BAB 18 '𝑲𝒆𝒌𝒂𝒍 𝑫𝒊𝒂𝒎'

121 49 27
                                    

"Aduh... Aku dah tak rasa tangan.." Aku memegang tangan kananku yang menjadi mangsa akibat tidak menyiapkan essay English. Sudahnya, aku kena ulang tulis sebanyak 5 kali kalau mahu turun rehat.

     "Haha. Kesian kau..." Syaza mengusap-usap bahu belakangku sambil dalam perjalanan kami ke kantin.

     "Tapi boleh, lah. Berbaloi juga.."
     "Aiguuu... Besar dah Hanez ni." Syaza mencubit-cubit pipiku. Ish! Asyik pipi je, selalu jadi mangsa.

     "Hehe. Aku suka lah, cubit. Macam mochi!"
     "Ha, pergi lah beli mochi tu, dekat Koop. Boleh cubit puas-puas," Ejek aku. Syaza mengerling matanya ke atas. Aku hanya ketawa.

     "Boleh lah. Jom pergi--"
     Bappp!

     "Sya-- Syaza. Kau okay, tak?" Terkejut aku apabila melihat Syaza tiba-tiba hampir terjatuh akibat satu hempukan bola yang agak kuat. Dengar bunyi pun, aku boleh tahu. Syaza juga kelihatan tersentak. Dia mula mengusap-usap lengan kanannya itu. Mengerang kesakitan. Aku yang lihat, hanya mampu menyokong di samping Syaza.

     "Weh, bak balik bola," (Bak: Bagi)
     Aku memandang ke arah tuan empunya suara yang cukup selamba dia berkata. Jadi ini lah, lelaki yang baling bola dekat Syaza. Biadapnya. Maaf pun, tiada?

     Aku memandang ke arah lelaki itu dengan muka berkerut dan agak bengang. Tidak pula aku mula memberi bola itu kembali.

     "Kau pekak ke, budak. Bagilah," Kata dia lagi, dengan muka tidak bersalahnya.

     "Awak... tak minta maaf dulu, ke." Kata aku dengan nada yang agak marah dan terselit rasa gugup. Mungkin sebab muka lelaki ini yang kelihatan bengis.

      "Minta maaf? For what? Ahh... because of those things? Let me make it right. Salah awak sebab berjalan di tepi gelanggang ni. And correctly, it's not even my fault your friend got hit." Dia memandang aku dengan muka tak berperasaan. Aku terkaku. Ayat dia, seperti suruh aku untuk mencabar dia lagi.

     Syaza tiba-tiba melepaskan tangan aku. Dia mengambil bola keranjang itu lalu membaling laju ke arah lelaki itu. Akibat balingan bola Syaza yang laju, lelaki itu tidak sempat mengelak dan akhirnya terkena pada perutnya.

     "Macam itu lah, sakit dia." Syaza senyum puas hati melihat lelaki itu memegang perutnya dan mengerang kesakitan. Peristiwa ini yang turut disaksikan oleh ramai orang, membuatkan suasana menjadi senyap sepi. Aku tergamam dengan tindakan Syaza yang begitu spontan.

     "Woiii!"
     Terangkat kedua-dua belah bahuku apabila lelaki itu mula menjerit. Bengang. Gulp!

     "Huh, marah? Tahu pun sakit, kan?" Syaza seperti sudah bersedia untuk bertikam lidah dengan lelaki itu. Syaza bab-bab bertikam lidah ni, memang handal. Dia dah jumpa pesaing baru dia.

     "Engkau... kalau aku--"
     "Syed!" Tengku Anwar. Dia mula menghalang lelaki itu daripada mula bertikam lidah.

     Syed... Syed Dhareeq. Oh, dia ke. Lelaki yang berwajah bengis dan misteri itu.

     Mereka memandang masing-masing sebelum Syed Dhareeq berlalu pergi dengan riak tidak puas hatinya. Beberapa ahlinya yang lain turut sama mengikuti dia. Raja Ezhar dan Halim.

     "Awak okay? Saya minta maaf ya," Tengku Anwar mula berkata kepada Syaza. Boleh aku lihat, Syaza seperti malu-malu kucing di situ. Habis hilang terus, rasa sakit dan bengang dia tadi. 

     "Eh... tak apa. Saya okay. Kan, Hanez? Kita okay, kan?" Syaza menepuk bahuku. Amboi. Pelik, tapi lega Syaza sudah surut marahnya itu. Aku hanya mengangguk dan tersengih.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now