghantarku pada hari pertama persekolahan. Biasanya aku akan menaiki van untuk ke sekolah.
Aku melihat semua sibuk untuk mencari barisan kelas masing-masing. Terutama sekali budak Form 1. Aku paling tidak suka bab ni lah. Bukan senang nak cari barisan kelas.
Tiba-tiba aku terasa bahuku ditepuk oleh seseorang. Nak kata kuat memang kuat juga. Terus aku menoleh ke kiri untuk melihat siapakah gerangan manusia yang pukul aku ini. Nak kena ni!
"Hanez Hemilia, my friend!" Syaza Aqeela.
Sahabat baik aku sejak sekolah rendah. Kami berkawan sejak darjah 5. Dia lah kawan sekepala aku. Terus tubuhku dipeluk olehnya.
"Wehhh... rindu gila dengan kau. Makin cantik kawan aku ni!" Pipi aku dicubit olehnya.
"Ishh sakit lah. Cubit-cubit pipi jangan main eh. Aku tarik tudung kau, baru kau tahu sakit dia," Aku memberi amaran kepadanya. Syaza memang mementingkan awning dia. Sekali awning rosak, hmm faham-faham lah ya. Aku rasa semua perempuan begitu. Termasuk aku.
Syaza teruk tarik muka. Merajuk lah tu. Hanya ada satu cara untuk pujuk minah ni.
"Aloloo... merajuk ke tu? Dah dah jangan merajuk, nanti aku belikan kau air Milo," Aku memujuknya. Syaza memang peminat setia air Milo.
"Betul ni? Kau belanja?" Syaza menyilangkan tangan sambil membuat muka kurang percaya.
"Iye, Syaza sayang." Aku membuat suara manja.
"Yeay! Jimat duit aku. Sayang kau, Hanez!" Giliran dia pula yang memeluk tubuhku.
Selesai Orientasi sekolah, semua pelajar Form 1 pergi ke kantin untuk rehat. Akhirnya, waktu rehat. Kebulur perut aku.
"Yeay! Finally waktu rehat. Jom teman aku beli makanan dekat sana. Nak tengok juga apa yang sedap." Tanpa menunggu jawapan dariku, terus dia menarik tanganku.
"Wah... banyak gila kau beli. Lapar sangat ke ni? Haha." Penuh tangan Syaza dengan makanan yang dibelinya.
"Eh mestilah, aku dari pukul 10 lagi tak makan tau. Dah lah aku siap pun last minutes. Nasib tak lewat," Sambil itu juga dia mengunyah makanan di tanganya itu.
"Hmm terlajak tidur lah tu..." Teka aku. Syaza hanya ketawa.
"Ha, kau kata nak belanja aku air Milo. Mananya?" Ops! Aku lupa pula perlu belanja si Syaza ni.
"Ha, nasib baik kau ingatkan aku!"Selesai membeli air Milo, kami berjalan menuju ke meja makan kami.
"Weh kau tahu tak?" Tanya Syaza sambil kami berjalan.
"Tak." Balas aku ringkas, dengan muka tidak berminat. Susah juga aku nak fokus apa hendak dikatakan Syaza kerana aku pelru memegangkan air Milo untuknnya disebabkan oleh Syaza memegang banyak sangat makanan. Membuatkan dia tidak cukup tangan. Hm, jadi aku lah yang terpaksa pegangkan. Sejuk juga air Milo ni, rasa naik urat!"Ishh! Bagi lah aku habis cakap dulu!" Marah Syaza. Aku hanya ketawa sahaja. Dah dia kata tahu tak, tahu apa, kan? So aku jawablah 'tak'.
"Aku dengar sekolah ni ada..." Fokus aku mendengar Syaza hingga aku lupa untuk memandang depan. Tiba-tiba...
Splash!
Terasa badanku terlanggar tiang. Ke memang tiang di depan aku ni? Bulat mataku memandang seorang lelaki di depanku ini. Berbaju kemeja biru muda. Bertali leher hitam berbelangkan merah. Lipat lengan baju. Tinggi. Segak. Pengawas kot. Ah! apa aku fikir ni?!
Aku terus kembali ke alam realiti. Oh no! Dalam sekelip mata, baju dia... terkena air Milo aku! Kalau nak banding... dia kena lagi teruk daripada aku agaknya. Ha sudah. Dah lah baju baru ni. Putih pula tu! Tapi tu bukan masalahnya. Lagi teruk masalahnya adalah orang di depanku ini. Hampir seluruh bajunya terkena air Milo ini. Satu kantin memandang kami. Syaza di sebelahku juga turut terkejut.
"So... sorry," Tergagap-gagap aku meminta maaf. Tak berani aku nak mendongakkan kepala untuk memandang dia.
"Aw... awak okay? Tak sejuk ke?" Kau dah kenapa Hanez?! Dah terang-terang lah mamat tu sejuk. Ais kot gilaa! Aku pun tak tahu apa aku cakap.
Senyap. Dia tidak membalas sepatah pun. Kawan di sebelahnya juga turut memandang aku. Seperti mahu bercakap sesuatu.
Tiba-tiba lelaki di hadapanku itu mengibas-ngibas bajunya dengan muka cukup menyampah. Dia kemudian membungkukkan sedikit tubuhnya yang tinggi itu membuatkan mata kami saling berpandangan. Aku hanya terpaku di situ.
"Are you blind?" Dengan muka selambanya dia mengatakan perkataan itu. Uish... sentap aku. Aku tidak berkata apa-apa. Mulut tiba-tiba terasa berat untuk berkata-kata.
"Lain kali jalan tu tengok depan. Apa function tuhan bagi mata kalau tak reti nak guna?" Dia menyilangkan tangannya.
"Ya... saya tahu saya salah. Saya minta maaf..." Hanya itu yang boleh aku katakan. Memang salah aku pun. Aku menundukkan kepala. Memegang bahagian hujung tudung setiap kali aku gementar.
Dia kemudian membuka tali leher dan butang bajunya itu. Membuatkan beberapa pelajar yang lain terkejut. Dia sekali pun tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Ada yang menjerit kecil pun ada. Lagi-lagi murid-murid perempuan. Aku juga turut terkejut.
"Apa awak buat ni? Tak malu ke?" Tak beberapa kuat. Cukup hanya dia yang dengar.
Lega aku, dia pakai t-shirt putih rupanya di dalam. Tak panas ke? Ish kau ni Hanez, sempat lagi fikir?!
Dia kemudian mencampakkan baju kemeja biru mudanya itu ke arah aku. Aku sedikit terkejut dan sangat keliru."Basuh ya. Esok pulangkan.
Pandai-pandailah awak nak hilangkan kesan Milo tu. If, by tomorrow, I don't get my shirt back, you'll see." Dia kemudiannya beredar dengan penuh gaya.Aku tergamam. Dia. Nak. Aku Basuh. Baju. Dia?! BAJU NI? Dia ingat aku ni hamba dia ke apa?! Dah la baru first time aku kenal mamat entah mana, tiba-tiba disuruh basuh bajunya pula. Tapi... bila difikirkan kembali, memang salah aku pun. So... memang ye lah aku kena basuh. Aduh... boleh hilang ke kesan air Milo ni. Aku merungut sendirian.
Dalam beberapa saat, aku sedar yang dia kembali ke arahku kembali. Aku jadi terkejut sebentar. Dia mula mendekat ke arah aku dan kemudian membungkukkan sedikit tubuhnya. Dekat. Memang dekat. Dia tenung mukaku. Lama. Apa yang memenuhi rongga hidungku hanyalah bau perfume miliknya. Nak bernafas pun, dah tak jadi ni.
"Apa awak buat ni?" Aku tersedar akan jarak kami yang sangat dekat dan kemudian aku terus ke belakang sedikit. Dia ni tak tahu malu ke buat macam ni. Di khalayak ramai pula tu. Tenung anak perempuan orang pula tu. Gila ke apa? Apa agaknya di dalam otaknya itu.
"Nothing. Just want to save the face of the girl who spilled her Milo into my shirt. So I can easily recognize you."
Dia kemudiannya senyum sinis sebelum dia betul-betul beredar.
Aku hanya berdiri di situ. Tak berkelip. Hanya termenung sendirian.
"Wehh... kau okay tak ni?" Syaza yang hanya berdiri di sebelahku itu meletakkan makanannya di meja makan berdekatan dan menolongku untuk mengelap kesan-kesan air Milo menggunakan sapu tangan miliknya.
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...